Skim Khairat Kematian BKM 2022: Permohonan & Tarikh Bayaran

Tahukah anda, semua pemohon yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.

Perkara ini telah diumumkan melalui laman web Bantuan Keluarga Malaysia 2022 seperti di bawah:

skim khairat kematian bkm

Berikut dikongsikan lebih lanjut tenang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah Skim Khairat Kematian BKM?

Khairat kematian adalah wang sedekah atau derma / sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Bagi penerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda layak membuat tuntutan khairat kematian seperti berikut:

  • Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Syarat Kelayakan

Permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.

Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.

Tarikh Tuntutan

Mulai 15 April 2022 hingga 31 Januari 2023

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan?

Wakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.

Hubungan wakil yang layak adalah

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik

Dokumen Yang Diperlukan

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Kad Pengenalan asal wakil; dan
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Kaedah Tuntutan

Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Baca juga:

Maklumat Lanjut Skim Khairat Kematian BKM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!