Isitiadat Konvokesyen UiTM ke-100 (Sesi Mei 2024) akan berlangsung pada 13 November hingga 12 Disember 2024 dan graduan yang berkenaan seharusnya sudah menerima surat jemputan yang menghadiri majlis konvokesyen ini.
Majlis konvoksyen ini pastinya sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar yang telah bertungkus-lumus bertahun-tahun menamatkan pengajian mereka, tidak lupa juga kepada keluarga pelajar yang telah banyak berkorban memastikan kejayaan para pelajar.
Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 akan diadakan pada 13 November hingga 12 Disember 2024 seperti jadual dan lokasi berikut:
- UiTM Shah Alam – 13 November hingga 28 November 2024
- UiTM Cawangan Sabah – 4 Disember hingga 5 Disember 2024
- UiTM Cawangan Sarawak – 11 Disember hingga 12 Disember 2024
Tarikh Konvokesyen UiTM ke-100
Para Graduan Konvokesyen UiTM ke-100 boleh menyemak sesi konvokesyen melalui pautan, UiTM Graduate Quick Search.
Jika semakan pelajar mendapati konvokesyen pada sesi 2024100-Mei 2024, Istiadat Konvokesyen ke-100 adalah pada 13 November hingga 12 Disember 2024.
Manakala bagi sesi konvokesyen 2024101-November 2024, Istiadat Konvokesyen ke-101 dijangka akan diadakan pada April/Mei 2025. (Tertakluk kepada pindaan dan keadaan semasa).
BACA JUGA: Kalendar Akademik UiTM 2024 / 2025 : Tarikh Kuliah, Exam & Cuti
Jadual Konvokesyen UiTM & Tarikh Pengambilan Jubah
Sila lihat pautan di bawah untuk semakan Jadual Konvokesyen UiTM ke-100 dan tarikh pengambilan jubah anda:
a. Jadual sidang UiTM Shah Alam (mengikut cawangan/fakulti/program)
(Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan dari 11 UiTM
Cawangan di Semenanjung Malaysia akan diadakan di UiTM Shah Alam)
b. Jadual sidang UiTM Cawangan Sabah (mengikut fakulti/program)
c. Jadual sidang UiTM Cawangan Sarawak (mengikut fakulti/program)
Pastikan anda hanya menghadirkan diri pada tarikh yang dinyatakan sahaja bagi memastikan kelancaran urusan.
Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, pengambilan sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.
Graduan sesi konvokesyen 2024100-Mei 2024 dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan, https://graduan.mohe.gov.my/skpg24/. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah jika tidak mengisi soal selidik tersebut.
Semak yuran konvo, saman dan denda (sekiranya ada), sila buat bayaran sebelum pengambilan jubah supaya pengambilan jubah anda berjalan lancar. (Klik di sini dan buat bayaran secara dalam talian) Bayaran akan dikemaskini di lejer pelajar dan boleh disemak dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas transaksi dibuat.
Pengesahan kehadiran dan Borang Jubah hendaklah dicetak untuk pengambilan jubah.
NOTA PENTING:
Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah graduan jika:
- Tidak mengisi/mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan.
- Tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda.
- Tidak membawa skrol (sijil) bagi mereka yang telah mengambil awal.
Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah berjalan lancar. Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) – tertakluk kepada caj bank yang berkaitan. (Panduan Pembayaran Bil Pelajar)
> Dapatkan lanyard UiTM Dihatiku dengan pelbagai pilihan corak menarik
Muat Turun PDF Jadual Istiadat Konvokesyen UiTM & Tarikh Pengambilan Jubah:
Tatacara Pengambilan & Pemakaian Jubah Istiadat Konvokesyen UiTM
Sila buat bayaran yuran konvo terlebih dahulu sebelum mengesahkan kehadiran. Borang Jubah hendaklah dicetak untuk pengambilan jubah.
Borang Jubah hanya boleh dicetak selepas bayaran telah dibuat.
Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah graduan jika:
- Tidak mengisi/mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan.
- Tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda.
- Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah berjalan lancar.
- Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) – tertakluk kepada caj bank yang berkaitan. (Panduan Pembayaran Bil Pelajar)
- Bayaran akan dikemaskini di lejer pelajar dan boleh disemak dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas transaksi dibuat.
- Tidak membawa skrol (sijil) bagi mereka yang telah mengambil awal.
Yuran Konvokesyen
Yuran konvokesyen akan dikenakan kepada semua graduan.
Bayaran yuran adalah untuk skrol, transkrip rasmi dan sumbangan tabung alumni.
Peringkat Pengajian | Yuran Konvokesyen |
Ijazah Doktor Falsafah | RM230 |
Ijazah Sarjana | RM210 |
Diploma Lepasan Ijazah/ Ijazah Sarjana Muda / Profesional | RM175 |
Diploma / Profesional | RM150 |
Sila buat bayaran yuran konvo terlebih dahulu sebelum mengesahkan kehadiran. Borang Jubah hendaklah dicetak untuk pengambilan jubah.
Borang Jubah hanya boleh dicetak selepas bayaran telah dibuat.
Semakan Yuran Konvo, Saman dan Denda
Para graduan Konvokesyen UiTM ke-100 boleh membuat semakan Yuran Konvo, Saman dan Denda (Jika Ada) melalui pautan https://fpx.uitm.edu.my/byrnpel/bendahari/DisclaimerNewEdited.asp
Graduan yang belum menjelaskan bayaran di atas tidak akan dibenarkan untuk mengambil jubah konvokesyen.
Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah berjalan lancar.
Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) – tertakluk kepada caj bank yang berkaitan.
Maklumat lanjut
Bagi mengetahui info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-100, sila layari pautan berikut: https://konvokesyen.uitm.edu.my/…/istiadat-konvokesyen
Graduan juga dinasihatkan membaca soalan-soalan lazim (FAQ) >> Klik di sini
Jangan lupa ikuti Group Telegram Konvo UiTM ke-100 di (Pautan akan dibuka mulai 24 Oktober 2024) untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Isitiadat Konvokesyen UiTM ke-100. Pastikan anda mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM (Klik di sini) juga!
Tonton siaran langsung menerusi YouTube UiTM Channel: https://www.youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZBBcTnVbHKY0JSaMF6t8YPC
Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:
- Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
- Instagram: https://www.instagram.com/uitm.official/
- X: https://x.com/uitmofficial
- TikTok: https://www.tiktok.com/@uitm_channel
- YouTube: https://www.youtube.com/@UiTMChannel
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori
Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi awal yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!