Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas keputusan rasmi FIFA mengekalkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan yang terlibat dalam kes pemalsuan dokumen. Rujuk kenyataan rasmi FAM di sini: kenyataan-rasmi-persatuan-bolasepak-malaysia
Keputusan rasmi FIFA ini bukan sahaja memberi impak besar terhadap dunia bola sepak Malaysia, malah juga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat serta pihak berkepentingan.
Rujuk info lebih lanjut di bawah.
Siapa Pemain Warisan Malaysia @ FAM?

Pemain warisan FAM merujuk kepada tujuh pemain import yang berstatus warisan negara kerana mereka telah mendapat pengiktirafan dan permit untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.
Antara nama pemain warisan yang menjadi perhatian ramai termasuk Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, dan Hector Hevel.
Mereka ini diiktiraf kerana sumbangan mereka dalam memperkuatkan pasukan Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan penting.
Namun, kontroversi melanda apabila didapati wujud isu berkaitan pemalsuan dokumen yang melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA.
Kenyataan Rasmi FAM Berkaitan Keputusan FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima alasan penuh keputusan yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penolakan rayuan FAM berkaitan status kelayakan tujuh pemain warisan Malaysia.
Sehubungan itu, FAM akan memulakan proses untuk membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS). Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan badan-badan berkaitan.
FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara, dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.
Datuk Wira Mohd Yusoff Bin Haji Mahadi
Pemangku Presiden
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Rujuk kenyataan rasmi FAM di sini: kenyataan-rasmi-persatuan-bolasepak-malaysia
Dokumen Kenyataan Rasmi FIFA: Kes FAM & Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan
FIFA akhirnya mengeluarkan dokumen keputusan penuh yang bukan sekadar menolak rayuan, tetapi mengkritik keras FAM dan membuka fasa siasatan baharu yang jauh lebih besar. FIFA menegaskan bahawa kes pemalsuan dokumen ini adalah kesalahan yang mencabar asas integriti bola sepak antarabangsa, bukan isu teknikal atau salah faham seperti yang cuba dijelaskan sebelum ini.
1. Rayuan Ditolak Sepenuhnya, Kos Ditanggung FAM
FIFA memutuskan bahawa tiada sebarang alasan kukuh untuk mengubah keputusan asal. Tiga perkara utama ditekankan:
- Penghakiman awal dikekalkan sepenuhnya.
- Semua rayuan ditolak.
- FAM perlu menanggung kos penuh prosiding.
FIFA menyifatkan pemalsuan dokumen kelayakan pemain sebagai tindakan yang “menipu sistem”, merosakkan kepercayaan global dan tidak boleh diterima sama sekali.
2. Arahan Terbaru FIFA: “Siasat FAM Habis-Habisan”
Bahagian terpenting dalam kenyataan ini adalah tindakan susulan FIFA. Dengan bukti kukuh di tangan, FIFA mengarahkan satu siasatan rasmi dan menyeluruh terhadap operasi dalaman FAM.
Fokus utama siasatan baharu ini meliputi:
- Mengenal pasti individu sebenar yang terlibat memalsukan dokumen.
- Menilai tahap pematuhan dalaman FAM.
- Menilai keberkesanan tadbir urus dan sistem keselamatan dokumen FAM.
- Menentukan sama ada pegawai tertentu wajar dikenakan tindakan disiplin.
Secara mudah, FIFA kini menjalankan audit dan bedah siasat penuh ke atas FAM, bukan hanya menyiasat kes pemain warisan semata-mata.
3. FIFA Petik Terus Nama Pegawai & Ejen
FIFA buat pertama kali menyebut secara jelas dua orang ejen:
- Nicolas Puppo
- Frederico Moraes
Kedua-duanya, bersama bekas Setiausaha Agung FAM, menjadi subjek siasatan kerana penglibatan mereka “menimbulkan kebimbangan serius”.
FIFA turut tidak berpuas hati dengan tindakan FAM yang hanya menggantung SU Agung tanpa mendedahkan siapa sebenarnya bertanggungjawab di dalam organisasi. Hal ini menyebabkan FIFA mula meragui integriti pentadbiran FAM secara keseluruhan.
4. Siasatan Perlawanan & Kemungkinan Hukuman Lebih Berat
FIFA turut memfokuskan siasatan terhadap tiga perlawanan persahabatan antarabangsa yang disebut dalam kes ini, bagi memastikan:
- Siapa pemain yang telah diturunkan secara tidak sah, dan
- Sama ada hukuman tambahan perlu dikenakan.
Ini bermaksud episod hukuman mungkin belum berhenti boleh ada penalti baharu bergantung kepada hasil siasatan.
5. Potensi Kes Jenayah Antarabangsa
Bahagian paling mengejutkan dalam rumusan ini ialah syak wasangka FIFA bahawa kes ini mungkin menjurus kepada kes jenayah antarabangsa.
FIFA meminta kerjasama penuh pihak berkuasa dari lima negara:
- Malaysia
- Brazil
- Argentina
- Sepanyol
- Belanda
Ini bermakna kes ini boleh bertukar menjadi siasatan polis melibatkan beberapa negara, bergantung pada bukti lanjut.


Keputusan Rasmi FIFA Mengenai Kes Pemain Warisan FAM

Dalam satu kenyataan rasmi yang diterbitkan FIFA, Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan ketujuh-tujuh pemain warisan tersebut.
Keputusan rasmi FIFA ini mengekalkan denda yang dikenakan terhadap FAM sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) dan juga penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain berkenaan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Setiap pemain turut didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000). FIFA menegaskan bahawa hukuman ini dibuat setelah menjalankan proses pendengaran yang adil dan menyeluruh mengikut artikel tatatertib badan induk tersebut.
Hukuman Dikenakan
Hukuman yang dikenakan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Malaysia adalah seperti berikut:
1. Denda kepada FAM
FAM diperintahkan membayar denda sebanyak CHF350,000, bersamaan kira-kira RM1.8 juta, oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
2. Denda kepada Setiap Pemain Warisan
Setiap daripada tujuh pemain warisan dikenakan denda sebanyak CHF2,000 (lebih kurang RM11,000) seorang oleh FIFA kerana terlibat dalam kes pemalsuan dokumen yang sama.
3. Penggantungan Aktiviti Bola Sepak
Keputusan FIFA mengekalkan penggantungan selama 12 bulan terhadap tujuh pemain tersebut dari sebarang aktiviti bola sepak berkaitan, termasuk perlawanan rasmi dan sebarang aktiviti yang diiktiraf FIFA.
Pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui, dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Senarai 7 Pemain Warisan Digantung FIFA

Senarai nama tujuh pemain warisan FAM yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen dan dikenakan hukuman oleh FIFA adalah:
- Gabriel Felipe Arrocha
- Facundo Tomás Garcés
- Rodrigo Julián Holgado
- Imanol Javier Machuca
- João Vitor Brandão Figueiredo
- Jon Irazábal Iraurgui
- Hector Alejandro Hevel Serrano
Ketujuh-tujuh pemain ini didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen dalam proses pendaftaran mewakili skuad kebangsaan Malaysia.
Mereka digantung selama 12 bulan dari semua aktiviti bola sepak yang diiktiraf oleh FIFA dan didenda CHF2,000 (lebih kurang RM11,000) seorang. FAM pula dikenakan denda CHF350,000 (sekitar RM1.8 juta) oleh badan induk bola sepak dunia itu.
Kronologi Kes FIFA & 7 Pemain Warisan
Kronologi Kes FIFA & 7 Pemain Warisan Malaysia adalah seperti berikut:
1. Mac-Jun 2025
FAM mengemukakan dokumen kelayakan tujuh pemain warisan kepada FIFA yang menyatakan mereka memiliki jalur keturunan Malaysia melalui datuk dan nenek yang lahir di Malaysia. Dokumen termasuk sijil lahir nenek moyang yang merupakan syarat pengesahan kelayakan ini.
2. Julai-September 2025
FIFA menjalankan siasatan dan mendapati terdapat ketidaksesuaian antara sijil kelahiran asal yang diperoleh dari pejabat pendaftaran di Argentina, Sepanyol dan Brazil dengan dokumen yang dihantar oleh FAM. Tempat lahir asal nenek moyang pemain telah diubah kepada lokasi di Malaysia, yang dianggap sebagai dokumen palsu.
3. September 2025
FIFA membuka prosiding tatatertib terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas dakwaan pemalsuan dokumen menurut Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA. FAM dan pemain diberikan masa untuk membela diri.
4. Oktober 2025
Laporan penuh oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA dikeluarkan, yang mengandungi bukti dan penemuan siasatan. FIFA menegaskan terdapat pelanggaran serius dan dokumen telah diubah suai untuk mencipta pertalian keluarga palsu.
5. November 2025
Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan FAM dan pemain, mengekalkan hukuman denda CHF350,000 (sekitar RM1.8 juta) kepada FAM dan denda CHF2,000 kepada setiap pemain serta penggantungan 12 bulan pemain daripada aktiviti bola sepak.
6. Tindakan Susulan
FAM menerima keputusan tersebut dan sedang meneliti kemungkinan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Siasatan dalaman dan langkah pembaikan turut dijalankan untuk memastikan integriti bola sepak negara.
FIFA Dedah Pegawai FAM Palsukan Dokumen Pemain Warisan
FIFA hari ini mengeluarkan dokumen alasan penuh berhubung keputusan Jawatankuasa Rayuan dalam kes pemain warisan Malaysia, yang turut mendedahkan bahawa pegawai pentadbiran FAM dikenal pasti sebagai individu yang mengubah serta memalsukan dokumen kelahiran tujuh pemain berkenaan.
Pengakuan tersebut direkodkan sendiri dalam prosiding badan induk itu. Dalam dokumen lebih 60 muka surat itu, FIFA menjelaskan bahawa FAM mengakui salinan sijil kelahiran yang dihantar kepada mereka adalah dipalsukan, termasuk penukaran lokasi kelahiran datuk dan nenek pemain bagi mewujudkan pertalian keturunan dengan Malaysia.
Jawatankuasa Rayuan mengekalkan hukuman: denda CHF350,000 kepada FAM, penggantungan 12 bulan dan denda CHF2,000 kepada setiap pemain.
FIFA turut menegur kelalaian pemain dan memberi amaran hukuman lebih berat jika insiden sama berulang. FAM bercadang membawa kes ke CAS.
Proses Rayuan dan Langkah Seterusnya
FAM telah menerima keputusan ini dan berhak mendapatkan salinan keputusan rasmi berserta alasan bertulis. Selepas itu, mereka mempunyai tempoh 21 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS) sekiranya mahu meneruskan pertikaian.
Kesemua hukuman ini adalah hasil daripada tindakan Jawatankuasa Rayuan FIFA yang menolak rayuan yang dibuat oleh FAM dan pemain warisan berkenaan dan menegaskan keputusan awal yang melibatkan denda dan penggantungan pemain atas kesalahan pemalsuan dokumen ketika proses pendaftaran pemain import untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Kelayakan Piala Asia 2027.
Soalan Lazim – Kes Pemain Warisan FAM
Pemain warisan FAM merujuk kepada tujuh pemain import yang berstatus warisan negara kerana mereka telah mendapat pengiktirafan dan permit untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.
Ketujuh-tujuh pemain didakwa berkaitan kes pemalsuan dokumen yang melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA.
FIFA mengenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) kepada FAM dan denda CHF2,000 (kira-kira RM11,000) kepada setiap pemain. Selain itu, ketujuh-tujuh pemain digantung selama 12 bulan dari sebarang aktiviti bola sepak yang diiktiraf FIFA.
Mereka ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui, dan Héctor Alejandro Hevel Serrano.
FAM menerima keputusan tersebut tetapi akan mengemukakan rayuan rasmi ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan sedang menjalankan siasatan dalaman serta penambahbaikan prosedur pengurusan dokumen bagi memastikan integriti bola sepak negara.
FAM menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal dalam proses penghantaran dokumen oleh kakitangan pentadbiran mereka, dengan menggunakan dokumen yang tidak rasmi dari pihak ketiga (ejen), bukannya dokumen rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Hanya tujuh pemain ini dikenakan tindakan kerana terlibat secara langsung dalam isu pemalsuan dokumen.




