Makanan Bayi 6 Bulan : Contoh Menu & Panduan Penyediaan

CONTOH MENU MAKANAN BAYI 6 BULAN, TIPS & CARA PENYEDIAAN

Bayi sudah menginjak usia 6 bulan? Ibu ayah pasti teruja untuk mula memberi makanan pejal kepada si kecil.

Persoalannya, makanan apa yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan? Takut juga kalau tersilap bagi.

Maklumlah, dalam 6 bulan pertama, anak menerima nutrien diperlukan daripada susuan badan atau susu formula semata-mata.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut

Makanan Bayi 6 Bulan Mestilah Padat Dengan Khasiat

Kini, sudah tiba masanya untuk si manja mencuba pelbagai jenis makanan. Namun ibu ayah perlu ingat yang bayi berusia 6 bulan masih memerlukan susu ibu atau susu formula sebagai sumber pemakanan utama.

Ini adalah disebabkan pemberian makanan pejal atau solid food hanyalah sebagai makanan tambahan. Jadi, anda masih perlu menyusukan bayi.

Makanan Pertama Berasaskan Bijirin

Biasanya, makanan pertama yang diberikan kepada bayi adalah berasaskan bijirin seperti nasi, jagung atau oat.

Ibu ayah juga disarankan untuk perkenalkan anak kepada bijirin berasaskan beras kerana ia lebih mudah dihadam dan kurang kesan alahan.

Anda juga boleh mula memberi bubur nasi kosong yang ditambah dengan sedikit susu ibu.

Penting untuk ibu ayah ingat supaya mengelakkan makanan diproses seperti bijirin segera bayi atau biskut bayi yang mengandungi gula atau garam.

makanan bayi 6 bulan

Tambahkan Zat Penting Dalam Bubur Bayi

Selepas bayi dperkenalkan dengan bubur nasi kosong, anda boleh mula menambah zat lain ke dalam bubur bayi.

Antara ramuan yang anda boleh masukkan dalam bubur bayi adalah :

  • Ayam, ikan dan daging yang kaya dengan protein, zat besi dan zink
  • Kekacang yang tinggi protein seperti kacang dhal, kacang kuda dan kacang hijau. Ini juga adalah alternatif yang sesuai bagi bayi yang tidak diberi susu dan makanan dari sumber haiwan dalam jumlah yang mencukupi.
makanan bayi 6 bulan
  • Sayuran berdaun hijau gelap atau berwarna oren seperti bayam, sawi, kangkung, ibu keledek, lobak merah, labu dan tomato.
  • Buah-buahan yang kaya dengan pelbagai serat, vitamin dan mineral. Antara buah-buahan yang sesuai diberikan kepada bayi adalah mangga, pisang, avokado, betik, pir dan tembikai.

Kuantiti, Kekerapan dan Tekstur Makanan Yang Sesuai Untuk Anak 6 Bulan

Sekarang ibu ayah sudah tahu jenis makanan yang sesuai untuk diberikan kepada bayi.

Sekarang, jom kita lihat contoh kuantiti, kekerapan dan tekstur yang sesuai untuk makanan bayi 6 bulan.

Menu Utama

Boleh diberikan 2 hingga 3 kali sehari

  • 1 senduk bubur nasi pekat
  • ½ sudu teh lemak / minyak
  • 1 sudu teh isi ayam/ikan/daging
  • 1 sudu makan bayam/sawi
  • 1 sudu makan tomato  

Snek Pagi / Petang

Boleh diberikan 1-2 kali sehari

  • 1 gelas susu (150 ml)
  • 1-2 sudu makan betik

Contoh Menu Seminggu

Bagi ibu bapa yang pertama kali dalam penyediaan menu harian bayi atau bagi ibu bapa yang hampir buntu dalam memilih makanan yang sesuai untuk bayi anda, di sini kami kongsikan menu lengkap yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk seminggu (Isnin-Ahad) istimewa untuk bayi comel anda.

makanan bayi 6 bulan
makanan bayi 6 bulan
makanan bayi 6 bulan

Tips Penyediaan Bubur dan Puri

Ketika memasak untuk bayi, jangan tambah sebarang perasa seperti garam atau gula.

Menurut pakar, ini boleh menyebabkan tekanan yang tidak diingini pada buah pinggang bayi.

Selepas setahun, barulah anda boleh tambah sedikit gula atau garam pada makanan mereka.

Ibu ayah perlulah pastikan protein dimasak dan dikisar sehingga halus atau dilecek atau dilumat sebelum dicampur ke dalam bubur bayi.

Sayur juga boleh dikukus dan dikisar halus menjadi puri sebelum ditambah ke dalam bubur bayi.

Buah-buahan juga boleh disediakan sebagai puri dengan melecek buah lembut atau mengisar buah yang agak keras.

Jika ibu ayah ingin menyediakan puri, perkenalkan hanya 1 jenis buah atau sayuran dan berikan makanan tersebut kepada bayi untuk sekurang-kurangnya 3 hari.

Perhatikan sekiranya terdapat sebarang tanda atau reaksi alahan yang ditunjukkan si manja.

Sekiranya dia bertindak balas dengan baik, bermakna anda boleh teruskan beri puri buah atau sayuran yang sama. Anda juga boleh mula perkenalkan makanan pejal lain.

makanan bayi 6 bulan

Bagaimana Untuk Kenalpasti Alahan Bayi Pada Makanan?

Macam mana nak tahu kalau si manja menunjukkan reaksi alahan terhadap makanan tertentu?

Secara umumnya, tindak balas alahan boleh dikenalpasti menerusi simptom seperti berikut :

Sekiranya anda dapati alahan pada bayi, hentikan pemberian makanan tersebut dengan segera.

Jika ia berlanjutan atau semakin teruk, jangan berlengah untuk dapatkan bantuan perubatan.

Sekiranya pakar pediatrik memberikan lampu hijau, anda boleh mencuba kembali memberikan makakan yang sama selepas beberapa bulan.

makanan bayi 6 bulan

Jangan Paksa Bayi Makan

Waktu makan juga perlu menjadi satu rutin yang menyenangkan. Jadi, elakkan untuk memaksa si bayi untuk mencuba sebarang makanan pejal sekiranya dia tak mahu.

Sekiranya bayi menolak makanan pada mulanya, itu mungkin tanda mereka masih belum bersedia.

Jika makanan yang diberikan dimakan dengan baik kemudian mereka menolak, itu bermakna anak tidak menyukainya.

Anda juga boleh berbincang dengan doktor sekiranya si manja tidak berminat pada sebarang makanan pejal setelah anda cuba memberikannya untuk tempoh beberapa minggu.

Ibu bapa pasti teruja untuk mula berikan anak makanan pejal. Jangan lupa untuk lengkapkan hidangan anak dengan pelbagai nutrisi seperti protein, serat dan vitamin daripada pelbagai sumber makanan.

Jangan paksa anak untuk makan, perhatikan reaksinya dan pastikan anda memantau sekiranya berlaku sebarang alahan terhadap makanan tertentu.

Berikan masa untuk anak sesuaikan diri dengan makanan pejal. Sekiranya anda tidak pasti mengenai makanan bayi 6 bulan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik atau doktor.

Sumber : Nutritionistkkm, Hellodoktor, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!