Kes kecurian kereta keyless semakin menjadi-jadi sejak beberapa waktu ini. Orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap modus operandi terkini melibatkan kecurian kenderaan berteknologi keyless entry.
Penjenayah dipercayai menggunakan peranti khas untuk mengesan dan memanjangkan isyarat kunci tanpa wayar (key fob) yang berada di dalam rumah.
Isyarat tersebut kemudiannya digunakan bagi membuka kunci serta menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu memiliki kunci asal.
Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa, pastikan anda baca dan semak tips-tips penting di bawah.
Apa Itu Kereta Keyless?
Kereta keyless adalah kenderaan yang menggunakan sistem elektronik pintar untuk membuka pintu dan menghidupkan enjin tanpa perlu memasukkan kunci fizikal ke dalam lubang kunci.
Sistem ini berfungsi menggunakan gelombang radio jarak dekat antara alat kawalan jauh (key fob) dan penderia pada kenderaan.
Konsep kereta keyless ni dalam bahasa mudahnya, macam ni:
- Kereta mengesan kehadiran kunci dalam jarak sekitar 1 hingga 2 meter.
- Pemilik hanya perlu menyentuh pemegang pintu atau menekan butang kecil pada pemegang untuk membuka kunci.
- Enjin dihidupkan dengan menekan butang Push Start/Stop sambil menekan pedal brek.
- Pintu kereta pula akan terkunci sendiri apabila pemandu berjalan jauh meninggalkan kenderaan bersama kunci.

Di Malaysia, teknologi keyless entry dan butang Push Start kini bukan lagi terhad kepada kereta mewah, malah sudah menjadi ciri standard bagi kebanyakan kereta mampu milik popular.
Antaranya ialah:
- Perodua Myvi (Varian X, H, dan AV)
- Perodua Axia (Model baharu varian X, SE, dan AV)
- Perodua Bezza (Varian X dan AV)
- Proton X50, X70, X90, dan S70
dan banyak lagi lah.
Modus Operandi Curi Kereta Keyless
Walaupun sistem ini sangat memudahkan hidup kerana anda tidak perlu lagi menyelongkar beg untuk mencari kunci, ia mempunyai satu kelemahan besar daripada sudut keselamatan.
Oleh sebab sistem ini bergantung sepenuhnya kepada gelombang radio, penjenayah moden boleh menggunakan peranti khas untuk mencuri dan memanjangkan isyarat kunci yang anda letakkan di dalam rumah.
Isyarat yang dicuri itu kemudiannya dihantar terus ke kereta yang diletakkan di luar, menyebabkan kereta menyangka anda berada berhampiran lalu membenarkan pintu dibuka dan enjin dihidupkan dengan mudah.

Bagaimana Kes Kecurian Kereta Keyless Boleh Berlaku?
1. Pencuri 1 di Rumah (Mengesan Isyarat)
- Mencari Kedudukan Kunci: Pencuri pertama akan berdiri di luar rumah, biasanya berhampiran pintu utama, tingkap, atau dinding tempat pemilik biasa menyangkut atau meletakkan kunci kereta.
- Menggunakan Peranti Penguat Isyarat: Pencuri ini membawa satu peranti khas (signal amplifier/booster) untuk mengesan gelombang radio frekuensi rendah yang sentiasa dipancarkan oleh alat kawalan jauh (key fob) dari dalam rumah.
- Memintas dan Menghantar: Sebaik sahaja isyarat dikesan, peranti tersebut akan menguatkan isyarat tersebut dan memancarkannya secara terus kepada rakan jenayahnya yang berada di luar.
2. Pencuri 2 di Kereta (Membuka & Menghidupkan Kenderaan)
- Menerima Isyarat Dipancar Semula: Pencuri kedua pula berdiri tepat di sebelah kereta sasaran sambil memegang peranti penghantar (transmitter). Peranti ini berfungsi menerima isyarat kunci yang telah diklon atau dipanjangkan oleh Pencuri 1 tadi.
- Memperdaya Sistem Kereta: Peranti penghantar tersebut memancarkan semula isyarat kunci dekat dengan pintu kereta. Ini menyebabkan komputer kereta “terpedaya” dan menyangka bahawa pemilik sebenar sedang berdiri di situ bersama kunci asal.
- Melarikan Kenderaan: Sistem keselamatan kereta akan terbuka secara automatik. Pencuri 2 hanya perlu membuka pintu, menekan butang Push Start, dan memandu kereta tersebut pergi dalam masa beberapa saat sahaja tanpa mencetuskan sebarang penggera.
Tips ElaK Jadi Mangsa Kecurian Kereta Keyless
Berdasarkan perkongsian Balai Polis Bandar Presint 7 Putrajaya, terdapat 4 tips utama yang wajib diamalkan oleh pemilik kenderaan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kecurian kereta keyless:
1. Simpan Kunci dalam Poket atau Kotak ‘Faraday’
Kotak atau pouch Faraday diperbuat daripada lapisan logam khas yang mampu menyekat (block) keseluruhan gelombang radio dan elektromagnet.
Pastikan anda sentiasa masukkan kunci pintar (key fob) ke dalam bekas Faraday ini sebaik sahaja anda pulang ke rumah atau ketika meletakkan kenderaan di tempat awam supaya isyaratnya tidak boleh dikesan langsung oleh peranti pengimbas pencuri.

2. Gunakan Kunci Stereng Fizikal
Ini adalah sistem keselamatan tradisional yang bertindak sebagai halangan fizikal yang sangat kuat.
Pastikan anda memasang pengunci stereng, kunci pedal, atau kunci tayar yang berkualiti tinggi setiap kali kereta ditinggalkan. Walaupun pencuri berjaya menghidupkan enjin menggunakan godaman isyarat, mereka tetap tidak akan dapat memandu kereta tersebut pergi dengan mudah.
3. Aktifkan Sistem Penggera Tambahan
Sistem penggera standard kilang kadangkala boleh dimatikan apabila sistem keyless digodam. Oleh itu, penting untuk anda menambah sistem penggera tambahan bagi memberikan lapisan perlindungan kedua.
Sebaiknya, pasang sistem penggera yang berkualiti, sistem pemotong litar enjin (immobilizer bypass switch), atau alat pengesan GPS (GPS tracker).
Pastikan sistem ini sentiasa diaktifkan agar anda mendapat amaran segera jika berlaku pencerobohan.
4. Letakkan Kunci Jauh dari Pintu & Tingkap
Peranti penguat isyarat yang digunakan pencuri mempunyai jarak imbasan yang terhad dari luar dinding rumah anda.
Oleh itu, jangan sesekali menyangkut atau meletakkan kunci kereta di atas meja hiasan yang terletak berhampiran pintu utama, tingkap, atau dinding luar rumah.
Sebaliknya, simpan kunci di dalam bilik tidur atau di kawasan tengah rumah yang jauh dari jangkauan imbasan luar.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Kecurian Kereta Keyless
Untuk info terkini mengenai tips-tips keselamatan, sila rujuk facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police).
Ya. Laci kayu, beg kain, atau bekas plastik biasa tidak mempunyai lapisan pelindung elektromagnet. Isyarat radio masih boleh menembusi bahan tersebut dengan mudah.
Masukkan kunci ke dalam bekas Faraday tersebut dan rapatkannya pada pintu kereta anda.
Cuba buka pintu atau tekan butang pada pemegang pintu. Jika pintu gagal dibuka, bekas tersebut berfungsi menyekat isyarat dengan sempurna.
Tertakluk kepada perlindungan kecurian (Comprehensive Policy).
Tidak semestinya. Walaupun jarak pancaran asal berkurang, peranti penguat isyarat berkuasa tinggi milik pencuri masih mampu mengesan dan membesarkan gelombang frekuensi yang lemah tersebut.
Tidak boleh. Sebaik sahaja enjin dimatikan, komputer kereta akan mencari isyarat kunci semula.
Ya, sistem GPS tetap berfungsi. Penggodaman keyless hanya menipu sistem kemasukan dan penghidupan enjin sahaja, ia tidak memadamkan bekalan kuasa peranti GPS kereta. Bagaimanapun, penjenayah profesional tegar kadangkala membawa alat penyekat isyarat GPS (GPS jammer).




