Kelayakan Piala Asia 2027 [LIVE] Malaysia vs Vietnam – 31 MAC 2026

Kelayakan Piala Asia 2027 [LIVE] Malaysia vs Vietnam - 31 MAC 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Perlawanan antara Malaysia vs Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 dijadualkan berlangsung pada Selasa, 31 Mac 2026.

Anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi Tayangan Skrin Besar yang disediakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di beberapa lokasi seluruh negara.

Saksikan juga LIVE streaming di Malaysia vs Vietnam pada 31 MAC 2026 di saluran Astro ArenaHD (801) atau menerusiĀ Astro GoĀ atauĀ Sooka.

Walaupun sebenarnya Malaysia sudah tersingkir untuk layak ke Piala Asia 2027 disebabkan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain, namun skuad bimbingan Peter Cklamovski ini tetap mahu berjuang memburu kemenangan untuk perlawanan ini.

Rujuk info penuh Tayangan Skrin Besar Kelayakan Piala Asia 2027 [LIVE] Malaysia vs Vietnam pada 31 MAC 2026 (Selasa) ini.

Apa Itu Kelayakan Piala Asia 2027?

Kelayakan Piala Asia 2027 adalah satu siri pertandingan kumpulan dan peringkat kalah‑mati di mana 46 negara ahli AFC (dan Kepulauan Mariana Utara) bersaing untuk meraih 23 slot ke pentas utama, dengan tuan rumah sahaja layak secara automatik.

Tujuannya adalah menapis pasukan terbaik di Asia yang layak ke kejohanan utama yang dijadualkan diadakan diĀ Arab Saudi pada 2027.

Malaysia terlibat dalam kelayakan ini, namun dalam proses yang sama, Malaysia terkeluar buat sementara kerana isu dokumen kelayakan pemain, menyebabkan dua kemenangan dibatalkan oleh AFC.

Senarai Pasukan dan Kelayakan

Kesemua 24 pasukan yang bakal bertanding di Kelayakan Piala Asia 2027 sudah diketahui setelah kemenangan Brunei, Timor Leste dan Sri Lanka di pusingan play off.

24 pasukan akan diundi dan bersaing di 6 kumpulan. Hanya juara kumpulan layak ke Arab Saudi.

  1. Syria
  2. Thailand
  3. Lebanon
  4. Tajikistan
  5. Vietnam
  6. India
  7. Malaysia
  8. Turkmenistan
  9. Filipina
  10. Afghanistan
  11. Hong Kong
  12. Yemen
  13. Singapura
  14. Maldives
  15. Chinese Taipei
  16. Myanmar
  17. Nepal
  18. Bhutan
  19. Brunei
  20. Bangladesh
  21. Laos
  22. Timor-Leste
  23. Pakistan
  24. Sri Lanka
Kelayakan Piala Asia 2027 [LIVE] Malaysia vs Vietnam - 31 MAC 2026

Baca juga: Piala AFC / Asia Cup 2027: Tarikh Perlawanan, Format, Pasukan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaya

Berikut adalah senarai nama 28 pemain yang dipanggil untuk bersama skuad Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Peter Cklamovski bermula Isnin, 23 Mac 2026 bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F bertemu pasukan Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada 31 Mac 2026.

Cklamovski juga membawa masuk dua muka baru iaitu Muhammad Feroz Baharudin dan Muhammad Syahmi Safari selain penjaga gol skuad B-23 iaitu Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa yang diletakkan di bawah program Pembangunan Penjaga Gol.

Tarikh Perlawanan Malaysia VS Vietnam – Kelayakan Piala Asia 2027

Piala Asia 2027 dijadual berlangsung di Arab Saudi dari 7 Januari hingga 5 Februari 2027.

Kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia dalam Kumpulan F menentang Vietnam akan berlangsung pada 31 Mac 2026.

Jadual Perlawanan & Kedudukan Terkini Skuad Malaysia Dalam Kumpulan F

Selepas 6 perlawanan, juara kumpulan akan layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, 15 Januari hingga 8 Februari 2027.

Kredit: Facebook FAMalaysia

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Vietnam

[akan dikemaskini]

    kelayakan piala afc 2027 asia

    Hanya juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia 2027 yang dijadual pada Januari–Februari 2027, di Arab Saudi.

    Tonton LIVE Streaming Perlawanan Piala Asia 2027 & Tayangan Skrin Besar

    Penampilan Skuad Kebangsaan bagi kelayakan Piala Asia 2027 boleh ditonton perlawanan Piala Asia 2027 secara langsung menerusi platform berikut:

    Siaran percuma:

    Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

    1. Astro Arena (801, 803, 804)
    2. Astro Supersport (811 – 813)
    3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

    Anda boleh saksikan perlawanan menerusi Tayangan Skrin Besar yang disediakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

    Soalan Lazim Kelayakan Piala Asia 2027

    Apa itu Kelayakan Piala_Asia 2027?

    Ia ialah siri perlawanan rasmi anjuran AFC untuk memilih negara-negara yang layak beraksi di pentas Piala Asia 2027.

    Berapa pasukan akan layak ke Piala Asia 2027?

    Kejohanan akan menampilkan 24 pasukan (termasuk 1 pasukan tuan rumah) sama seperti edisi 2019 & 2023. Berdasarkan format kejohanan, hanya juara setiap kumpulan akan mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027.

    Berapa banyak perlawanan yang dimainkan setiap pasukan?

    Di Pusingan 2, setiap pasukan bermain 6 perlawanan (home & away).

    Bila kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia?

    Malaysia layak ke Piala Asia 2023 (diadakan 2024) secara merit, kali pertama sejak tahun 1980.

    Bilakah dan di mana Piala Asia 2027 diadakan?

    Piala Asia 2027 dijadual diadakan di Arab Saudi pada 7 Januari hingga 5 Februari 2027.

    Bilakah perlawanan kelayakan Malaysia?

    Kempen Malaysia dalam Kumpulan F (Kelayakan Piala Asia 2027) berlangsung antara 25 Mac 2025 hingga 31 Mac 2026 (Malaysia vs Vietnam).

    Siapa jurulatih skuad kebangsaan Malaysia?

    Skuad Harimau Malaya kini di bawah kendalian Peter Cklamovski, ketua jurulatih kebangsaan yang mula bertugas pada Januari 2025.

    Kenapa perlawanan kelayakan ini penting untuk Malaysia walaupun tidak layak ke Piala Asia 2027?

    Walaupun Malaysia tidak layak, kelayakan ini menjadi penting untuk:
    – Pengalaman skuad menjelang kejohanan besar.
    – Membina rekod prestasi bola sepak kebangsaan dan E‑rating FIFA

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut