Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Malaysia Futsal Cup 2025 FINAL kini sampai ke kemuncaknya! Pertarungan sengit sepanjang musim akhirnya membawa dua pasukan terbaik ke pentas final, manakala dua lagi pasukan akan beraksi dalam perebutan tempat ketiga.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di venue berkecuali ini bakal menjadi tumpuan peminat futsal seluruh negara.

Dengan aksi penuh taktikal, jaringan bertenaga serta semangat juang tanpa kompromi, inilah saat penentu juara sebenar edisi 2025.

STL Champions Cup

Apa itu Malaysia Futsal Cup?

Malaysia Futsal Cup atau Piala Futsal Malausia adalah pertandingan tahunan kelab futsal di Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pasukan yang layak ke pertandingan itu berdasarkan kepada prestasi mereka dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL).

Ia pertama kali dipertandingkan adalah pada tahun 2022. Pertandingan ini menampilkan 8 pasukan iaitu 6 pasukan yang layak terus dan 2 pasukan lagi dari pusingan kelayakan.

Pemenang pertandingan akan diberikan slot untuk bertanding dalam Kejohanan Kelab Futsal AFF.

Baca juga: STL Champions Cup 2025 [LIVE] Format, Jadual Perlawanan, Pasukan

Format Pertandingan

Bermula tahun 2025, Malaysia Futsal Cup hadir dengan format baharu yang lebih kompetitif dan seimbang.

Kelayakan Pasukan

  • Enam pasukan teratas daripada MPFL Division 1 akan layak secara automatik ke pusingan utama, berdasarkan prestasi mereka sepanjang musim.
  • Berbeza dengan format sebelum ini, dua pasukan tercorot Division 1 tidak lagi layak.
  • Sebaliknya, juara dan naib juara MPFL Division 2 akan mengisi dua slot terakhir untuk melengkapkan senarai lapan pasukan bertanding.

Format Knockout

Pertandingan ini sepenuhnya berasaskan sistem kalah mati bermula dari peringkat suku akhir:

  • Setiap pusingan (suku akhir & separuh akhir) berlangsung secara dua perlawanan timbal balik (home & away), memberi peluang adil kepada kedua-dua pasukan beraksi di gelanggang masing-masing.
  • Penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir pula akan dimainkan di venue berkecuali, menambah elemen neutral serta kesaksamaan bagi menentukan pemenang.

Format ini dijangka meningkatkan persaingan, dengan setiap perlawanan menjadi penentu penting dalam perjalanan menuju kejuaraan Malaysia Futsal Cup 2025.

Pasukan Bertanding Final

Dua perlawanan ini akan menentukan siapa yang layak ke pentas akhir STL Champions Cup 2025:

  1. PAHANG RANGERS FC 🆚️ SELANGOR FC (FINAL)
  2. JDT 🆚️ SABAH (Tempat Ke-3)

Jadual Perlawanan MFC 2025

Jadual perlawanan untuk MFC 2025 adalah seperti berikut:

Pahang Rangers FC vs Selangor FC

  • Perlawanan : Final
  • Lokasi: N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan
  • Tarikh perlawanan : 23 Ogos 2025 (Sabtu)

JDT vs Sabah

  • Perlawanan : Tempat Ke-3
  • Lokasi: N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan
  • Tarikh perlawanan : 23 Ogos 2025 (Sabtu)

Maklumat Penjualan Tiket

Harga tiket untuk Pahang Rangers FC vs Selangor FC (RM20), manakala untuk perlawanan JDT vs Sabah (RM15).

Tiket untuk kedua-dua perlawanan ini boleh dibeli di N9 Arena pada Sabtu, bermula 10:00 pagi.

Pastikan anda mendapatkan tiket melalui saluran rasmi untuk mengelakkan sebarang masalah dan memastikan pengalaman menonton yang terbaik.

Baca juga: STL 2025: Jadual GP 6 Penang, Live Streaming & Kedudukan Terkini

LIVE Streaming

Bagi peminat futsal, anda boleh menyaksikan siaran langsung atau LIVE Streaming kejohanan MFC 2025 ini secara eksklusif di saluran Astro Arena 801, strim di Astro GO & aplikasi Sooka.

Untuk perkembangan terkini, sila ikuti saluran berikut:

Maklumat Lanjut

Anda boleh saksikan keputusan dan updated terbaru berkenaan dengan Malaysia Futsal Cup 2024 di sini:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku