Kemaskini Maklumat BKC (Bantuan Khas Covid-19) Mulai 7 Oktober 2021

KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) BERMULA 7 OKTOBER HINGGA 21 OKTOBER 2021

Makluman penting buat penerima BKC, anda kini boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayararan fasa seterusnya.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui akaun sosial Facebook bertarikh 7 Oktober 2021.

Berikut kami kongsikan cara membuat kemaskini untuk makluman bersama.

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh dibuka: 7 Oktober 2021
  • Tarikh akhir: 21 Oktober 2021
kemaskini bkc

Semakan Status BKC

Sebelum anda mengemaskini, anda boleh semak dahulu status BKC untuk memastikan sama ada maklumat akaun anda telah lengkap atau perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun.

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my.

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC

Kemaskini maklumat akaun bank penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat secara online (atas talian) atau secara manual.

Cara membuat kemaskini adalah seperti berikut:

  1. Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang Log Masuk
  3. Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

Cara Kemaskini Maklumat Wakil BKC

Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.

  1. Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang Log Masuk
  3. Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

Untuk makluman, proses pengkreditan bagi Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi kategori B40 telah bermula secara berperingkat pada 6 September 2021 dan M40 pada 9 September 2021.

Maklumat lanjut tentang pembayaran BKC Fasa 1 boleh dirujuk di sini : Semakan BKC Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Tunai / Akaun Bank

Bagi Fasa 2, anda boleh lihat kategori penerima dan tarikh bayaran melalui artikel berikut: BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Bayaran (Miskin Tegar, B40, M40)

bkc fasa 2

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.

Untuk berurusan di kaunter LHDN, sila rujuk pauta https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji Temu online.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!