Cara Mohon Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA Yang Terjejas Banjir

TUNTUTAN INSURANS BENCANA ALAM BAGI PELANGGAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) YANG TERLIBAT DENGAN BANJIR

Dimaklumkan bahawa semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insrans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.

Oleh yang demikian, LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir agar berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans / takaful LTHO masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang takaful / insurans LTHO LPPSA dan cara membuat tuntutan bagi kediaman yang mengalami kerosakan atau kerugian akibat banjir.

NOTA: Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.

Peringatan : Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpulij kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.

Apakah Insurans / Takaful LTHO LPPSA?

LTHO adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang.

Ia merupakan perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.

Melalui insurans / takaful ini, pelanggan LPPSA boleh mendapatkan manfaat tambahan dengan menghubungi panel insurans / takaful yang dipilih bagi urusan penambahan skop perlindungan.

lppsa banjir ltho
lppsa banjir ltho

Cara Membuat Tuntutan Kerosakan Rumah Akibat Banjir LPPSA

Berikut adalah prosedur dan cara untuk membuat tuntutan pampasan bagi panel insurans / takaful LTHO bagi kerosakan rumah yang dibiayai oleh LPPSA.

Peminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Laporan polis
  3. Laporan bomba
  4. Sebut harga baikpulih
  5. Borang tuntutan pampasan
lppsa banjir ltho

Berikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA.

1. Etiqa General Takaful

lppsa banjir ltho

2. Takaful Malaysia

3. Takaful Ikhlas Malaysia

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaa lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-888 01 600

ATAU

Sila buat pertanyaan secara online melalui Portal pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA di pautan berikut: https://etiket.lppsa.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!