Kad Veteran ATM (KV) merupakan kad pengesahan Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan dan kini pendaftaran boleh dibuat secara online melalui pautan http://vibes.jhev.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kad ini.

Mengenai Kad Veteran ATM
Mulai 1 April 2016 Kad Veteran ATM (KV) dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM.
Untuk makluman, Kad Veteran ATM ialah dokumen rasmi yang mengesahkan status veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), membolehkan akses kepada kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik kerajaan (termasuk pasangan/balu yang layak), serta memudahkan permohonan bantuan kebajikan daripada JHEV ATM.
Manariknya, permohonan kad ini kini boleh dipohon secara dalam talian melalui aplikasi VIBES 2.0 dan antara kelebihan pendaftaran secara dalam talian adalah:
- Mudah dan cepat
- Tidak perlu hadir ke kaunter
- Menjimatkan masa dan kos
Manfaat Kad Veteran ATM
Antara manfaat yang diperoleh menerusi kad ini adalah seperti:
- Pengesahan status Veteran ATM
- Permohonan Bantuan Kebajikan JHEV ATM dan Skim Kebajikan Yayasan Veteran ATM oleh veteran dan tanggungan
- Akses kepada kemudahan perubatan di klinik/hospital Kerajaan dan Hospital Tentera oleh veteran dan tanggungan
Mereka yang menerima kad ini akan menerima 2 keistimewaan utama iaitu:
i) Kelayakan Wad
Kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:
| BIL | PANGKAT | KELAYAKAN WAD | CATATAN |
|---|---|---|---|
| 1. | Mejar ke Jeneral | 1A | Bilik Seorang |
| 2. | Leftenan Muda ke Kapten, Staf Sarjan ke Pegawai Waran I | 1B | Bilik Berdua |
| 3. | Koperal dan Sarjan | 1C | Bilik Bertiga |
| 4. | Prebet dan Lans Koperal | 2 | – |
ii) Konsesi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
KTM Berhad menawarkan diskaun 50% tambang perjalanan untuk perkhidmatan ETS dan Intercity kepada Veteran ATM yang berpencen dan isteri berkuatkuasa mulai 15 Januari 2017.
Diskaun 50% ini ditawarkan untuk semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali perkhidmatan Shuttle Tebrau JB Sentral – Woodlands – JB Sentral.
Tiket diskaun ini boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Berhad dengan mengemukakan salinan asal Kad Veteran yang dikeluarkan oleh JHEV ATM beserta kad pengenalan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon kad ini adalah seperti berikut:
- Merupakan seorang Veteran ATM ataupun Orang Tanggungan kepada Veteran.
- Tidak diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera.
Cara Permohonan
Permohonan kad ini boleh dibuat menerusi dalam talian atau online menerusi pautan http://vibes.jhev.gov.my.
Pelaksanaan permohonan secara dalam talian ini telah bermula mulai 1 Januari 2026.
Soalan Lazim
Kad ini ialah merupakan dokumen rasmi yang mengesahkan status veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membolehkan akses kepada kemudahan perubatan serta permohonan bantuan kebajikan.
Terdapat beberap manfaat yang bakal dinikmati iaitu:
– Pengesahan status Veteran ATM
– Permohonan bantuan kebajikan dan skim kebajikan
– Akses kepada kemudahan perubatan di klinik/hospital Kerajaan dan Hospital Tentera
Tidak. Kad ini hanya layak kepada Veteran ATM ataupun Orang Tanggungan kepada Veteran.
Permohonan kad ini boleh dibuat menerusi http://vibes.jhev.gov.my.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://vibes.jhev.gov.my/ atau
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur,
Malaysia
No Tel: 03-2050 8000
Baca juga: Penyata Gaji ATM (SPGATM): Semakan & Tarikh Bayaran 2026




