Tarikh & Jadual Waktu UPKK 2023 (Ujian Penilaian Kelas KAFA)

Tarikh / Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penialaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2023 yang diumumkan oleh JAKIM.

Apakah UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu

  1. Amali Solat
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  3. Tilawah Al-Quran
  4. Pelajaran Jawi dan Khat
  5. Sirah
  6. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  7. Adab (Akhlak Islamiah)
  8. Lughah Al-Quran

Syarat Kelayakan

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Bentuk Penilaian UPKK 2023

  • Bentuk Lisan : Al-Quran
  • Bentuk Amali : Amali Solat
  • Bentuk Lisan & Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Bentuk Penulisan :
    • Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
    • Sirah
    • Adab (Akhlak Islamiyah)
    • Jawi dan Khat
    • Asas Lughatul Quran

Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2023

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti berikut:

Takwim Pengoperasian Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Bagi Calon Tahun 2023

JAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.

tarikh upkk 2023 jadual

Berikut dikongsikan tarikh penting dan jadual UPKK 2023 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.

Peperiksaan Lisan: 3 April hingga 27 Oktober 2023

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Peperiksaan Lisan : 1 hingga 30 November 2023

  • Al-Quran

Ujian Bertulis : 15 hingga 18 Januari 2024

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab
  • Lughatul Quran

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA 2023, sila rujuk maklumat sahih melalui :

Baca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!