Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2022

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat 2022

Dimaklumkan bahawa kini sedang berlangsungnya pengambilan di Balai Bomba dan penyelamat bagi Pegawai Bomba Bantuan di Jabatan Bomba dan Penyelamat di Negeri Sembilan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bomba bantuan untuk makluman bersama.

Apakah Bomba Bantuan?

Khidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri mereka dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.

Pegawai Bantuan Bomba kemudiannya perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan siap siaga jika diperlukan.

Mereka yang terpilih akan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak.

Pengambilan ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menampung taburan balai bomba dan bilangan anggota yang tidak seimbang dengan keluasan kawasan perlu berisiko.

Pegawai Bomba_Bantuan juga akan menerima bayaran elaun berdasarkan tempoh waktu berkhidmat.

Kebaikan seorang pekerja untuk menyertai Pegawai BombaBantuan (PBB)

  1. Menambah pengetahuan dalam aspek kebakaran dan keselamatan kebakaran
  2. Mempunyai kemahiran dalam first aid, BA dan sebagainya
  3. Memberi publisiti yang baik kepada syarikat
  4. Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi
  5. Mempunyai kebolehan bekerjasama sebagai satu pasukan
  6. Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan cepat dan tepat
  7. Mempunyai kebolehan membuat keputusan yang baik dalam keadaan tertekan dan mengikut arahan

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Terkini 2022

Kini pengambilan Pegawai Bomba Bantuan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibuka bagi negeri Perak bagi kawasan berikut:

  1. BBP Trong
  2. BBP Ayer Tawar
  3. BBP Batu Kurau
  4. BBP Gerik
  5. BBP Gopeng
  6. BBP Kampong Gajah
  7. BBP Lenggong
  8. BBP Bidor
  9. BBP Pantai Remis
  10. BBP Parit
  11. BBP Pengkalan Hulu
  12. BBP Pulau Pangkor
  13. BBP Seri Iskandar
  14. BBP Tambun
  15. BBP Tanjung Malim
bomba bantuan

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 September 2022.

Syarat Kelayakan Asas

Syarat Kelayakan Umum Pegawai Bomba Bantuan adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
  4. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah

Syarat-syarat khusus / fizikal boleh disemak melalui perincian iklan bagi setiap negeri yang membuat pengambilan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati di balai-balai yang diiklankan atau Laman Facebook Bomba Perak atau muat turun melalui pautan / imbasan QR code yang disediakan di bawah.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:

  1. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan sijil PMR atau setaraf serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

Alamat Permohonan:

IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI PERAK
PERSIARAN MERU UTAMA
30020 IPOH PERAK

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN / GOOGLE FORM

https://docs.google.com/document/d/1yB4CQMfeHptgS9idLpsX3ZYh17a7MAJU/edit
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScJ-8WSLy4nVODqrKRLRisNmwyy9Th6FwU4gqVsxIjNGzKc0w/viewform

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan di talian 06 – 601 1900 samb. 407 atau 412.

Waktu pejabat Isnin hingga Jumaat 08.00 pagi hingga 05.00 petang.

Facebook: Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2

MAKLUMAN AWAM

Untuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bomba di pautan https://www.bomba.gov.my/

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!