STL 2025: Kedudukan STL Premier 2025 & Keputusan [LIVE]

STL 2025
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Liga Sepak Takraw (STL) adalah sebuah liga profesional sepak takraw yang dianjurkan di Malaysia. Terdapat 6 siri Grand Prix di enam lokasi berbeza bagi STL 2025. Jadual perlawanan, keputusan dan kedudukan terkini boleh didapati secara online melalui laman media sosial rasmi SepakTakraw League.

Liga Sepak Takraw (STL) 2025 telah membuka tirainya pada 28 Mei 2025 , dengan format baharu yang menarik perhatian peminat sukan tempatan. Majlis pelancarannya berlangsung pada 20 Mei 2025 yang lalu.

Majlis Pelancaran STL 2025 telah dilancarkan oleh YB Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan Malaysia) di Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, acara ini akan membawa lebih banyak aksi, persaingan sengit, dan detik-detik yang mengujakan.

Berikut dikongsikan jadual perlawanan, senarai kumpulan, dan cara untuk menonton siaran langsung liga ini.

BACA JUGA: Piala Dunia Sepak Takraw 2025, Final LIVE Perlawanan Malaysia

Pengenalan Sepak Takraw League (STL)

Liga Sepak Takraw (STL) adalah sebuah liga profesional sepak takraw yang dianjurkan di Malaysia.

Liga ini telah ditubuhkan pada 7 November 2014 dengan tujuan untuk membangunkan bakat sepak takraw tempatan dan mempromosikan sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Sepak Takraw League 2025 (STL) - Astro Media Solutions
Sepak Takraw League (STL)

STL 2025 memperkenalkan sistem kelayakan baharu yang membahagikan pasukan kepada Kelas Satu dan Kelas Dua selepas peringkat kumpulan.

Hanya pasukan Kelas Satu akan layak merebut kejuaraan, manakala Kelas Dua akan bersaing untuk tempat kelima hingga kelapan. Format ini dijangka meningkatkan intensiti dan mendebarkan lagi aksi perlawanan untuk peminat.

Musim kali ini (2025), terdapat enam siri Grand Prix di enam lokasi berbeza, termasuk penambahan satu Grand Prix di Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan lebih menarik dan kompetitif.

CelcomDigi diumumkan sebagai penaja utama STL 2025, menggantikan penaja sebelum ini.

Senarai Pasukan Bertanding STL 2025

Liga ini akan menyaksikan penyertaan beberapa pasukan terkuat dari seluruh negara. Setiap kumpulan akan bersaing untuk mendapatkan tempat ke suku akhir, di mana pasukan terbaik akan berpeluang untuk meraih kejuaraan STL 2025.

Division 1

  • Melaka Titans
  • Sabah Mountaineers
  • Kedah Eagles
  • Mammoth Pahang
  • Penjara Enforcers
  • Sarawak Hunter
  • Perlis Vipers
  • Putrajaya Cyborg
  • PSM Mavericks
  • Bomba Fighters
  • PDRM Defenders

NOTA: Senarai rasmi penuh STL Divisyen 1 2025 hanya akan disahkan selepas proses kelayakan dan pengesahan pasukan oleh pihak penganjur.

STL Premier

  • Kuala Lumpur Thunder
  • Perak Bison
  • Negeri Sembilan Antlers
  • Selangor Pistons
  • ATM Guardians
  • Terengganu Turtles
  • Penang Blacks Panthers
  • Johor Tigris
  • PDRM Defenders
  • Kelantan Warriors
  • Juara Division 1
  • Naib Juara Division 1

Terdapat 4 pembahagian kumpulan untuk GP iaitu:

KUMPULAN A

  • A1: ATM Guardians
  • A2: Selangor Pistons
  • A3: Johor Tigris

KUMPULAN B

  • B1: PDRM Defenders
  • B2: Kelantan Warriors
  • B3: Penang Black Panthers

KUMPULAN C

  • C1: Perak Bison
  • C2: Bomba Fighters
  • C3: Terengganu Turtles

KUMPULAN D

  • D1: Kuala Lumpur Thunders
  • D2: Negeri Sembilan Antlers
  • D3: Melaka Titans

KEPUTUSAN PERLAWANAN | 31 OGOS

KEDUDUKAN TERKINI | 31 OGOS

Jadual Perlawanan STL Championship Cup 2025

STL Grand Prix 1

  • Tarikh: 17 – 21 Jun 2025
  • Tempat: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

STL Grand Prix 2

  • Tarikh: 2 – 6 Julai 2025
  • Tempat: Arena N9, Nilai, Negeri Sembilan.

STL Grand Prix 3

  • Tarikh: 9 – 13 Julai 2025
  • Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

STL Grand Prix 4

  • Tarikh: 6 -10 Ogos 2025
  • Tempat: Arena Larkin, Johor

STL Grand Prix 5

  • Tarikh: 13 – 17 Ogos 2025
  • Tempat: Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

STL Grand Prix 6 (GP Penang)

  • Tarikh: 27 – 31 Ogos 2025
  • Tempat: Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.
stl 2025 gp 6 penang
STL 2025

STL Champions Cup 2025

  • Tarikh: 3 – 7 September 2025
  • Tempat: Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan
  • Penyertaan: EMPAT (4) pasukan terbaik STL Premier 2025.

Sebarang perubahan tarikh dan pindaan akan dimaklumkan.

NOTA: Maklumat lanjut mengenai jadual perlawanan boleh didapati di laman web rasmi STL dan platform sukan yang berkaitan.

Live Streaming STL 2025

Bagi peminat yang ingin menyaksikan setiap aksi perlawanan secara langsung, STL 2025 menawarkan pilihan live streaming. 

Perlawanan boleh ditonton melalui saluran Astro Arena 801, strim di Astro GO & aplikasi sooka bermula 28 MEI 2025.

Beberapa perlawanan juga akan disiarkan secara langsung di saluran rasmi STL. Pastikan anda mengikuti laman sosial STL untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai siaran langsung dan jadual perlawanan.

BACA JUGA: Selangor Red Giants – Pasukan Bola Sepak dan E-Sukan Selangor

Info Penjualan Tiket STL 2025

Lokasi Grand Prix STL 2025 yang dijadualkan adalah di enam negeri berbeza:

  • Kuala Lumpur (Stadium Titiwangsa)
  • Negeri Sembilan (Arena N9, Nilai)
  • Johor (Larkin Arena, Johor Bahru)
  • Terengganu (Stadium Gong Badak)
  • Perak (Stadium Indera Mulia, Ipoh)
  • Pulau Pinang (SPICE Arena, Bayan Baru)

Penjualan tiket untuk setiap Grand Prix biasanya dibuka beberapa minggu sebelum tarikh acara bermula, dengan pas bermusim dibuka lebih awal daripada tiket normal.

Cara pembelian tiket:

  • Melalui platform rasmi STL dan penganjur acara.
  • Melalui laman web (https://tickethotline.com.my/) atau aplikasi penjualan tiket yang ditetapkan.
  • Tiket juga boleh dibeli secara fizikal di lokasi tertentu bergantung kepada pengumuman penganjur.

NOTA: Pemenang keseluruhan bagi STL Premier 2025 hanya akan diketahui selepas tamatnya semua siri Grand Prix dan perlawanan akhir STL Premier musim inI.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila ikuti media rasmi Sepak Takraw League:

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan menarik ini!

Soalan Lazim – STL 2025

1. Bilakah musim STL 2025 bermula dan berakhir?

Musim STL 2025 bermula pada 28 Mei 2025. Tarikh tamat rasmi akan diumumkan mengikut jadual Grand Prix terakhir tahun ini.

2. Apa pembaharuan format STL 2025?

STL 2025 memperkenalkan format kelas baharu, iaitu pasukan akan dibahagi kepada dua kelas selepas peringkat kumpulan:
Kelas Satu: Hanya pasukan Kelas Satu akan layak merebut kejuaraan.
Kelas Dua: Pasukan Kelas Dua akan bersaing untuk penentuan tempat ke-5 hingga ke-8.
Tambahan satu lagi Grand Prix, Negeri Sembilan, menjadikan enam lokasi keseluruhan tahun ini.

3. Bagaimana struktur kejohanan Grand Prix STL 2025?

Terdapat 6 siri Grand Prix (GP) di enam lokasi berbeza dan setiap GP mempunyai pusingan kumpulan untuk menentukan barisan pasukan layak ke peringkat seterusnya dan kelas masing-masing.

4. Bagaimana untuk menonton STL 2025 secara langsung?

STL 2025 boleh ditonton secara langsung di Astro Arena (saluran 801), aplikasi Astro GO, dan secara percuma di aplikasi Sooka. Beberapa perlawanan juga disiarkan di laman sosial rasmi STL seperti Facebook dan YouTube. Pastikan anda semak jadual di platform rasmi STL untuk maklumat terkini siaran langsung dan perlawanan.

5. Siapakah penaja utama STL 2025?

CelcomDigi diumumkan sebagai penaja utama bagi musim 2025, menggantikan penaja sebelumnya

6. Bila STL Champions Cup 2025

STL Champions Cup 2025 akan berlangsung pada 3 hingga 7 September 2025 di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan.

7.  Bagaimana cara untuk mendapatkan tiket STL 2025?

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi seperti tickethotline.com.my dan juga di lokasi perlawanan Grand Prix mengikut harga dan kategori tempat duduk.

8. Bila dan di mana Final STL 2025 diadakan?

Final STL 2025 diadakan selepas kesemua siri Grand Prix selesai, manakala STL Champions Cup berlangsung di Karisma Arena, Seremban dari 3 hingga 7 September 2025.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut