Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA 2026/2027

Kolej Profesional MARA
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan kemasukan ke Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) bagi Pengambilan 2026/2027 dibuka bermula 1 – 30 April 2026, pukul 12 tengah hari. Anda boleh memohon melalui saluran SPUPIM: https://apponline.mara.gov.my/spupim_1/

Permohonan ini boleh dilakukan oleh calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2025 dan ke bawah. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut untuk calon yang berminat melanjutkan pengajian ke Program Diploma Kolej Profesional MARA.

Pengenalan Kolej Profesional MARA

Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan institusi pendidikan tinggi di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terkenal dengan Program Diploma berfokuskan bidang profesional seperti perakaunan, teknologi maklumat, pengurusan perniagaan dan banyak lagi. 

KPM bukan sahaja menawarkan suasana pembelajaran kondusif tetapi juga kemudahan lengkap, tenaga pengajar berpengalaman dan kurikulum yang relevan dengan kehendak industri.

Kolej Profesional MARA

Mengapa pilih KPM?

  • Program diploma yang diiktiraf oleh MQA
  • Persekitaran pembelajaran kondusif
  • Peluang menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan pembangunan pelajar
  • Laluan kerjaya dan pengajian yang cerah

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan ke Program Diploma KPM Sesi Pengambilan 2026/2027 dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 30 April 2026.

Syarat Am Kemasukan

Syarat Am kemasukan ke program Asasi Kolej MARA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan

MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:

  • Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Selain itu:-

  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;

MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad

Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

Kolej Profesional Mara
Syarat Am Kemasukan KPM

Kursus Ditawarkan

Program ini terdiri daripada tujuh (7) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:

  1. Accounting + Data Analytics + Professional Huffaz (PROFAZ)
  2. Accounting + SAP 4/HANA Financial Accounting Certification + Professional Huffaz (PROFAZ)
  3. Halal Industry + Certified Halal Executive Program + Professional Huffaz (PROFAZ)
  4. Computer Science + Artificial Intelligence Certification (AI)
  5. Computer Science + Cyber Security Certification (CS)
  6. Integrated Logistics Management + Supply Chain Analyst (SCA)
  7. Pra-Diploma (PD)

Garis Panduan Permohonan

  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini, atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja.
  • Calon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Sistem Pengambilan UPIM – SPUPIM (UPIMOnline)

Sistem Pengambilan UPIM, SPUPIM (UPIMOnline) ialah platform permohonan dan semakan kemasukan secara atas talian yang dibangunkan oleh MARA untuk memudahkan pelajar memohon ke institusi di bawah MARA seperti Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).

Fungsi Utama SPUPIM (UPIM Online)

  • Permohonan kemasukan dibuat secara online dengan mengisi maklumat peribadi, akademik, dan dokumen yang diperlukan melalui laman web rasmi SPUPIM.
  • Semua semakan keputusan tawaran, termasuk status rayuan, dilakukan melalui aplikasi SPUPIM menggunakan nombor kad pengenalan dan pautan rasmi.
  • Mengurus data permohonan, pengesahan dan cetakan slip permohonan secara sistematik untuk kemudahan pengguna dan pihak MARA.

Cara Memohon Kolej Profesional MARA Melalui SPUPIM (UPIMOnline)

1. Layari Portal Permohonan

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi MARA (http://www.mara.gov.my) atau laman Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di https://hi-edu.my. Seterusnya anda akan dibawa ke laman web SPUPIM.

SPUPIM merupakan sistem online pengambilan pelajar bagi semua institusi MARA.

Kolej Professional MARA
Paparan Log Masuk SPUPIM

2. Daftar Akaun Pengguna

Daftar sebagai pengguna baru dengan memasukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, kata laluan dan email yang aktif bagi proses pengesahan.

Kolej Professional MARA
Daftar sebagai pengguna baru

3. Lengkapkan Maklumat Permohonan

  • Isikan maklumat peribadi dan akademik seperti keputusan SPM secara terperinci.
  • Pilih institusi dan program yang ingin dimohon (pilihan program Diploma di KPM).
  • Muat naik salinan dokumen penting jika diperlukan (SPM, MyKad dan sijil berkaitan).

4. Semak & Pastikan Maklumat Betul

Pastikan semua maklumat betul sebelum menghantar permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dicetak atau disimpan slip sebagai bukti permohonan telah dibuat.

5. Hantar Permohonan

Klik butang “Hantar” untuk menyempurnakan permohonan. Sistem hanya simpan permohonan terakhir sebelum tarikh tutup.

6. Semakan Status Permohonan

Keputusan permohonan boleh disemak secara online:

Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan keputusan tawaran atau rayuan (bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat melalui SPUPIM sebelum tarikh akhir rayuan).

RUJUK & MUAT TURUN PDF MANUAL PANDUAN PENGGUNA DI SINI:

Syarat Khusus Akademik

Berikut ialah syarat-syarat khusus akademik untuk setiap kursus yang ditawarkan:

Rujuk lebih lanjut mengenai syarat khusus akademik dan program yang ditawarkan di sini: https://hi-edu.my/programkpm/

PENILAIAN KHAS : UJIAN BERTULIS / SESI TEMUDUGA

  • Calon yang memohon kemasukan ke program Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC) dan Diploma Creative Digital Media and Production + Digital Media Professional Certificate (DCD+DMP) akan dipanggil untuk menjalani penilaian khas.
  • Hanya Calon yang melepasi syarat kelayakan sahaja akan dipanggil melalui whatsapp/SMS/email.

NOTA: Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan. Rujuk syarat-syaratnya dalam gambar di atas. 

Lokasi

Berikut ialah senarai lokasi Kolej Profesional MARA (KPM):

Nama KolejAlamat & Info
KPM SERI ISKANDARLot PT. 2615 Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: 05-371 2355 Fax: 05-371 2355 Email: [email protected] Website: http://seriskandar.kpm.edu.my 
KPM BANDAR PENAWARJalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Johor. Tel: 07-884 2200 Fax: 07-884 2220 Email: [email protected] Website: https://bpenawar.kpm.edu.my 
KPM INDERA MAHKOTAJalan Sungai Lembing, 25200 Kuantan, Pahang. Tel: 09-573 4501 Fax: 09-573 4302 Email: [email protected] Website: http://inderamahkota.kpm.edu.my 
KPM BERANANGLot 2333, Jalan Kajang-Seremban, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-8768 9305 Fax: 03-8768 9466 Email: [email protected] Website: https://beranang.kpm.edu.my 
KPM BANDAR MELAKALot 1860 Jalan Tembusu, 75400 Melaka. Tel: 06-281 2003 Fax: 06-281 2009 Email: [email protected] Website: http://bmelaka.kpm.edu.my 
KPM AYER MOLEK75640 Jalan Tangkak, Melaka. Tel: 06-387 5888 Fax: 06-387 5888 Email: [email protected] Website: http://ayermolek.kpm.edu.my 

Mekanisme Pengajian

Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian program diploma KPM adalah tertakluk kepada terma perjanjian MARA seperti berikut:

  • Medium Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang digunakan bagi pengajian diploma KPM ini adalah Bahasa Inggeris.
  • Mod pengajian bagi program diploma KPM adalah dilaksanakan secara sepenuh
  • Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak
  • Kemudahan asrama disediakan tertakluk kepada kekosongan. Keutamaan diberikan kepada pelajar semester 1
  • Pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberi sepanjang tempoh pengajian
  • Pelajar yang Berhenti atau Ditamatkan Pengajian perlu membayar semula kemudahan ESH bergantung kepada jumlah ESH yang diterima sepanjang pengajian

Maklumat Lanjut

Untuk bantuan atau pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke KPM seluruh negara, sila hubungi:

ATAU, rujuk di sini: https://linktr.ee/hiedumara

Soalan Lazim Permohonan Kemasukan Koleh Profesional MARA

Rujuk Soalan Lazim Permohonan Kemasukan Koleh Profesional MARA di bawah: https://www.mara.gov.my/bm/soalan-lazim-faq/soalan-lazim-kolej-profesional-mara/

Kolej Profesional MARA
FAQ Kolej Profesional MARA
Kolej Profesional MARA
FAQ Kolej Profesional MARA
Kolej Profesional MARA
FAQ Kolej Profesional MARA
Kolej Profesional MARA
FAQ Kolej Profesional MARA
Kolej Profesional MARA
FAQ Kolej Profesional MARA

Soalan Lazim – Permohonan Kolej Profesional MARA 2026/2027

Bila tarikh permohonan Kolej Profesional MARA 2026/2027 dibuka?

Permohonan untuk Kolej Profesional MARA sesi 2026/2027 dibuka pada 1 sehingga 30 April 2026 bermula pukul 12 tengah hari.

Bagaimana cara memohon Kolej Profesional MARA?

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui laman web : https://apponline.mara.gov.my/spupim_1/

Perlukah membeli nombor pin?

Tidak perlu. Permohonan adalah percuma dan tidak memerlukan nombor pin.

Apakah syarat kelayakan?

Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
Berumur 18 hingga 35 tahun
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apakah program yang ditawarkan?

Program ini terdiri daripada tujuh (7) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:

Accounting + Data Analytics + Professional Huffaz (PROFAZ)
Accounting + SAP 4/HANA Financial Accounting Certification + Professional Huffaz (PROFAZ)
Halal Industry + Certified Halal Executive Program + Professional Huffaz (PROFAZ)
Computer Science + Artificial Intelligence Certification (AI)
Computer Science + Cyber Security Certification (CS)
Integrated Logistics Management + Supply Chain Analyst (SCA)
Pra-Diploma (PD)

Bolehkah memohon melalui cara lain selain UPIM?

Ya, juga boleh memohon melalui APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) bagi pemohon yang sedang bekerja.

Adakah program orientasi wajib?

Ya, pelajar baharu wajib mengikuti program orientasi.

Bolehkah tukar program selepas mendaftar?

Tidak boleh sebelum tamat semester 1 dan permohonan rasmi dibuat pada minggu kedua semester 2.

Berapa yuran Kolej Profesional MARA?

Yuran untuk kolej profesional MARA berbeza-beza mengikut kursus dan kolej, tetapi yuran pendaftaran biasanya dikenakan dan boleh dibayar melalui aplikasi MARAeps atau laman web rasmi KPM.

Apakah keburukan atau cabaran belajar di Kolej Profesional MARA?

Antara keburukan yang pernah dilaporkan termasuk kekangan kemudahan di beberapa kampus dan cabaran penempatan kerja selepas tamat pengajian bagi sesetengah program. Namun, MARA sentiasa memperbaiki fasiliti dan bekerjasama dengan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut