BKC Fasa 2: Semakan Status Bayaran November 2021

TERKINI: Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta.

Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.

Berikut dikongsikan kenyataan media Perdana Menteri yang terkini beserta jumlah bayaran yang akan diterima bagi BKC Fasa 2, tarikh bayaran dan kategori penerima yang layak.

Apakah Bantuan Khas COVID-19?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Cara Permohonan / Syarat Kelayakan

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kategori Penerima / Data Bantuan

  1. Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  2. B40 – Permohonan BPR 2021
  3. M40 – Percukaian (LHDNM)

Kaedah pembayaran dan kelayakan adalah mengikut semakan akaun masing-masing seperti berikut:

  1. Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  2. B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  3. permohonan BPR 2021
  4. M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
    rekod percukaian

Jumlah Bantuan BKC Fasa 2

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah secara berfasa (dibayar 3 kali) seperti berikut:

  • Isi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Individu Bujang kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
  • Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala Bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).

Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Seperti yang kita sedia maklum, pembayaran BKC akan dibuat sebanyak 3 kali secara berfasa.

  • Fasa 1 – 6 September 2021
  • Fasa 2 – 25 November 2021
  • Fasa 3 – Disember 2021

Difahamkan akaun BSN dah masuk awal dan ramai yang telah menerima bayaran Fasa 2 ini.

Berikut antara status yang dikongsikan di media sosial:

Sila rujuk jadual pembayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori yang TERKINI seperti berikut:

Sumber: FAQ BKC Terkini (Dikemaskini 9 September 2021)

Penerima Tunai BKC

Bagi penerima tunai Bantuan Khas Covid-19 yang tiada akaun bank, anda boleh membuat tuntutan di mana-mana kaunter BSN mulai 25 November 2021.

Rujuk notis Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 2 di bawah:

Cara Semakan Status Bayaran BKC Fasa 2

Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC atau kategori anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:

A. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my 

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Log masuk ke Portal BKC di pautan https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

*Status anda akan dipaparkan seperti di bawah:

Sila rujuk maklumat bayaran selanjutnya:

B. SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL / TELEFON

Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS

Anda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu.

Nota: Penerima tunai yang layak dan tiada akaun bank boleh pergi ke kaunter BSN mulai 25 November untuk menerima bayaran BKC Fasa 2.

Lupa Kata Laluan BKC

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Baca juga: Lupa Kata Laluan BSN Online? Ini Cara Tukar Password MyBSN

Bayaran Fasa 3 BKC

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!