Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik & Perlu Dielakkan

Apakah makanan yang dapat menurunkan asid urik dan makanan yang perlu anda elakkan untuk menurunkan asid urik?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan yang dapat menurunkan asid urik yang boleh anda makan.

Baca juga:

Apa itu asid urik?

Possible

Asid urik adalah bahan kimia yang terhasil apabila badan memecahkan bahan yang dipanggil sebagai purin. Purin biasanya dihasilkan dalam badan dan juga terdapat dalam beberapa makanan dan minuman.

Kebanyakkan asid urik larut dalam darah dan bergerak ke buah pinggang. Kemudian, ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Jika badan anda menghasilkan terlalu banyak asid urik atau tidak mampu untuk mengeluarkan cukup asid, anda boleh terkena gout. Keadaan ini dipanggil sebagai hyperuricemia.

Kandungan yang normal

Bacaan normal asid urik dalam tubuh badan manusia adalah kurang 360 mcmol/L bagi wanita manakala lelaki dan wanita menopaus pula bacaannya bawah 420 mcmol/L. 

Manakala bacaan asid urik bagi pesakit gout adalah melebihi 540 mcmol/L

Punca asid urik tinggi

Kandungan asid urik boleh tinggi dalam badan apabila anda:

  • Terlalu banyak minum alkohol
  • Minum terlalu banyak soda atau makan terlalu banyak makanan yang mengandungi fruktosa, sejenis gula
  • Faktor genetik
  • Diuretik
  • Masalah buah pinggang
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Leukemia
  • Sindrom metabolisme
  • Obesiti
  • Polisitemia vera
  • Psoriasis
  • Diet yang kaya dengan purin, tinggi dengan makanan seperti hati, daging, ikan bilis dan sardin
  • Sindrom lisis tumor — pembebasan sel yang cepat ke dalam darah yang disebabkan oleh kanser tertentu

Mereka yang menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk kanser mungkin dipantau untuk elak dari tahap asid urik yang tinggi.

Makanan yang dapat menurunkan asid urik

Makanan yang dapat menurunkan asid urik adalah rendah purin. Berikut adalah beberapa contoh makanan yang dapat menurunkan asid urik yang boleh anda makan:

1. Susu skim

Beberapa kajian awal mencadangkan bahawa meminum susu skim boleh membantu mengurangkan asid urik dan gout. 

Ia mempercepatkan perkumuhan asid urik dalam air kencing anda dan juga mengurangkan tindak balas keradangan badan terhadap kristal asid urik dalam sendi.

2. Ceri

Makanan yang dapat menurunkan asid urik adalah buah ceri. Untuk pengetahuan anda, para saintis sedang meneliti manfaat ceri dan jus ceri untuk menguruskan gejala gout.

Ceri mempunyai ciri anti-radang, dan ia juga boleh membantu mengurangkan asid urik dalam badan anda.

3. Air

Orang yang minum kurang dari lima hingga lapan gelas air sehari berkemungkinan mengalami gejala gout. 

Hal ini kerana buah pinggang anda menggunakan air untuk mengeluarkan asid urik dalam air kencing. Jelasnya, fungsi buah pinggang terjejas adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada gout.

4. Sayur-sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayurann dan buah-buahan kebanyakannya adalah rendah purin, dan memberi nutriri yang sangat tinggi kepada diet pemakanan harian.

5. Bijirin (kecuali oat)

Nasi, pasta dan bijirin semuanya mesra gout (kecuali oat). Berhati-hati dengan tambahan sirap jagung fruktosa tinggi dalam produk yang dibungkus, dan pilih bijirin penuh untuk membantu mengawal gula dalam darah.

6. Kopi

Satu kajian yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa risiko gout berkurangan apabila seseorang mengambil kopi.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai alahan terhadap kopi atau mengalami penyakit lain yang memberi kesan sekiranya mengambil kopi dalam diet pemakanan harian, anda boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

7. Teh hijau

Makanan yang dapat menurunkan asid urik seterusnya adalah teh hijau.

Siapa kata teh hijau hanya bagus untuk menurunkan berat badan? Beberapa kajian membuktikan bahawa ekstrak teh hijau boleh menurunkan pengeluaran asid urik dalam badan.

Ini sekali gus menjadikannya minuman yang baik untuk mereka yang menghidap gout atau mempunyai tahap asid urik yang tinggi dalam darah.

Makanan perlu elak bila asid urik tinggi

Dalam masa yang sama, untuk mengelakkan asid urik bertambah tinggi, anda perlu elak makanan berikut:

1. Minuman manis

Gula standard ialah separuh fruktosa, yang terurai menjadi asid urik. Mana-mana makanan atau minuman dengan kandungan gula yang lebih tinggi akan menyebabkan gout.

2. Sirap jagung fruktosa tinggi

Ini adalah bentuk fruktosa pekat. Jika anda melihat label dan menemukan adanya kandungan sirap jagung fruktosa tinggi dalam mana-mana jenis produk makanan berbungkus, cuba untuk elakkan dari membeli.

3. Alkohol

Walaupun tidak semua minuman beralkohol mengandungi purin yang tinggi, alkohol boleh menghalang buah pinggang anda daripada menyingkirkan asid urik.

Asid ini nantinya akan kembali semula ke dalam badan anda , di mana ia terus terkumpul.

4. Organ binatang

Orang dalaman binatang juga perlu anda elakkan termasuklah seperti jantung, buah pinggang, hati dan sebagainya kerana ia mengandungi purin yang tinggi.

5. Makanan laut

Sesetengah makanan laut mengandungi purin yang lebih tinggi daripada yang lain.

Ini termasuklah ikan bilis, herring, mackerel, roe (telur ikan), sardin, tuna, trout, dan pelbagai jenis kerang, tiram, udang, dan sebagainya.

6. Daging merah

Protein haiwan adalah sumber purin yang besar. Penyelidik yang telah mengukur kandungan purin makanan yang berbeza telah menemuinya dalam setiap jenis daging yang mereka uji.

Banyak diet gout rendah purin, seperti yang diterangkan oleh Mayo Clinic, mengesyorkan anda untuk mengurangkan makan daging merah, termasuk daging lembu, daging babi, dan kambing, dan ayam.

Bila perlu jumpa doktor

Integrative Healing Center

Sekiranya sakit gout anda bertambah teruk sehingga menyukarkan anda untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, atau ada mahu benjolan di sendi mengecil, segeralah berjumpa dengan doktor.

Doktor biasanya akan memberikan ubat seperti ubat penahan sakit dan ubat untuk merendahkan kandungan asid urik di dalam darah anda.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan yang dapat menurunkan asid urik boleh memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Natural Ways to Reduce Uric Acid in the Body. Healthline
  2. Gout Diet: Foods to Eat and Those to Avoid – Arthritis. WebMD
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!