Memahami Jata Negara, Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

Di kepala surat-surat rasmi kerajaan Persekutuan, kita pastinya akan dapat melihat Jata Negara dipaparkan disitu menandakan surat tersebut adalah urusan rasmi kerajaan Malaysia.

Identiti sebuah negara merdeka dan ketinggian martabatnya terserlah pada penampilan jata negaranya sebagai lambang rasmi kebesaran dan kekuasaan kerajaan yang memerintah.

Secara umumnya, Jata Negara adalah logo rasmi kerajaan dan hanya boleh digunakan untuk tujuan rasmi sahaja dan tidak boleh disunting dengan apa cara sekalipun agar tidak mencemarkan kesucian imej negara Malaysia.

Artikel berkaitan: Lagu Negaraku : Lirik, Sejarah, Pencipta & Muat Turun Audio

Lambang Rasmi Kerajaan

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Reka bentuknya telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna.

Jata ini menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.

Artikel berkaitan: Bendera Malaysia – Maksud Warna, Lambang, Muat Turun Gambar

Sejarah Jata Negara Malaysia

Bagi yang tidak tahu, Jata Negara Malaysia yang digunakan sekarang sudah melalui beberapa perubahan sejak daripada awal penggunaannya seiring dengan perubahan sejarah Malaysia (Tanah Melayu) itu sendiri.

Gambar di atas memaparkan perubahan jata negara yang digunakan di negara kita sejak tahu 1948 hingga kini.

Maksud Jata Negara

Setiap jata negara yang dipaparkan mempunyai falsafah dan membawa maksud, ciri dan nilai tersendiri bagi sesebuah negara, termasuklah Jata Negara Malaysia.

Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia.

Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu.

Dalam empat jalur yang sama besarnya di  bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri

Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.

Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia.

Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

maksud jata negara malaysia

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!