Permohonan Program Diploma UTM Ambilan Jun 2026

Program Diploma UTM
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan kemasukan ke Permohonan Program Diploma UTM Ambilan Jun 2026 kini dibuka sehingga 30 Mei 2026 (Sabtu). Lepasan SPM kerana hanya memerlukan minimum 3 kredit sahaja. Anda boleh memohon melalui portal UTM Space : https://space.utm.my/diploma/

Permohonan ini boleh dilakukan oleh calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2025 dan ke bawah. 

Sama ada anda berminat bekerja offshore atau onshore, atau ingin meneroka ilmu berkaitan tanah, satelit, bulan dan bintang, semuanya boleh bermula di sini dengan asas pembelajaran yang kukuh dan praktikal.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut untuk calon yang berminat melanjutkan pengajian ke Program Diploma UTM 2026.

Pengenalan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM mula ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan sebelum ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975.

Pada masa kini, UTM mempunyai dua kampus iaitu kampus utama di Johor Bahru serta kampus cawangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Sejak konvokesyen pertamanya pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah melahirkan lebih 194,203 graduan, khususnya dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi.

Hal ini menjadikan UTM sebagai antara penyumbang utama tenaga kerja profesional dan separa profesional di negara ini.

UTM juga akan terus mengekalkan kecemerlangan akademik seiring dengan pengiktirafannya sebagai Universiti Penyelidikan (Research University) oleh kerajaan sejak Jun 2010.

Senarai Program Ditawarkan (Sepenuh Masa)

Kampus Kuala Lumpur

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Pengurusan Harta
  • Diploma Pengurusan Teknologi
  • Diploma Pendidikan Islam
  • Diploma Ukur Tanah
  • Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Ukur Bahan
  • Diploma Seni Bina

Kampus Johor Bahru

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Pengurusan Teknologi
  • Diploma Pendidikan Islam
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Ukur Bahan
  • Diploma Seni Bina
  • Diploma Sukan dan Kecergasan

Senarai Program Ditawarkan (Separuh Masa)

Kuala Lumpur

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Pendidikan Islam
  • Diploma Pengurusan Teknologi
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Ukur Tanah

Johor Bahru

  • Diploma Pendidikan Islam
  • Diploma Pengurusan Teknologi
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Sains Komputer

Kota Kinabalu

  • Diploma Ukur Tanah

    Laluan Pendidikan

    Syarat Kemasukan Program Diploma

    Syaram AM Universiti

    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan;
    • Lulus mata pelajaran Sejarah.

    Rujuk syarat khas kursus diploma di bawah:

    Semak Kelayakan Permohonan

    Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semakan kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi UTM dan Diploma UTM boleh dilakukan dengan pantas menerusi Sistem UTM My Dream di pautan https://mydream.utmspace.edu.my/spm

    Cara Membuat Permohonan

    1. Layari laman web : https://space.utm.my/diploma/
    2. Anda boleh pilih sama ada permohonan untuk pelajar Malaysia atau pelajar antarabangsa.
    3. Isikan nama penuh, email, nombor kad pengenalan, dan nombor telifon.
    4. Klik pada butang “Mohon”.
    5. Klik pada butang “Permohonan Baru”
    6. Pilih nama program yang ingin dimohon
    7. Lengkapkan semua maklumat peribadi diri dan muat naik dokumen yang diperlukan ke dalam sistem.
    8. Hantar permohonan anda sekiranya sudah lengkap.

    Kelebihan Pilih UTM Untuk Bina Kerjaya

    1. Sebagai Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Kejuruteraan dan Teknologi Terbesar di Malaysia
    Di UTM berkumpulnya lebih 1,800 orang ahli Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang pakar dalam bidang masing-masing berkhidmat sebagai Pensyarah dan terlibat dengan kerja-kerja pendidikan, penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Di samping itu lebih 25,000 pelajar dari dalam dan luar negara sedang mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.

    2. Kualiti Program Akademik
    Semua program kejuruteraan UTM telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari Engineering Accredition Council-Board of Engineers Malaysia (EAC-BEM). Lain-lain program bukan kejuruteraan juga telah memperolehi pengiktirafan dari badan-badan profesional masing-masing selaras dengan hasrat Universiti menjadikan UTM sebagai hub pendidikan serantau.

    3. Program Pengantarabangsaan
    Menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan dengan Universiti tersohor dunia antaranya University of Cambridge, United Kingdom; University de Nantes, France; Harvard University, Ohio State University, United State; University of Bologna, Itali; Meiji University, Jepun; dan lain-lain lagi.

    4. Kemudahan lengkap dan suasana persekitaran yang menggalakkan untuk pembelajaran.
    UTM menyediakan kemudahan dewan kuliah, bilik kuliah, makmal-makmal pembelajaran dan penyelidikan, perpustakaan, kemudahan sukan dan rekreasi yang dilengkapi dengan peralatan terkini dan kondusif. Perpustakaan UTM misalnya telah memenangi Malaysia Excellent Library Award daripada Librarian’s Association of Malaysia dan ianya merupakan pemenang pertama seumpamanya di Malaysia.

    5. Membentuk Graduan yang Kompeten, Employability dan Marketability
    UTM telah berjaya membangunkan daya saing pelajar dengan melengkapkan mereka dengan soft skills terutamanya dalam kemahiran berkomunikasi dan Bahasa Inggeris serta kemahiran ICT agar mereka dianggap first choice graduates. Pada tahun 2021, UTM membuktikan graduan yang dilahirkan menepati kehendak pasaran semasa apabila berjaya mencatat 97.94% bagi Kebolehpasaran Graduan Universiti Awam bagi tahun 2021. Peratusan ini merupakan yang tertinggi direkodkan universiti awam di negara ini berdasarkan Kajian Kadar Kebolehpasaran Graduan Universiti Awam (Warganegara) Tahun 2021 yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi.

    6. Peluang Mengikuti Program di peringkat lebih tinggi
    Pihak Universiti juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang-bidang yang berkaitan setelah pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

    7. Kemudahan Bantuan Kewangan
    PTPTN, JPA, MARA, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Swasta adalah merupakan organisasi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/dermasiswa/pinjaman. UTM juga memberi biasiswa melalui Yayasan UTM di samping menyediakan skim pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada pelajar

    8. Peluang Untuk Mengikuti Program Minor dan Degree ++
    Program Minor memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang lain dalam skala yang kecil dengan syarat-syarat yang tidak membebankan selain daripada bidang program Ijazah Sarjana Muda yang diikuti. Pengetahuan sokongan dan penguasaan lebih daripada satu bidang akan membantu para graduan lebih flexible dan berdaya saing dalam menghadapi pasaran pekerjaan.

    9. Biasiswa Endowmen UTM
    Biasiswa ini dbuka kepada semua calon pelajar dari program Matrikulasi/Asasi/STPM yang cemerlang dan memilih UTM dalam permohonan kemasukan. Tawaran biasiswa akan diberi setelah  pelajar berjaya mendapat tawaran pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda di UTM dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

    10. Global Outreach Programme (GOP)
    Pelajar UTM juga berpeluang untuk mengikuti ‘Global Outreach Programme’ kemana-mana universiti luar negara sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh pengajian. Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan global dan meningkatkan kenyakinan diri sesuai dengan pembangunan insaniah mahasiswa.

    11. Excellent Track Programme (5ETP)
    5 ETP adalah suatu program elit dan yang diperkenalkan selaras dengan Pelan Tranformasi Mahasiswa UTM. Program ini direkabentuk khas bertujuan untuk mengembangkan bakat, minat dan kreativiti mahasiswa sepanjang pengajian. 5 teras yang telah dikenalpasti ialah sukan, tahfiz, keusahawanan, nobel laurate dan kepimpinan.

    12. Kemudahan Penginapan Pelajar
    Semua pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda kampus Johor Bahru disediakan kemudahan penginapan dalam kampus sepanjang pengajian.

    Maklumat Lanjut

    Segala pertanyaan mengenai program-program di UTM boleh  dikemukakan kepada:

    PENGARAH EKSEKUTIF
    PUSAT PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN PELAJAR (SRAD)
    JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
    81310 UTM JOHOR BAHRU
    JOHOR DARUL TA’ZIM
    Telefon (General) (H/P): 07-5333632 
    E-mel: 
    [email protected]
    Laman Web: www.utm.my | admission.utm.my 

    ATAU, rujuk maklumat ini untuk dihubungi:

    +6011-55347794/ +6011-55347795/ +6011-13319890 (Waktu Operasi: Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 5.00 petang, Jumaat : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari | 2.45 petang – 5.00 petang), Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum : TUTUP

    atau email: [email protected]

    Soalan Lazim Program Diploma UTM

    Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Program Diploma UTM?

    Anda boleh memohon melalui portal UTM Space di https://space.utm.my/diploma/

    Apakah syarat kemasukan untuk memohon program ini?

    Syarat kemasukan setiap program adalah merujuk kepada Syarat Umum Universiti dan Syarat Khas Kemasukan Program.

    Maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan bagi sesuatu program, boleh didapati di laman
    sesawang https://space.utm.my/diploma/

    Bilakah tarikh tutup permohonan Program Diploma UTM Ambilan Jun?

    Tarikh tutup permohonan Program Diploma UTM Ambilan Jun adalah pada 30 Mei 2026

    Apakah program-program Diploma UTM yang ditawarkan untuk sepenuh masa?

    Kampus Kuala Lumpur
    Diploma Kejuruteraan Awam
    Diploma Kejuruteraan Elektrik
    Diploma Kejuruteraan Elektronik
    Diploma Kejuruteraan Mekanikal
    Diploma Kejuruteraan Kimia
    Diploma Sains Komputer
    Diploma Pengurusan Harta
    Diploma Pengurusan Teknologi
    Diploma Pendidikan Islam
    Diploma Ukur Tanah
    Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
    Diploma Perakaunan
    Diploma Ukur Bahan
    Diploma Seni Bina

    Kampus Johor Bahru
    Diploma Kejuruteraan Awam
    Diploma Kejuruteraan Elektrik
    Diploma Kejuruteraan Mekanikal
    Diploma Kejuruteraan Kimia
    Diploma Sains Komputer
    Diploma Pengurusan Teknologi
    Diploma Pendidikan Islam
    Diploma Perakaunan
    Diploma Ukur Bahan
    Diploma Seni Bina
    Diploma Sukan dan Kecergasan

    Apakah program-program Diploma UTM yang ditawarkan untuk separuh masa?

    Kuala Lumpur
    Diploma Kejuruteraan Elektrik
    Diploma Kejuruteraan Mekanikal
    Diploma Kejuruteraan Awam
    Diploma Pendidikan Islam
    Diploma Pengurusan Teknologi
    Diploma Perakaunan
    Diploma Sains Komputer
    Diploma Ukur Tanah

    Johor Bahru
    Diploma Pendidikan Islam
    Diploma Pengurusan Teknologi
    Diploma Perakaunan
    Diploma Sains Komputer

    Kota Kinabalu
    Diploma Ukur Tanah

    Adakah program-program yang ditawarkan secara Pengajian Separuh Masa diiktiraf oleh
    Badan Professional dan MQA?

    Program-program yang dijalankan secara Pengajian Separuh Masa adalah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan profesional berkaitan seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, Lembaga Juruukur Tanah Malaysia, Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia serta Lembaga Perancang Bandar Malaysia.

    Apakah sumber-sumber pembiayaan kewangan yang boleh dipohon untuk pengajian?

    Pelajar boleh memohon pembiayaan melalui pelbagai sumber kewangan seperti pinjaman
    PTPTN, pengeluaran akaun KWSP, Yayasan Negeri, Angkasa (penjawat awam), pinjaman
    peribadi di institusi perbankan, i-Affin pembiayaan pendidikan, Lembaga Zakat Negeri,
    Jabatan Perkhidmatan Awam (penjawat awam), majikan dan mana-mana sumber pinjaman
    yang lain.

    Berapa lama tempoh pengajian program bagi Pengajian Separuh Masa UTM?

    Untuk Sarjana Muda, tempoh minimum pengajian adalah 4.5 tahun. Untuk Diploma, tempoh minimum pengajian adalah 3.5 tahun

    Baca juga:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut