TM PIALA MALAYSIA 2022 : JADUAL & KEPUTUSAN PERLAWANAN LIVE
Pertandingan akan dijalankan seperti berikut
i] Pusingan 16 secara timbal balik (tanpa peringkat kumpulan) – 16 perlawanan.
ii] Perlawanan Suku Akhir secara timbal balik – 8 perlawanan.
iii] Perlawanan Separuh Akhir secara timbal balik – 4 perlawanan.
iv] Perlawanan Akhir di venue neutral – 1 perlawanan
Format Baharu Pertandingan TM Piala Malaysia 2022
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan tiada aksi peringkat kumpulan bagi format TM Piala Malaysia 2022 di mana semua pasukan akan diundi untuk memulakan cabaran di pusingan 16 pasukan.
- Kalah mati 16 terbaik – Ada perlawanan timbal balik.
- Kalah mati suku akhir – Ada perlawanan timbal balik.
- Kalah mati separuh akhir – Ada perlawanan timbal balik.
- Perlawanan akhir di stadium berkecuali – Tiada perlawanan timbal balik.
Ia mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa dan impak kepada Piala Malaysia dengan ramalan cuaca yang membimbangkan menjelang akhir tahun yang tidak akan memberi MFL sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan.
Perkembangan itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menjelaskan keputusan itu diambil selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa dan impak kepada Piala Malaysia dengan ramalan cuaca yang membimbangkan menjelang akhir tahun yang tidak akan memberi MFL sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan.
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan peringatan bahawa akan berlaku fenomena air pasang besar yang akan menyebabkan berlakunya banjir di hampir seluruh negeri di Malaysia pada bulan-bulan yang akan datang.
“Jadual Liga Malaysia 2022 amat padat akibat penundaan beberapa perlawanan yang tidak dapat dielakkan pada awal musim 2022 disebabkan penularan Covid-19 didalam beberapa pasukan dan juga kejohanan-kejohanan penting pasukan pasukan kebangsaan.
Sehubungan itu, format TM Piala Malaysia 2022 akan dimainkan bermula daripada pusingan 16 pasukan secara timbal balik sekali gus tiada perlawanan peringkat kumpulan pada tahun ini.
“Ini kerana sekiranya perlawanan tidak dapat dimainkan/ditunda/dihentikan akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan terutamanya faktor cuaca, dengan tempoh masa yang ada, ia membolehkan perlawanan yang tidak dapat dimainkan/ditunda/dihentikan terus dimainkan pada keesokan hari atau pada mana-mana tarikh yang dirasakan sesuai oleh MFL dan turut mengambil kira faktor kebanyakan kontrak pemain-pemain bakal berakhir pada penghujung November 2022 sekiranya masih berlaku penundaan perlawanan TM Piala Malaysia.
“Dengan ketiadaan perlawanan peringkat kumpulan, jadual baru pertandingan TM Piala Malaysia 2022 akan memberikan;
i. Memberi ruang di dalam jadual sekiranya perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditunda akibat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan terutamanya faktor cuaca dan boleh dimainkan pada keesokan hari atau pada mana-mana tarikh yang dirasakan sesuai oleh MFL.
ii. Memberi peluang mendapat rehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi pemain bagi menjamin perlawanan yang kompetitif dan juga mengutamakan pencegahan kecederaan.
iii. Memberikan pasukan lebih banyak masa untuk pengendalian logistik dan pengendalian perlawanan yang disediakan dengan baik, teratur dan selamat.
iv. Membenarkan pasukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan padang perlawanan dapat dijalankan dengan lebih efisyen bagi memastikan keadaan padang di tahap yang terbaik.
Keputusan Undian & Kelayakan
Berikut adalah senarai Pasukan Yang Layak:
Keputusan undian Pusingan 16 Pasukan TM Piala Malaysia.
Posisi lengkap pasukan akan dikemaskini selepas tamat saingan Liga Super 2022.
TM PIALA MALAYSIA : SENARAI PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA
Undian lengkap perlawanan Pusingan awal bagi saingan Piala Malaysia 2022:
- JDT vs PJ CITY
- Terengganu vs Sri Pahang FC
- Sabah FC vs UiTM FC
- Negeri 9 vs Kedah FC
- Selangor FC vs Kelantan Utd
- KL City FC vs PDRM
- Sarawak Utd vs Kelantan
- PenangFC vs Kuching FC
Saingan TM Piala Malaysia 2022 akan membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober!
Saksikan siaran langsung semua perlawanan di platform unifi dan di TV Okey.
Sila rujuk jadual perlawanan di bawah :
PUSINGAN 16 – PERLAWANAN PERTAMA
RABU, 26 OKTOBER 2022
8.15 MALAM
- Sarawak United FC vs Kelantan FC
- UITM FC vs Sabah FC
- Kelantan United FC vs Selangor FC
9.00 MALAM
- Penang FC vs Kuching City FC
- PJ City FC vs Johor Darul Ta’zim
- Kedah Darul Aman FC vs Negeri Sembilan FC
KHAMIS, 27 OKTOBER 2022
9.00 MALAM
- Sri Pahang FC vs Terengganu FC – Pautan LIVE Streaming : https://www.youtube.com/watch?v=os31vdHCmbY
- PDRM FC VS KL CITY FC – Pautan LIVE Streaming : https://www.youtube.com/watch?v=F_a5Xrk-InI
PUSINGAN 16 – PERLAWANAN KEDUA
ISNIN, 31 OKTOBER 2022
8.15 MALAM
- Kuching City FC vs Penang FC
- Sabah FC vs UITM FC
- Johor Darul Ta’zim vs PJ City FC
- Kelantan FC vs Sarawak United FC
SELASA, 1 NOVEMBER 2022
- Selangor FC vs Kelantan United FC
- Negeri Sembilan FC vs Kedah Darul Aman FC
- Kuala Lumpur City FC vs PDRM FC
- Terengganu FC vs Sri Pahang FC
Pautan LIVE Streaming : https://www.youtube.com/user/TMOfficialTube/videos
JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR
Tahniah buat pasukan yang berjaya. Berikut dikongsikan jadual perlawananan peringkat suku akhir.
Jadual perlawanan peringkat suku akhir pertama dan kedua TM Piala Malaysia 2022
Sabtu, 5 November:
- Kuching City FC vs Sabah FC
- Kelantan FC vs Johor Darul Ta’zim
Ahad, 6 November:
- Selangor FC vs Negeri Sembilan FC
- Kuala Lumpur City FC vs Terengganu FC
Jumaat, 11 November:
- Sabah FC vs Kuching City FC
- Johor Darul Ta’zim vs Kelantan FC
Sabtu, 12 November:
- Negeri Sembilan FC vs Selangor FC
- Terengganu FC vs Kuala Lumpur City FC
Sila ikuti pautan berikut untuk menyaksikan perlawanan secara langsung melalui :
Youtube TM Unifi : https://www.youtube.com/user/TMOfficialTube/videos
PELUANG KE ASIA MASIH TERBUKA UNTUK SEMUA KELAB YANG BERAKSI PADA KEMPEN TM PIALA MALAYSIA
Slot AFC Champion League (ACL) dan AFC Cup tahun 2023 adalah seperti berikut:
PILIHAN PERTAMA
KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = AFC Champions League
Juara Piala FA = AFC Cup
Kedua Liga Super = AFC Cup
Jika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:
PILIHAN KEDUA
KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = AFC Champions League
Juara Piala Malaysia = AFC Cup
Kedua Liga Super = AFC Cup
Jika sekiranya Johan Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:
PILIHAN KETIGA
KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = AFC Champions League
Kedua Liga Super = AFC Cup
Ketiga Liga Super = AFC Cup
Oleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke AFC Cup 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.
Namun slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.
Sumber: Liga Super Malaysia
Baca juga:
- Piala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan
- Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online
Maklumat Lanjut:
- UnifiTV 701, Sukan RTM
- Aplikasi unifi playTV
- YouTube unifi https://youtu.be/K-72Ama3SZo
- Facebook MFL https://www.facebook.com/malaysianfootballleague/videos/830229684793437/