Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI: Negeri Sembilan Antlers muncul juara STL Champions Cup 2025 selepas menewaskan Kuala Lumpur Thunder dalam aksi penuh sengit di Karisma Arena, Seremban.

Bagi peminat sepak takraw tanah air, kejohanan STL Champions Cup 2025 pastinya kejohanan yang ditunggu-tunggu. Saksikan LIVE STL Champions Cup 2025 di https://stadiumastro.com/sepak-takraw-league

STL merupakan singkatan bagi Sepak Takraw League (Liga Sepak Takraw), merujuk kepada liga profesional lelaki Malaysia untuk sepak takraw.

STL telah dianjurkan sejak tahun 2014 yang bermakna pada tahun ini, sudah tahun kewujudannya dalam memartabatkan sukan ini di Malaysia untuk mencungkil pemain-pemain berbakat mewakili negara.

  • Lokasi: Karisma Arena, Seremban.
  • Tarikh: 3 hingga 7 September 2025

Apa itu CelcomDigi STL Champions Cup?

CelcomDigi STL Champions Cup adalah salah satu kejohanan utama dalam Liga Sepak Takraw (STL) di Malaysia yang menampilkan persaingan antara pasukan terbaik dari STL Premier bersama pasukan jemputan antarabangsa.

CelcomDigi STL Champions Cup
CelcomDigi STL Champions Cup

Ia merupakan kemuncak musim STL dan diadakan setiap tahun sebagai platform untuk mempamerkan bakat dan kemahiran pemain sepak takraw tempatan serta antarabangsa dalam satu kejohanan berprestij.

Selain pertandingan utama Champions Cup yang menampilkan 10 pasukan (termasuk lima pasukan jemputan dari negara lain), STL juga mengadakan liga Divisyen 1 dan Premier yang berlangsung secara berperingkat sepanjang musim. 

Selain CelcomDigi sebagai penaja utama, penaja-penaja yang lain ialah Vida sebagai air minuman rasmi STL, Gajahmas sebagai penaja peralatan rasmi STL, FBT-UFL sebagai pakaian rasmi penganjur, Pos Malaysia sebagai rakan strategik logistik rasmi, TicketHotline sebagai rakan rasmi tiket dan First Pride sebagai rakan kongsi snek.

Format CelcomDigi STL Champions Cup

Format STL Champions Cup 2025 belum diumumkan secara terperinci. Berikut adalah format yang digunakan pada tahun-tahun sebelumnya (format tahun 2025):

  • Kelayakan: Pasukan terbaik dari STL Premier dan STL Division 1 layak ke STL Champions Cup, bersama beberapa pasukan jemputan dari luar negara.
  • Bilangan Pasukan: Lazimnya sebanyak 8 hingga 10 pasukan terdiri daripada pasukan terbaik liga tempatan dan pasukan jemputan antarabangsa.
  • Peringkat Kumpulan: Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan bermain secara round-robin di dalam kumpulan masing-masing.
  • Separuh Akhir & Akhir: Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir, diikuti dengan perlawanan akhir untuk menentukan juara.
  • Sistem Markah: Kemenangan diberikan dua mata, kekalahan sifar mata. Kedudukan kumpulan ditentukan oleh jumlah mata, perbezaan set (set difference), dan perbezaan mata (point difference) jika perlu.
  • Semua pertandingan menggunakan peraturan rasmi Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).

Terdapat juga perubahan dalam musim 2025 STL dengan pengenalan sistem kelayakan baharu yang membahagikan pasukan kepada Kelas Satu (untuk pasukan yang layak ke peringkat kejuaraan) dan Kelas Dua (untuk menentukan kedudukan kelima hingga kelapan), meningkatkan daya saing dan intensiti kejohanan.

Format asas kumpulan-round robin diikuti peringkat kalah mati ini bertujuan memastikan setiap perlawanan penting untuk laluan ke pusingan akhir kejohanan.

BACA JUGA: Kalendar 2026: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia

Senarai Pasukan & Pemain

Sebanyak 10 buah pasukan akan berentap dalam saingan CelcomDigi STL Champions Cup 2025, yang dijadualkan berlangsung di Karisma Arena, Seremban dari 3 hingga 7 September.

Musim ini turut membabitkan penyertaan lima buah pasukan luar negara dengan masing-masing dari Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan India, di samping lima pasukan terbaik berdasarkan ranking Premier, Liga Sepak Takraw (STL) yang bakal merebut gelaran juara.

stl champions cup
2025
Sumber: Facebook

 Berikut adalah senarai pasukan bertanding:

Pasukan Tempatan dari STL Premier Malaysia – 5 pasukan terbaik ditentukan selepas GP 6 di Pulau Pinang.

  1. Perak Bison
  2. Johor Tigris
  3. Kuala Lumpur Thunder
  4. Melaka Titans
  5. Negeri Sembilan Antlers
STL Champions Cup 2025
STL Champions Cup 2025
STL Champions Cup 2025
STL Champions Cup 2025
STL Champions Cup 2025

Pasukan Jemputan Antarabangsa (5 pasukan):

  1. Singapore MGPC (Singapura)
  2. Ratchaburi Takraw Club (Thailand)
  3. Japan Sepaktakraw (Jepun)
  4. Korea KSTA (Korea Selatan)
  5. India Fighters (India)
STL Champions Cup 2025
STL Champions Cup 2025
STL Champions Cup 2025
STL Champions Cup 2025

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, memaklumkan seramai 10 orang pengadil dari Malaysia dibantu lima pengadil dari Singapura, Korea Selatan, India, Thailand dan Indonesia bakal diberikan tanggungjawab mengadili perlawanan kejohanan berprestij ini.

Sumber: Instagram Rasmi Sepak Takraw League

Kedudukan Kumpulan

Berikut ialah kedudukan kumpulan dalam STL Champions Cup 2025:

Group AGroup B
A1Perak BisonB1Kuala Lumpur Thunder
A2Negeri Sembilan AntlersB2Melaka Titans
A3Johor TigrisB3Japan Sepaktakraw (Jepun)
A4India Fighters (India)B4Korea KSTA (Korea Selatan)
A5Singapore MGPC (Singapura)B5Ratchaburi Takraw Club (Thailand)
Kedudukan Kumpulan stl champions cup
Kedudukan Kumpulan

Jadual Perlawanan STL Champions Cup 2025 – Final & Penentuan Tempat 3/4

Kejohanan CelcomDigi STL Champions Cup 2025 akan berlangsung seperti berikut:

  • Lokasi: Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan
  • Tarikh kejohanan: 3 hingga 7 September 2025

Kejohanan ini akan memperlihatkan 10 pasukan bertanding dalam peringkat kumpulan dan seterusnya peringkat knockout (separuh akhir dan akhir).

10 Pasukan, 5 perlawanan sehari, 1 gelaran jadi sasaran, semuanya bakal terjawab di Karisma Arena, Seremban!

Berikut adalah jadual perlawanan terkini bagi peringkat akhir dan penentuan tempat ketiga / keempat:

  • STL CHAMPIONS CUP FINAL
    • Negeri Sembilan Antlers vs Kuala Lumpur Thunder
    • Ahad, 7 September 2025
    • 9.30 malam
  • PENENTUAN TEMPAT 3/4
    • Ratchaburi Takraw Club vs Perak Bison
    • Ahad, 7 September 2025
    • 8.00 malam

Saksikan aksi secara langsung di Astro Arena saluran 801 & @sookamalaysia.

BACA JUGA: STL 2025: Keputusan Penuh & Kedudukan STL Premier

Keputusan Perlawanan STL Champions Cup 2025

STL Champions Cup 2025 yang berlangsung dari 3 hingga 7 September di Karisma Arena, Seremban menyaksikan aksi penuh mendebarkan apabila pasukan terbaik dari Malaysia dan luar negara berentap merebut gelaran juara.

Berikut adalah senarai penuh keputusan Perlawanan STL Champions Cup 2025:

  1. Champion – Negeri Sembilan Antlers
  2. 1st Runner-Up – Kuala Lumpur Thunder
  3. 2nd Runner-Up – Perak Bison
  4. 3rd Runner-Up – Ratchaburi Takraw Club
  1. Best Tekong – Muhammad Haziq Hairul Nizam (Negeri Sembilan Antlers)
  2. Best Killer – Muhammad Hafizul Hayazi Adnan (Negeri Sembilan Antlers)
  3. Best Feeder – Amirul Zazwan Amir (Kuala Lumpur Thunder)
  4. MVP (Most Valuable Player) – Muhammad Haziq Hairul Nizam (Negeri Sembilan Antlers)

KEPUTUSAN PERLAWANAN

SENARAI PEMAIN TERBAIK

Maklumat Penjualan Tiket

Kaunter ticket hotline sudah dibuka!

Jangan lepaskan peluang melihat 5 pasukan terbaik Malaysia beradu tenaga menentang 5 pasukan lain dari Thailand, Singapura, India, Korea dan Jepun!

Semuanya Rabu nanti di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan.

Tiket atas talian sudah dibuka, jangan lupa dapatkan tiket anda di www.tickethotline.com.my

Pastikan anda mendapatkan tiket melalui saluran rasmi untuk mengelakkan sebarang masalah dan memastikan pengalaman menonton yang terbaik.

LIVE Streaming

Bagi peminat sepak takraw, anda boleh menyaksikan siaran langsung atau LIVE Streaming kejohanan STL Champions Cup 2025 ini secara eksklusif di saluran Astro Arena 801, strim di Astro GO & aplikasi Sooka.

Tiga rangkaian radio rasmi STL ialah Sinar FM, Gegar FM dan Zayan FM.

Untuk perkembangan terkini, sila ikuti saluran berikut:

Soalan Lazim – STL Champions Cup 2025

1. Apakah STL Champions Cup 2025?

STL Champions Cup 2025 adalah kejohanan kemuncak dalam Liga Sepak Takraw (STL) Malaysia tahun 2025 yang menampilkan pasukan terbaik dari STL Premier berserta pasukan jemputan antarabangsa. Ia berlangsung sebagai platform untuk mempamerkan bakat dan kemahiran tertinggi pemain sepak takraw.

2. Bila dan di manakah STL Champions Cup 2025 diadakan?

Kejohanan ini dijadual berlangsung dari 3 hingga 7 September 2025 di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan.

3. Berapa banyak pasukan yang akan bertanding?

Sebanyak 10 pasukan akan bertanding, termasuk 5 pasukan tempatan teratas dari STL Premier dan 5 pasukan jemputan antarabangsa dari Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan, dan India.

4. Apakah format pertandingan STL Champions Cup 2025?

Format biasanya terdiri daripada peringkat kumpulan (round-robin), diikuti peringkat separuh akhir dan akhir. Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, di mana dua pasukan teratas akan mara ke peringkat kalah mati.

5. Macam mana nak nonton STL Champions Cup 2025 secara langsung?

Anda boleh menonton secara langsung di saluran Astro Arena (saluran 801), Astro GO, dan aplikasi Sooka.

6. Apa perbezaan STL Champions Cup ini dengan Grand Prix STL 2025?

Grand Prix STL adalah siri perlawan liga yang berlangsung sepanjang musim di beberapa lokasi. STL Champions Cup pula adalah kejohanan kemuncak dengan pasukan terbaik bertanding untuk gelaran juara musim.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku