Portal SIMPENI JAKIM: Semakan Keputusan UPKK 2023/2024

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2023 ONLINE MELALUI PORTAL SIMPENI JAKIM

Bermula pada tahun 2006, satu sistem berkomputer telah dirancang dan diwujudkan dengan bantuan Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM melalui pembangunan aplikasi Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) bagi membolehkan pengisian data secara elektronik.

Maklumat berkaitan serta pengurusan pelaksanaan penilaian dan ujian telah dimuatnaik di Portal SIMPENI JAKIM.

Berikut dikongsikan info penting serta tatacara tersebut kepada semua pihak yang berkaitan.

Apakah Portal SIMPENI JAKIM?

SIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi membekal data-data penting berkaitan sekolah agama dan KAFA seluruh Malaysia khususnya dalam pengurusan jawapan Parlimen, Mesyuarat Utama Jabatan, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Secara Kepada Sekolah Tahfiz/Sekolah Pondok/Sekolah Agama Rakyat, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dan lain-lain.

Pelaksanaan SIMPENI ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaannya diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.

Sistem ini juga menjadi sumber kepada pelaporan statistik Perangkaan Pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan bagi penyediaan unjuran tahunan perjawatan Guru / Penyelia KAFA serta sebagai rujukan tunggal untuk Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.

Login / Daftar Portal SIMPENI

Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke portal ini.

  1. Layari laman web simpeni.islam.gov.my
  2. Pilih button “log masuk”
  3. Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
    • Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX

Baca juga:

Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2023-2024

Tarikh keputusan UPKK 2023 akan diumumkan pada 18 April 2024.

keputusan upkk semakan 2024

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ini boleh disemak melalui 2 kaedah berikut:

KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE DI PORTAL ONLINE JAKIM

Semakan keputusan UPKK boleh dibuat secara online di capaian berikut: https://semakan.islam.gov.my

keputusan upkk semakan 2024

Semakan keputusan secara online akan memaparkan keputusan seperti berikut:

Anda boleh cetak slip peperiksaan seperti di bawah:

KAEDAH 2 – SEMAKAN MELALUI SMS 15888

Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) boleh hubungi;

Seksyen Data dan Perhubungan,
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Telefon: 03-55143600 samb 2034 atau 2021.
Emel: perhubungandatabpi@admin

Laman web: https://simpeni.islam.gov.my/

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan diucapkan terima kasih.

Baca juga: Takbir Hari Raya Aidilfitri : Lafaz, Maksud & Panduan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!