Biodata Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang & Exco

Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang & Senarai Barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal baharu pada 13 Ogos 2023.

Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dekat Seri Mutiara.

Pada majlis istiadat tersebut, Kon Yeow, 65, menerima watikah pelantikan dan disusuli dengan istiadat lafaz sumpah memegang jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota kemudiannya menandatangani surat cara pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Sayuthi Bakar.

Berikut dikongsikan serba sedikit profil dan biodata tokoh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang

NAMA : CHOW KON YEOW
Umur : 65 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan tinggi : Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia

JAWATAN DALAM KERAJAAN

  • Mac 2008 – Mei 2013:
    • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
    • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Alam Sekitar
  • 9 Mei 2013 :
    • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Tebatan Banjir
  • 14 Mei 2018 :
    • Angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
  • 13 Ogos 2023 :
    • Angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang penggal kedua

WAKIL RAKYAT

  • Oktober 1990
    • ADUN DAP Pengkalan Kota
  • November 1999 – 2008
    • Ahli Parlimen DAP Tanjong
  • Mei 2018
    • Ahli Parlimen DAP Tanjong
  • Nov 2022 hingga kini
    • Ahli Parlimen DAP Batu Kawan

POLITIK

  • 1986 – 1990
    • Setiausaha Politik kepada Tan Sri Lim Kit Siang
  • 1989
    • Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang
  • 1991
    • Setiausaha DAP Pulau Pinang
  • 5 Disember 1999
    • Pengerusi DAP Pulau Pinang
  • 19 Ogos 2001
    • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP
  • 9 September 2004
    • Naib Pengerusi DAP
  • 23 Ogos 20228
    • Naib Pengerusi DAP
  • 16 Disember 2012
    • Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
  • 1 Disember 2013
    • Pengerusi DAP Pulau Pinang
  • 2021 hingga kini
    • Pengerusi DAP Pulau Pinang
ketua menteri pulau pinang EXCO 2023

BARISAN EXCO KERAJAAN PULAU PINANG 2023

  1. Ketua Menteri Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi
    Chow Kon Yeow (ADUN Padang Kota)
  2. Timbalan Ketua Menteri 1, Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat
    Prof Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid (ADUN Batu Maung)
  3. Timbalan Ketua Menteri 2, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi
    Jagdeep Singh Deo (ADUN Datok Keramat)
  4. Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar
    Rashidi Zinol (ADUN Sg Acheh)
  5. Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital
    Zairil Khir Johari (ADUN Tanjong Bunga)
  6. Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
    Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong)
  7. Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam
    Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang)
  8. Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa
    H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi)
  9. Belia, Sukan dan Kesihatan
    Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang)
  10. Perumahan dan Alam Sekitar
    Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai)
  11. Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
    Fahmi Zainol (ADUN Pantai Jerejak)

Sumber infografik : Facebook

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!