Konvokesyen UiTM ke-104 (2026): Semakan & Pengambilan Jubah

konvokesyen uitm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Isitiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sesi Mei 2026) akan berlangsung pada 6 Mei hingga 24 Jun 2026 dan graduan yang berkenaan seharusnya sudah menerima surat jemputan yang menghadiri majlis konvokesyen ini.

Majlis konvoksyen ini pastinya sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar yang telah bertungkus-lumus bertahun-tahun menamatkan pengajian mereka, tidak lupa juga kepada keluarga pelajar yang telah banyak berkorban memastikan kejayaan para pelajar.

Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 akan diadakan pada 6 Mei hingga 24 Jun 2026 seperti jadual dan lokasi berikut:

  • UiTM Shah Alam -6 Mei hingga 23 Mei 2026
  • UiTM Cawangan Sabah – 9 Jun hingga 10 Jun 2026
  • UiTM Cawangan Sarawak – 23 Jun hingga 24 Jun 2026
konvokesyen uitm

Tarikh Konvokesyen UiTM ke-104

Para Graduan Konvokesyen UiTM ke-104 boleh menyemak sesi konvokesyen melalui pautan, UiTM Graduate Quick Search.

Jika semakan pelajar mendapati konvokesyen pada sesi:

  • 2026104 – MEI 2026, Istiadat Konvokesyen ke-104 dijangka akan diadakan pada 6 Mei 2026 hingga 24 Jun 2026 (Tertakluk kepada pindaan dan keadaan semasa).
  • 2026105 – NOVEMBER 2026, Istiadat Konvokesyen ke-105 dijangka akan diadakan pada November/Disember 2026 (Tertakluk kepada pindaan dan keadaan semasa).

Graduan boleh menyemak tarikh sidang mengikut cawangan atau fakulti masing-masing berdasarkan maklumat berikut:

  • UiTM Shah Alam dijadualkan berlangsung dari 6 Mei hingga 23 Mei 2026
  • UiTM Cawangan Sabah pada 9 Jun hingga 10 Jun 2026
  • UiTM Cawangan Sarawak dari 23 Jun hingga 24 Jun 2026.

Jadual Konvokesyen UiTM & Tarikh Pengambilan Jubah

Sila lihat pautan di bawah untuk semakan Jadual Konvokesyen UiTM ke-104 dan tarikh-tarikh penting berikut:

JADUAL SIDANG KONVO KE-104

  1. Jadual Sidang Konvo ke-104 UiTM Shah Alam (mengikut cawangan/fakulti/program) (akan dibuka pada 8 April 2026)
    • (Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan dari 11 UiTM Cawangan di Semenanjung Malaysia akan diadakan di UiTM Shah Alam) 
  2. Jadual Sidang Konvo ke-104 UiTM Cawangan Sabah (mengikut fakulti/program) (akan dibuka pada 8 April 2026)
  3. Jadual Sidang Konvo ke-104 UiTM Cawangan Sarawak (mengikut fakulti/program) (akan dibuka pada 8 April 2026)

SENARAI NAMA & NOMBOR GILIRAN

  1. Senarai nama dan nombor giliran graduan di UiTM Shah Alam (akan dibuka pada 13 April 2026)
    • (Penganugerahan ijazah dan diploma bagi semua graduan dari 11 UiTM Cawangan di Semenanjung Malaysia akan diadakan di UiTM Shah Alam)
  2. Senarai nama dan nombor giliran graduan di UiTM Cawangan Sabah (akan dibuka pada 13 April 2026)
  3. Senarai nama dan nombor giliran graduan di UiTM Cawangan Sarawak (akan dibuka pada 13 April 2026)

PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN

Graduan hendaklah mengesahkan kehadiran di aplikasi myAlumni UiTM dan borang jubah hendaklah DICETAK untuk proses pengambilan jubah. Panduan Pengesahan Kehadiran Konvokesyen dan Cetak Borang Jubah. 

  1. Pengesahan kehadiran bagi graduan yang konvo di UiTM Shah Alam (akan dibuka pada 13 April 2026)
  2. Pengesahan kehadiran bagi graduan yang konvo di UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah (akan dibuka pada 13 April 2026)

Graduan WAJIB mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM. KLIK DI SINI. Jika anda menghadapi masalah untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni atau tidak boleh mendaftar Alumni Hot Seat bagi ibu bapa yang juga alumni UiTM.

Sila kemukakan pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp, https://wa.me/+60355442780 (pada waktu pejabat) untuk maklumat lanjut.

PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN

Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan mengikut sidang masing-masing seperti dalam jadual pengambilan jubah.

Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan. Berikut adalah tarikh pengambilan jubah mengikut lokasi konvokesyen:

  • 18 April 2026 hingga 5 Mei 2026 (UiTM Shah Alam) atau pada hari konvo graduan;
    • (Kaunter DITUTUP pada 27 April 2026, 1 Mei 2026, 2 Mei 2026, 3 Mei 2026 dan 10 Mei 2026)
  • 8 Jun 2026 (UiTM Cawangan Sabah) atau pada hari konvo graduan; dan
  • 22 Jun 2026 (UiTM Cawangan Sarawak) atau pada hari konvo graduan.

Pastikan anda hanya menghadirkan diri pada tarikh yang dinyatakan sahaja bagi memastikan kelancaran urusan.

Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, pengambilan sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

SOAL SELIDIK KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

Graduan sesi konvokesyen 2026104 DIWAJIBKAN mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan sebelum hari pengambilan jubah bermula di pautan,  https://graduan.mohe.gov.my/SKPG26/. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah jika tidak mengisi soal selidik tersebut.

Jika graduan menghadapi masalah untuk mengakses atau sebarang kesulitan untuk menjawab soal selidik ini, sila e-mel kepada [email protected].

Jika graduan telah mengisi dan ingin mengemaskini status pekerjaan terkini (Pengemaskinian HANYA boleh dilakukan selepas 24 jam graduan mengisi SKPG1), graduan boleh mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan berikut, https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx

TARIKH PENTING LAIN

  • Buku Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104. (akan dibuka pada 6 Mei 2026)
  • Permohonan penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104. (akan dibuka pada 18 April 2026)

Semakan Yuran Konvokesyen

Semak yuran konvo, saman dan denda (sekiranya ada), (akan dibuka pada 13 April 2026), sila buat bayaran sebelum pengambilan jubah supaya pengambilan jubah anda berjalan lancar. Bayaran akan dikemaskini di lejer pelajar dan boleh disemak dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas transaksi dibuat.

Jika ada masalah mengenai pembayaran sila berurusan dengan Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, [email protected].

  • Telegram Chat Bendahari Konvo ke-104 (akan dibuka pada 18 April 2026)

PANDUAN BAYARAN TERTUNGGAK

PANDUAN BAYARAN BIL DALAM TALIAN

NOTA PENTING:

Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah graduan jika:

  • Tidak mengisi/mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan.
  • Tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda.
  • Tidak membawa skrol (sijil) bagi mereka yang telah mengambil awal.

Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh lima hari bekerja sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah berjalan lancar. Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) – tertakluk kepada caj bank yang berkaitan. (Panduan Pembayaran Bil Pelajar)

Tatacara Pengambilan & Pemakaian Jubah Istiadat Konvokesyen UiTM

Sila buat bayaran yuran konvo terlebih dahulu sebelum mengesahkan kehadiran. Borang Jubah hendaklah dicetak untuk pengambilan jubah. 

Borang Jubah hanya boleh dicetak selepas bayaran telah dibuat.

Tatacara Pemakaian Jubah Graduan
Taklimat Istiadat Konvokesyen UiTM

Graduan TIDAK DIBENARKAN mengambil jubah graduan jika:

  • Tidak mengisi/mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan.
  • Tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda.
    • Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga hari bekerja sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah berjalan lancar.
    • Pembayaran boleh dibuat melalui ATM/Kaunter BANK ISLAM/Online payment (FPX) – tertakluk kepada caj bank yang berkaitan. (Panduan Pembayaran Bil Pelajar)
    • Bayaran akan dikemaskini di lejer pelajar dan boleh disemak dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) selepas transaksi dibuat.
  • Tidak membawa skrol (sijil) bagi mereka yang telah mengambil awal.

Maklumat lanjut

Bagi mengetahui info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-104, sila layari pautan berikut: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Jangan lupa ikuti Group Telegram Konvo UiTM ke-104 di (Pautan akan dibuka mulai 18 April 2026)  untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Isitiadat Konvokesyen UiTM ke-104.

Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi fakulti/program masing-masing untuk maklumat lanjut. (Direktori Staf)

PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN

Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi awal yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Soalan Lazim Istiadat Konvokesyen UiTM

Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim (FAQ) di pautan ini:

Bilakah Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sesi Mei 2026) dilaksanakan?

Graduan boleh menyemak tarikh sidang mengikut cawangan/ fakulti di maklumat berikut:

UiTM Shah Alam -6 Mei hingga 23 Mei 2026
UiTM Cawangan Sabah – 9 Jun hingga 10 Jun 2026
UiTM Cawangan Sarawak – 23 Jun hingga 24 Jun 2026

Di manakah lokasi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sesi Mei 2026) dilaksanakan?

Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Ia melibatkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan:
a. Ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana – Semua UiTM Cawangan.
b. Diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, profesional dan diploma –
UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Selangor, UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pahang, UiTM Cawangan Kelantan, UiTM Cawangan Johor, UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Melaka, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Perlis, UiTM Cawangan Terengganu dan kolej-kolej bersekutu UiTM (di Semenanjung Malaysia).

Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah
Ia melibatkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan ijazah sarjana muda dan diploma sahaja dari UiTM Cawangan Sabah.

Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak
Ia melibatkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada graduan ijazah sarjana muda dan diploma sahaja dari UiTM Cawangan Sarawak dan dan kolej- kolej bersekutu UiTM (di Sarawak).

Adakah istiadat konvokesyen disiarkan secara langsung di platform media sosial?

Ya. Istiadat konvokesyen akan disiarkan secara langsung di YouTube UiTM Channel, Facebook UiTM Media Rasmi dan TikTok Rasmi UiTM.

Bagaimanakah saya hendak menyemak sesi konvokesyen saya?

Graduan boleh menyemak sesi konvokesyen di pautan berikut: https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/graduat
Semakan pelajar mendapati konvokesyen pada sesi 2026104-Mei 2026, ini bermakna
pelajar adalah graduan bagi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sesi Mei 2026).

Berapakah yuran konvokesyen yang perlu dibayar?

Yuran konvokesyen yang perlu dibayar mengikut peringkat pengajian adalah seperti
berikut:

Ijazah doktor falsafah – RM230.00
Ijazah sarjana – RM210.00
Diploma lepasan ijazah/ ijazah – RM175.00
Sarjana muda/ program profesional (kod 5xx) – RM175.00
Diploma – RM150.00

Saya tidak menghadiri istiadat konvokesyen, adakah saya perlu membayar yuran konvokesyen?

Ya, graduan yang tidak menghadiri istiadat konvokesyen perlu membayar yuran konvokesyen penuh untuk mendapatkan sijil, transkrip rasmi (bagi program kerja kursus dan mod campuran) serta album sijil (folder).

Adakah pelajar program AC704/AC220 yang mengambil program profesional (AC550/AC551) perlu membayar kedua-dua yuran konvokesyen?

Ya, kedua-dua yuran perlu dibayar. Pelajar akan menerima sijil dan album sijil (folder) bagi program AC704/AC220 dan juga program profesional (AC550/AC551).

Adakah graduan dibenarkan membuat penangguhan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (menumpang) ke istiadat konvokesyen yang berikutnya (Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105)?

Penangguhan menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-104 (menumpang) ke istiadat konvokesyen yang berikutnya boleh dipertimbangkan tertakluk kepada justifikasi yang
kukuh seperti bersalin, sakit, menjalani pembedahan, kematian, mengerjakan umrah/ haji, berkahwin, bekerja di luar kawasan/ menduduki peperiksaan/ menghadiri seminar/ latihan atau bencana alam.

Permohonan penangguhan boleh diisi melalui pautan di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my mulai 18 April 2026 hingga 30 Jun 2026. Dokumen sokongan seperti sijil cuti sakit, sijil kematian, surat jemputan umrah/ haji/ kad jemputan perkahwinan atau surat arahan rasmi bekerja di luar kawasan/ jadual peperiksaan / menghadiri seminar/ latihan serta resit bayaran yuran konvo dan lain-lain yuran tertunggak (jika ada) perlu dimuat naik di pautan yang sama.

Adakah graduan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sesi November 2026) dibenarkan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sesi Mei 2026) bagi menerima ijazah atau diploma?

Tidak. Graduan sesi konvo hadapan, iaitu Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 (Sesi November 2026), TIDAK DIBENARKAN hadir untuk menerima ijazah atau diploma pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sesi Mei 2026). Graduan hendaklah menghadiri istiadat konvokesyen mengikut sesi konvokesyen yang ditetapkan sepertimana yang telah disahkan dalam Senat UiTM.

Saya graduan menumpang, kenapakah saya tidak boleh masuk ke sistem untuk mencetak borang jubah? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang jubah?

Graduan menumpang tidak boleh mencetak borang melalui sistem kerana sesi konvokesyen telah berlalu. Graduan menumpang akan diberikan borang manual semasa pendaftaran jubah. Graduan menumpang akan diberikan nombor giliran baharu. Sila semak senarai nama graduan mengikut sidang kampus, fakulti dan program di laman web konvokesyen apabila senarai nama graduan telah dikeluarkan. Graduan boleh menghubungi PIC program masing-masing untuk maklumat lanjut.

Bolehkah graduan menukar lokasi istiadat konvokesyen?

Graduan TIDAK DIBENARKAN menukar lokasi istiadat konvokesyen. Graduan hendaklah hadir istiadat konvokesyen mengikut lokasi yang telah ditetapkan

Adakah waris dibenarkan menghadiri konvokesyen jika graduan telah meninggal dunia? Apakah yang perlu dilakukan oleh waris?

Waris dibenarkan menghadiri istiadat konvokesyen untuk menerima diploma atau ijazah graduan yang telah meninggal dunia. Waris perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab (PIC) program graduan dengan segera jika waris ingin menghadiri istiadat konvokesyen untuk menerima diploma/ijazah bagi pihak gemulah (graduan yang meninggal dunia).

Siapakah yang dibenarkan hadir ke istiadat konvokesyen dan berapa orang yang
dibenarkan masuk ke dalam dewan?

Graduan dibenarkan hadir bersama keluarga. Walau bagaimanapun, hanya DUA (2)
orang tetamu (ibu bapa/ ahli keluarga) yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja
yang dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Ahli keluarga lain boleh duduk di tempat yang disediakan di hadapan dewan atau di
Foyer Aras BL, Parkir Bertingkat DATC.

Mereka yang tidak sihat atau menghidapi lain-lain penyakit berjangkit DILARANG menghadiri istiadat konvokesyen.

Bolehkah saya ingin mendapatkan kad jemputan/pelekat kenderaan lebih dari satu keping?

Pihak UiTM TIDAK menjual kad jemputan dan pelekat kenderaan. Setiap graduan
HANYA diberikan satu keping kad jemputan/pelekat kenderaan. Kad jemputan/pelekat kenderaan akan diberikan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah.

Graduan hendaklah menyerahkan kad jemputan kepada ibu bapa/tetamu SEBELUM hari konvokesyen berlangsung.

Bilakah waktu graduan perlu berada di dewan semasa hari konvokesyen?

Graduan akan disusun di luar dewan mengikut nombor giliran dan akan diberikan kad
nama sebelum perarakan graduan masuk ke dalam dewan. Oleh itu, graduan perlu
berada mengikut waktu yang ditetapkan seperti berikut:

UiTM Shah Alam : 7:30 pagi (Sidang Pagi); 12:30 tengah hari (Sidang Petang)
UiTM Cawangan Sarawak : 7:30 pagi (Sidang Pagi); 1:00 tengah hari (Sidang Petang)
UiTM Cawangan Sabah : 7:30 pagi (Sidang Pagi); 1:00 tengah hari (Sidang Petang)

Adakah graduan perlu memakai pelitup muka semasa istiadat konvokesyen?

Graduan dan ibu bapa/ ahli keluarga yang hadir dibenarkan memakai pelitup muka
sepanjang istiadat konvokesyen berlangsung.

Pemakaian pelitup muka di dalam kenderaan UiTM (bas/van/MPV) adalah digalakkan
kerana berada di dalam ruang yang bertutup dan sesak.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut