Ekzema: Jenis, Punca, Simptom dan Cara Merawatnya

ekzema
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Ekzema adalah penyakit kulit yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di setiap peringkat umur, bermula bayi sehingga orang tua.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah ekzema dan cara untuk merawatnya.

Baca juga:

Apa itu Ekzema?

Ekzema adalah keadaan kulit yang menjadi kering, gatal dan mudah merengsa. Masalah ini boleh terjadi kepada golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa dari tahap yang ringan sehingga paling teruk.

Bayi yang baru lahir boleh mengalami masalah kulit ini pada minggu dan bulan pertama selepas dilahirkan.

Kanak-kanak yang mengalaminya akan mendapatkan tompok kulit yang sangat kering; kulit gatal yang menyebabkan lepuh dan jangkitan kulit akibat menggaru secara berlebihan.

Orang dewasa yang mengalaminya lebih cenderung berlaku apabila seseorang berumur 20-an atau lebih 50 tahun.

Individu yang menghidap ekzema, kulitnya tidak boleh menyimpan kelembapan dengan baik menyebabkan ia mudah kering dan merengsa.

Apabila anda gunakan apa-apa produk perawatan kulit, ia akan memberi kesan sampingan yang lebh teruk.

Di mana kulit anda akan bertindak balas dengan bahan kimia produk sehingga menyebabkan anda ingin selalu menggaru. Menggaru menjadikan kulit anda lebih gatal sebenarnya.

Sumber infografik : BERNAMA

Punca Ekzema

Sebenarnya, tiada punca “utama” seseorang itu berisiko menghidap ekzema.

Namun punca yang paling biasa adalah kerana genetik keluarga, sistem imun, faktor persekitaran dan tekanan persekitaran tertentu.

1. Sistem imun yang terlalu aktif

Dermanitis atopik berlaku kerana sistem imun yang terlalu aktif lalu menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal.

Keadaan ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan mempunyai simptom yang berbeza-beza.

2. Genetik

Faktor genetik juga berpotensi untuk ekzema. Hal ini kerana wujudnya komponen genetik yang berpotensi untuk ekzema yang dipanggil sebagai “filaggrin”.

Tugas “filaggrin” adalah membantu mengekalkan kelembapan dalam kulit anda. Apabila “filaggrin” kurang dalam badan, ia akan menyebabkan kulti lebih kering dan gatal.

3. Faktor persekitaran

Faktor persekitaran ini termasuklah dari segi gaya hidup, cuaca, pencemaran, dan sebagainya.

4. Punca-punca lain

Masalah kulit ini juga boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti penggunaan produk tertentu yang tidak sesuai pada kulit, hama habuk dalam ruangan kotor, sentuhan kepada bahan kimia dan logam, dan pendedahan berpanjangan kepada udara kering, haba melampau atau sejuk.

Tanda-tanda Ekzema

Setiap orang akan menghadapai tanda atau simptom ekzema yang berbeza-beza.

Rutin penjagaan kulit setiap individu juga akan memberi kesan pada bahagian kulit yang terjejas secara berbeza.

Antara simptom ekzema termasuklah seperti:

  • Gatal
  • Kulit kering dan sensitif
  • Kulit yang meradang dan berubah warna
  • Kulit kasar atau kelihatan seperti tompok bersisik
  • Berair atau berkerak
  • Bahagian badan membengkak

Sesetengah orang mungkin tersalah anggap simptom psoriasis sebagai ekzema, walaupun kedua-dua keadaannya adalah berbeza.

Bahkan sesetengah penghidap ekzema juga kadang kala keliru simptom mereka serupa dengan demam hay, alahan asma, dan alahan makanan.

Little Étoile Skin Recovery Cream — Sentuhan Lembut untuk Kulit Si Manja

Banyak produk di pasaran mungkin nampak selamat, tetapi ada yang mengandungi bahan yang terlalu kuat atau belum diuji secara klinikal untuk bayi kecil.

Jika ibu bapa di Malaysia menghadapi cabaran untuk mencari produk penjagaan kulit bayi yang benar-benar lembut, selamat dan bebas steroid – terutamanya bagi bayi yang mempunyai kulit kering, mudah merengsa atau cenderung kepada ekzema, cubalah Little Étoile Skin Recovery Cream!

Produk ini dirumus khas oleh pakar bioperubatan dari Australia, diuji secara dermatologi, dan bebas pewangi. Direka dengan penuh teliti untuk memberi kelembapan dan kelegaan segera kepada kulit bayi, dari hari pertama kelahiran.

Apa yang menjadikan Little Étoile Skin Recovery Cream ini lain daripada yang lain?

  • 97% bahan semula jadi, termasuk bahan botani aktif
  • Tekstur ringan, tidak berminyak — mudah diserap dan selesa dipakai
  • Gabungan ShineOn Plusâ„¢: Glycerin, Calendula, Timun & Panthenol
  • Tanpa pewangi & memiliki pH seimbang — sesuai untuk kulit halus bayi
  • Mesra kulit sensitif & sesuai dari usia 0 bulan ke atas

Semua produk Little Étoile dihasilkan di bawah standard GMP yang ketat dan menggunakan bahan botani yang diperoleh secara lestari dari taman penyelidikan Max Biocare di Australia.

Formulasinya juga bebas paraben, SLS, SLES, phthalates, formaldehid, pewarna tiruan atau minyak mineral – pendek kata, bebas daripada bahan yang boleh merengsa kulit bayi!

Lebih menarik, rangkaian produk ini turut dilengkapi dengan sabun badan (Head To Toe Wash) yang boleh dipakai bersama krim selepas mandi.

Jangan was-was lagi, Little Étoile Skin Recovery Cream kini telah menjadi pilihan ramai ibu bapa dan disyorkan oleh pakar penjagaan kesihatan kerana keberkesanannya dan selamat untuk kulit bayi.

Jom berikan rasa selesa yang berpanjangan bagi kulit bayi anda hari ini – klik butang di bawah untuk pembelian dan penghantaran terus ke rumah anda!

Oh ya, jika anda telahpun memiliki dan menggunakan rangkaian produk ini, anda juga boleh kongsikannya dengan rakan-rakan yang lain. Terima kasih kerana memilih penjagaan kulit yang dibuat dengan kasih sayang, kajian sains dan bahan semula jadi – Little Étoile.

Jenis-jenis Ekzema

Terdapat tujuh jenis ekzema yang perlu anda tahu. Berikut adalah penjelasan tentangnya:

1. Dermatitis atopik (Atopic dermatitis)

Dermatitis atopik adalah jenis yang paling biasa. Orang yang mengalami dermatitis atopik juga boleh melemahkan sistem imun. 

2. Dermatitis kontak (Contact dermatitis)

Jika kulit meradang atau merengsa selepas bersentuhan dengan bahan, anda mungkin mengalami dermatitis kontak

3. Ekzema dishidrotik (Dyshidrotic eczema)

Ekzema dishidrotik menyebabkan lepuh kecil pada tangan, kaki dan tepi jari tangan dan kaki.

4. Neurodermatitis

Kegatalan yang teruk yang boleh muncul di mana-mana. Ia paling biasa berlaku pada kaki, buku lali, tangan, pergelangan tangan, siku, bahu, leher dan kulit kepala.

Bahagian yang terjejas sering kelihatan kerana garis kulit, sisik, dan perubahan warna yang terbentuk daripada kegatalan yang berlebihan.

5. Ekzema nummular (Nummular eczema)

Tompok bulat yang berselerakan selalunya merupakan tanda ekzema nummular.

Selalunya, tompokan ini meleleh atau boleh menjadi sangat kering dan sensitif.

6. Dermatitis seborrheic (Seborrheic dermatitis)

Dermatitis seborrheic biasanya merosakkan kulit kepala. Mereka yang mengalami keadaan ini sering mengalami gatal-gatal yang berterusan, ruam di sekitar kulit kepala, dan gejala lain.

7. Dermatitis stasis (Stasis dermatitis)

Dermatitis stasis (juga dipanggil dermatitis graviti, ekzema vena dan dermatitis stasis vena) berlaku apabila terdapat peredaran yang lemah di kaki. 

Sumber: SuperBig Pharmacy Pasir Mas

Cara Merawat Ekzema / Dermatitis Atopik

Umumnya, ekzema tidak mempunyai ubat-ubatan penyembuh untuk sembuh secara menyeluruh kerana masalah ini boleh berulang semula lagi.

Namun terdapat pelbagai cara untuk merawat ekzema dengan baik. Doktor biasanya akan memberikan ubat berkrim yang mengawal kegatalan dan membantu membaiki kulit.

Ini kadangkala digabungkan dengan rawatan lain seperti tabiat penjagaan diri dan sebagainya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Anda mungkin perlu mencuba pelbagai rawatan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk mengawal masalah kulit ini.

Jika ekzema menjadi teruk seperti berair, bergelembung air, bengkak, bernanah dan berbau, berjumpalah pakar kulit untuk diperiksa lebih lanjut untuk mendapatkan ubat antibiotik.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan dan kesakitan sehingga menghalang diri untuk beraktiviti seperti biasa.

Jangkitan kulit yang teruk terumanya sehingga berdarah, bernanah serta disertai dengan gejala demam dan sebagainya, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Kredit gambar : Healthline

Kesimpulannya, penjagaan kulit yang betul dan konsisten adalah penting dalam pencegahan dan pengurusan ekzema.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah ekzema dan rawatannya dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Eczema (Atopic Dermatitis): Causes, Symptoms, and Treatment. National Eczema Association
  2. Eczema – Symptoms, Causes and Treatment. Healthdirect
  3. Anda Menghidap Ekzema? Kenali Simptom Dan Cara Mencegahnya. My Sihat
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut