Menu Rahmah KFC Malaysia – Senarai Set, Cara Order & Harga

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah merasmikan Majlis Pelancaran Menu Rahmah KFC & Pizza Hut di Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai menu dan makanan yang ditawarkan khas dengan harga promosi tersebut.

Pengenalan

Program Menu Rahmah khusus untuk golongan miskin tegar telah dilancarkan pada 31 Januari 2023.

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor, di mana Mydin antara yang paling awal menyambut inisiatif berkenaan dengan menawarkan set lengkap makan tengah hari dan makan malam dengan harga RM4.90.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kadar inflasi makanan di luar rumah menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus sejak inisiatif yang dipelopori pengusaha makanan secara sukarela itu diperkenalkan pada Januari lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Sdn Bhd, Nechal Khanna, berkata pihaknya percaya bahawa pengenalan inisiatif Menu Rahmah itu adalah amat penting dan tepat pada masanya.

menu rahmah kfc malaysia 2023
Sumber gambar : KFC Malaysia

Set Menu Rahmah KFC (2023)

Dengan hanya RM5, anda boleh menikmati set kombo berikut :

  • seketul ayam goreng (Original or Hot & Spicy)
  • sebiji ban
  • sebotol air mineral

Menu ini adalah ditawarkan pada setiap Isnin-Jumaat, jam 2.00 – 5.00 petang.

Cara order Menu Rahmah ini adalah dengan membuat pesanan di restoran atau mesin layan diri di restoran KFC seluruh Malaysia kecuali yang terkecuali. (Sila rujuk di bawah)

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Semestinya mampu milik dan lazat!

Outlet KFC Yang Terlibat

Orang ramai kini boleh menikmati hidangan itu di 1,227 rangkaian restoran KFC di seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland bagi Menu RAHMAH KFC Meal tersebut.

Baca juga :

Lagi Restoran Yang Menawarkan Menu Rahmah

Di mana lagi boleh dapat Menu Rahmah dalam Malaysia?

Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tawaran istimewa ini, KPDN telah membangunkan sebuah direktori lokasi Menu Rahmah.

Melalui direktori yang dibangunkan oleh KPDN ini, pengguna boleh melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran / cafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera / gerai).

Selain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.

Sila rujuk senarai lokasi restoran yang melaksanakan inistiatif Menu Rahmah setiap negeri berikut:

Direktori penuh ini boleh diakses melalui pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/

lokasi menu rahmah
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!