MENU CU MART & PROMOSI TERKINI
Selain restoran daging grill yang menawarkan aneka hidangan Korea, kini terdapat pelbagai kedai serbaneka atau convenience store yang muncul bagi memenuhi permintaan penggemar streetfood Korea yang ringkas namun lazat!
Antara convenience store yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia adalah CU Mart. Sebut saja apa yang anda inginkan, CU Mart pasti ada!
Dari oden, tteokbokki, gimbap sehinggalah ke aiskrim yang diimport dari Korea, anda pasti rambang mata bila ke sini!
Untuk membantu anda berbelanja dengan lebih berbaloi, kini CU Mart juga tawarkan promosi hebat serta menu terbaru yang cukup menarik.
Jom kita tengok tawaran promosi terkini serta menu terbaru dari CU Mart!
Baca Juga : OldTown White Coffee : Senarai Menu, Harga & Promosi Terkini
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
Promosi Terkini CU Mart dan Menu Terbaru
Tawaran Daebak Meals Dengan Harga di Bawah RM 10 Sepanjang Hari
Jimat dan mengenyangkan, tawaran terbaru dari CU ini menawarkan aneka menu menarik dengan harga yang cukup berbaloi.
Untuk hidangan sarapan pagi, anda boleh nikmati CU Latte (Hot) serta Egg Mayo Sandwich dengan harga RM 7.99 sahaja.
Untuk makan tengah hari pula, CU Mart tawarkan dua jenis set menu yang ringkas tapi mengenyangkan dengan harga RM 9.99 sahaja iaitu :
- Jochiwon Peach Tea + Hot Spicy Tteokbokki
- MyNews Mineral Water 600 ml + Suwon Wanggalbi Chicken Gimbap
Bagi santapan snek tengah malam (supper), CU Mart sajikan minuman K-Fusion Berry dan K-Corn Sausage dengan harga RM 9.99 sahaja.
1 + 1 Daebak Monday
Ucapkan selamat tinggal pada Monday Blues dengan tawaran 1 + 1 Daebak Monday.
Khas buat penggemar kopi, jangan lepaskan promosi beli 1 percuma 1 Iced Latte dan Mix & Match Combo yang ekslusif dari CU Mart.
Diskaun RM 2 Untuk Minuman K-Fusion Berry Untuk Ahli MyNews
Adakah anda ahli sertia MyNews? Dapatkan tawaran diskaun RM 2 bagi pembelian K-Fusion Berry!
Untuk tebus tawaran ini, muat turun aplikasi MyNews di telefon anda dan tunjukkan aplikasi ini di cawangan terdekat (kecuali Genting / Cameron).
Tawaran ini sah sehingga 2 Julai 2022 sahaja, jadi dapatkannya sementara stok masih ada!
Menu Terbaru
Bagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke sini, jangan lupa untuk nikmati menu terbaru iaitu :
Banana Milk & Vanilla Soft Serve
Plant-based Dak Gang Jeong
Dak Gang Jeong ialah ayam pedas manis Korea (Crispy Korean Fried Chicken) yang terkenal.
Dalam menu terbaru ini, CU memperkenalkan plant-based series, iaitu pilihan vegetarian tanpa daging.
Terdapat dua pilihan menu Plant-based Dak Gang Jeong yang anda boleh cuba iaitu :
- Sichuan Spicy Dak Gang Jeong
- Zesty Cream Dak Gang Jeong
Menariknya menu yang ditawarkan di sini kan?
Dengan promosi kombo dan diskaun hebat, anda pasti dapat berbelanja dengan lebih jimat dan berbaloi.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke CU Mart hari ini!
Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook CU Malaysia untuk ketahui promosi terkini!