Advertisements

Piala AFC 2022 [LIVE] Perlawanan Akhir KL City vs Al Seeb

Advertisements

Sukacita dimaklumkan KL City layak ke Final Piala AFC 2022 dengan menewaskan kelab Uzbekistan, Sogdiana 5-3 di penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 0-0 sehingga tamat masa tambahan.

Terkini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan slot kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjadi milik juara Piala Malaysia musim ini manakala satu lagi slot bakal diberikan kepada naib juara Liga Super.

MFL dalam kenyataannya berharap tiada kekeliruan timbul berhubung penentuan slot AFC 2023 memandangkan pemakluman menerusi surat pekeliling sudah dihantar kepada semua pasukan bertanding sebelum musim 2022 bermula.

KL City Cipta Sejarah Layak Ke Final Piala AFC 2022

Juara bertahan Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City FC mencipta sejarah dengan menumpaskan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana pada perlawanan akhir antara zon Piala AFC 2022, 5-3, menerusi sepakan penalti.

Pada aksi di Kompleks Sukan Sogdiana itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan itu sebelum juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kejayaan sensasi dilakar anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka layak ke final Piala AFC 2022 buat kali pertama apabila dijadual bertemu Al Seeb pada 22 Oktober ini di Stadium Bukit Jalil selepas wakil Oman itu membelasah kelab Bahrain, Al Riffa, 4-0, pada aksi final zon barat.

piala afc 2023 2023

Tarikh Perlawanan Akhir

STADIUM BUKIT JALIL MENJADI TUAN RUMAH PERLAWANAN AKHIR 2022

Perlawanan Akhir Piala AFC 2022 antara KL City (Malaysia) dan Al Sheeb (Oman) akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 22 Oktober 2022.

Stadium Kuala Lumpur, iaitu stadium tuan rumah bagi KL City tidak terpilih menjadi hos perlawanan tersebut kerana kekurangan pencahayaan dan ketiadaan bilik VAR.

Advertisements

Untuk makluman, ini adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Piala AFC selepas kali pertama pada tahun 2019.

Juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFC pada 2015 dengan menumpaskan pasukan dari Tajikistan, Istiklol, 1-0.

piala afc 2023 2023

LIVE Perlawanan Akhir KL City FC vs Al Seeb

Al Seeb vs Kuala Lumpur City FC

(Sabtu, 22 Oktober | 6:55 petang)

Saksikan secara langsung di TV9, saluran unifi TV 109, Astro 149, myFreeview 109 dan strim di tonton.

PAUTAN LIVE STREAMING :

https://linktr.ee/tv9malaysia

https://linktr.ee/tv9malaysia

https://www.tonton.com.my/live/tv9

Facebook : TV9 Di Hatiku

PENENTUAN KELAYAKAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DAN AFC CUP 2023

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum musim 2022 bermula kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia pada 14 Januari 2022 berhubung slot AFC Champion League (ACL) dan AFC Cup tahun 2023 adalah seperti berikut:

PILIHAN PERTAMA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023

  • Johan Liga Super = AFC Champions League
  • Juara Piala FA = AFC Cup
  • Kedua Liga Super = AFC Cup

Jika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:

PILIHAN KEDUA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023

  • Johan Liga Super = AFC Champions League
  • Juara Piala Malaysia = AFC Cup
  • Kedua Liga Super = AFC Cup

Jika sekiranya Johan Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:

PILIHAN KETIGA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023

  • Johan Liga Super = AFC Champions League
  • Kedua Liga Super = AFC Cup
  • Ketiga Liga Super = AFC Cup

Oleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke AFC Cup 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.

Namun slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.

MFL berharap tiada kekeliruan timbul berhubung penentuan slot-slot AFC tahun 2023 memandangkan pemakluman menerusi surat pekeliling sudah dihantar kepada semua pasukan yang bertanding sebelum musim 2022 bermula.

Malah penerangan mengenai penentuan slot ACL 2023 dan AFC Cup 2023 juga turut dibuat menerusi Taklimat Pegawai Operasi Kelab pada 20 Januari 2022 dan Taklimat Ketua- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada 28 Februari 2022.

Ikuti liputan terkini :

Baca juga:

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment