Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2026. Semakan status dan bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan makluman terkini untuk semua penerima STR khususnya.

Kaedah Pembayaran STR
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2026 akan dibayar secara berperingkat pada bulan OGOS 2026.
Tarikh sebenar akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi dibuat.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Setiap Kategori
Berdasarkan maklumat rasmi yang terkini oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori :




A. Kategori Isi Rumah ≤ RM2,500
| Bilangan Anak | Fasa 2 (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1 – 2 | 300 |
| 3 – 4 | 450 |
| ≥5 | 600 |

B. Kategori Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Fasa 2 (RM) |
|---|---|
| 0 | 0 |
| 1 – 2 | 150 |
| 3 – 4 | 200 |
| ≥5 | 250 |

C. Warga Emas Tiada Pasangan (Umur ≥ 60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000)
| Kategori | Fasa 2 (RM) |
|---|---|
| Warga emas tiada pasangan | 150 |

D. Bujang (21 – 59 tahun / OKU 19 – 59 tahun, pendapatan ≤ RM2,500)
Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan (dikreditkan ke dalam MyKad).
Cara Semak Status STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Pada bahagian dashboard, klik Semakan Status.
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran setiap fasa (jika layak)
- Status pembayaran SARA (jika layak)

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan:




Cara Membaca Status STR Terkini
Bagi anda yang telah membuat semakan, mungkin ada yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan LULUS – kerana terdapat 2 status lulus yang tertera.
Salah satunya adalah berkaitan Kelulusan Asas STR, manakala satu lagi adalah berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah STR Tambahan berjumlah RM200 sebulan selama 12 bulan (Jumlah: RM2,400) bagi penerima kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan yang berstatus miskin atau miskin tegar dalam rekod eKasih.
Artikel berkaitan: Rayuan STR – Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:
- Portal Rasmi STR; atau
- Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
- petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
- petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.
Soalan Lazim STR Fasa 3 2026
Rujuk Soalan Lazim (FAQ) MySTR 2026 di sini:
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
- Permohonan STR 2026
- Semakan Status STR 2026
- Kemaskini Maklumat STR 2026
- Pembayaran STR 2026
- Maklumat Waris & SKK STR 2026
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Program bantuan tunai Kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bagi meringankan beban kos sara hidup.
Anda boleh memohon secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR atau menghantar Borang Kertas (BK-01) ke Pejabat HASiL.
Golongan bujang berpendapatan bawah RM2,500 layak menerima bantuan melalui mekanisme SARA sebanyak RM50.
Log masuk ke Portal Rasmi MySTR dan pilih menu Semakan Status, atau hubungi Hotline BKK di talian 1-800-88-2747.
Pembayaran STR Fasa 3 dijadualkan akan disalurkan secara berperingkat bermula pada bulan Ogos 2026.
Semua penerima sedia ada yang berstatus Lulus dan telah melepasi semakan verifikasi data agensi selewat-lewatnya pada 15 Jun 2026.
Wang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. Bagi yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).




