Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli)

Tahukah anda, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan bantuan zakat LZSPeduli bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah banjir ini.

Permohonan bantuan banjir sebanyak RM600 secara one-off boleh dibuat oleh penduduk / pemastautin Selangor secara online melalui Portal Lembaga Zakat Selangor SEHINGGA 31 JANUARI 2022.

Berikut dikongsikan info dan penerangan dengan teliti bagi melancarkan proses permohonan anda serta penyaluran bantuan.

Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli

Bantuan yang diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

bantuan banjir zakat selangor lzspeduli

 Siapakah yang layak memohon bantuan ini?

Memenuhi syarat kelayakan umum agihan zakat:-

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  3. Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

*Nota: Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan

Kadar Bantuan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli

Kadar bantuan ialah RM600 bagi pemohon yang layak.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan bantuan LZSPEDULI fasa 1 bermula pada 23 Disember 2021 sehingga 30 Disember 2021 bagi fasa pertama.

Bagi fasa 2, permohonan dibuka dari 1 Januari hingga 31 Januari 2022 (2.00 petang).

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

Cara Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli

Kaedah Permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

Kaedah Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Nota : Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.

Kami kongsikan sedikit tips bagi memudahkan permohonan yang terlepas bantuan banjir LZSPeduli baru-baru ini.

TIPS PERMOHONAN UNTUK MUDAH LULUS ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

lzspeduli
lzspeduli

Baca juga:

Tarikh Kelulusan & Bayaran

Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-

  1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas

Semakan Status Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli

Status permohonan Bantuan Bencana LZS boleh disemak melalui pautan ini : Sistem eZakatONLINE

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau terus dapatkan info di https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!