Carta Kedudukan Liga Super Malaysia 2022 & Penjaring Terbanyak

Dengan berakhirnya saingan Liga Super pada 15 Oktober 2022, Johor Darul Ta’zim layak ke AFC Champions League 2023 sebagai juara Liga Super, manakala Terengganu FC turut menempah slot di AFC Cup 2023 sebagai naib juara.

Tahniah diucapkan!

Satu lagi slot ke AFC Cup 2023 akan ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.

Berikut adalah carta kedudukan Liga Super Malaysia bagi tahun 2022.

Carta Kedudukan Liga Super Malaysia 2022

liga super malaysia 2022
Sumber: Malaysia Football League

Penjaring Terbanyak LS2022

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Bergson da Silva sah bergelar penjaring terbanyak dengan 29 gol!

Beliau turut memecahkan rekod jumlah gol terbanyak dalam semusim yang sebelum ini dipegang oleh Ifedayo Omosuyi (26 gol).

PELUANG KE ASIA MASIH TERBUKA UNTUK SEMUA KELAB YANG BERAKSI PADA KEMPEN TM PIALA MALAYSIA

Slot AFC Champion League (ACL) dan AFC Cup tahun 2023 adalah seperti berikut:

PILIHAN PERTAMA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023

Johan Liga Super = AFC Champions League

Juara Piala FA = AFC Cup

Kedua Liga Super = AFC Cup

Jika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:

PILIHAN KEDUA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023

Johan Liga Super = AFC Champions League

Juara Piala Malaysia = AFC Cup

Kedua Liga Super = AFC Cup

Jika sekiranya Johan Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:

PILIHAN KETIGA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023

Johan Liga Super = AFC Champions League

Kedua Liga Super = AFC Cup

Ketiga Liga Super = AFC Cup

Oleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke AFC Cup 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.

Namun slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: