Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang cemerlang dan berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) yang boleh dipohon menerusi https://penajaan.jpa.gov.my/.
Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BYDPA 2026 untuk makluman bersama.
Siaran Media Berkenaan Pelawaan Permohonan BYDPA


Apakah Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)?
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) merupakan program biasiswa yang paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik yang membawa manfaat besar kepada negara.
BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.


Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 9 Februari 2026 sehingga 9 Mac 2026.
Permohonan adalah secara online di portal https://penajaan.jpa.gov.my/.
Syarat Umum
Syarat umum untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2026.
- Pegawai/ Pelajar yang menghidap penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon pengajian dalam negara.
- Pegawai Awam yang memohon BYDPA mestilah tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang sedang berkuat kuasa.
Syarat Khusus
Pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus seperti berikut:
- Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana.
(b) Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D. - Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2026 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian; atau
Telah memulakan pengajian sepenuh masa pada tahun 2026 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian. - Telah memulakan pengajian sepenuh masa pada tahun 2026 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian
- Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.
- Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
(a) Calon Sarjana: Penglibatan secara aktif adalah satu kelebihan calon
(b) Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib (calon tiada penglibatan dianggap tidak memenuhi syarat dan tidak akan disenarai pendek untuk temu duga) - Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum/ aktiviti kemasyarakatan.
- Perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pelanjutan tempoh penajaan tidak akan dipertimbangkan kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan.
Cara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2026
Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://penajaan.jpa.gov.my/.
Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 9 Mac 2026 sama ada secara serahan tangan atau pos.
Sila rujuk lampiran di bawah untuk permohonan:
Lampiran A – Syarat-syarat Permohonan
Lampiran 1 – Senarai Universiti Tempatan
Lampiran 2 – Senarai Universiti Terkemuka Dunia
Lampiran 3 – Senarai Bidang Pengajian
Lampiran 4 – Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan Pengajian
Borang PPSM (bagi penjawat awam sahaja)
Soalan Lazim
BYDPA ialah program biasiswa yang paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik.
Bidang pengajian di bawah penajaan biasiswa ini adalah:
– Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
– Ekonomi
– Undang-Undang
– Kewangan Islam
– Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2026.
Peringkat pengajian di bawah penajaan ini adalah peringkat Sarjana dan Kedoktoran sahaja.
Pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan https://penajaan.jpa.gov.my/.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA, sila hubungi talian 03 – 8885 3569/ 3438/ 3879/ 3571 atau e-mel kepada [email protected].
Baca juga: BTAR 2026: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman




