Jadual STPM 2026 bagi Semester 1 telah dikeluarkan boleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Muat turun Jadual Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 STPM 2026 di www.mpm.edu.my/stpm/jadual-waktu-peperiksaan-stpm
Peperiksaan STPM 2026 (Semester 1) akan bermula pada 21 Januari (Rabu), 22 Januari (Khamis), 26 Januari (Isnin), 27 Januari (Selasa) & 28 Januari 2026 (Rabu).
Rujuk info penuh di bawah.
Mengenai STPM
STPM adalah salah satu daripada sistem pra-universiti yang utama untuk kemasukan universiti awam di Malaysia yang mula dilaksanakan pada tahun 1982.
STPM diterima oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Ireland serta lain – lain negara bukan Komanwel.
Oleh kerana itulah STPM diiktiraf setaraf dengan A-level.
Sistem pengajiannya adalah 3 semester atau setahun setengah.
Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan kepada para pelajar dengan pilihan minimum 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran.


Tarikh & Jadual STPM 2026
Berikut adalah tarikh bagi peperiksaan STPM yang akan berlangsung pada tahun 2026:
- Semester 1: 21, 22, 26, 27, 28 Januari 2026
- Semester 2: 29 & 30 Jun, 1, 2, 5 Julai 2026
- Semester 3: 17, 18, 19, 25, 25, 26 November 2026
- Ulangan 1: 30 November, 1, 2, 3, & 7 Disember 2026
- Ulangan 2: 10, 14, 15, 16, & 17 Disember 2026
Rujuk kalendar peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026 di bawah:

Jadual Peperiksaan Bertulis STPM 2026 Semester 1 (21 Jan – 28 Jan)
Berikut adalah jadual peperiksaan bertulis STPM 2026, Semester 1:




MUAT TURUN JADUAL STPM 2026 (SEMESTER 1) PDF DI BAWAH:
Cara Semak Keputusan STPM 2026
Terdapat 2 kaedah semakan keputusan peperiksaan ini iaitu:
- i) Portal MPM
- Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan menerusi portal MPM di pautan https://stpm.mpm.edu.my/.
- Pergi ke Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Semakan Keputusan STPM
- ii) SMS
- Taip STPM<jarak>RESULTS2<jarak>No. KP dan hantar kepada 15888.
- Keputusan peperiksaan kemudian akan dihantar melalui SMS.
Peringatan Kepada Calon STPM 2026
Pihak MPM menetapkan beberapa peringatan penting kepada calon STPM seperti berikut.
1. Pendaftaran calon
- Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada Semester 1.
- Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu boleh mendaftar sama ada pada Semester 1 atau Semester 2.
2. Calon STPM 2024 yang mengulang STPM 2025
- Calon STPM 2024 boleh memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2024 dengan mendaftar sebagai calon STPM 2025 (mengikut kaedah/pilihan yang ditetapkan) sama ada sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu.
- Calon akan menduduki peperiksaan bertulis STPM 2025 secara sekaligus bagi kertas Ulangan 1, Semester 3 dan Ulangan 2.
3. Pilihan Kerja Kursus (KK) / kertas alternatif
Calon yang ingin memperbaiki keputusan STPM 2024 boleh memilih sama ada hendak melaksanakan atau tidak melaksanakan Kerja Kursus (KK) / kertas alternatif bertulis tahun mengulang, mengikut pilihan berikut:
- Tidak melaksanakan KK / kertas alternatif baharu
- Markah KK / kertas alternatif bertulis yang diperoleh dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan sebagai skor KK / kertas alternatif bagi tahun memperbaiki keputusan.
- Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja bagi sesuatu mata pelajaran dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM bagi mata pelajaran yang sama untuk kali kedua atau lebih.
- Melaksanakan KK / kertas alternatif baharu
- Jika calon memilih untuk melaksanakan KK / kertas alternatif bertulis yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK / kertas alternatif bertulis yang diperoleh dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal.
- Calon tidak boleh merayu untuk menggunakan semula markah KK / kertas alternatif bertulis STPM yang telah terbatal tersebut.
- Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun sebelumnya:
- Calon dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK jika mata pelajaran tersebut menawarkan kertas alternatif.
- Sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas alternatif bertulis, calon dikehendaki melaksanakan KK tahun semasa.
4. Semak semula keputusan
Permohonan semak semula keputusan dibuka selama 5 hari (kebiasaannya 5 hari bekerja) bermula dari tarikh keputusan peperiksaan Semester 1, Semester 2 dan Semester 3 diumumkan.
Soalan Lazim Jadual STPM 2026
Untuk calon sekolah kerajaan, pendaftaran dibuat secara berkelompok pada Semester 1. Bagi calon persendirian/sekolah swasta, pendaftaran bagi Semester 1 STPM 2026 telah dibuka sejak 16 Jun 2025 dan ditutup pada 31 Julai 2025.
Peperiksaan bertulis Semester 1 STPM 2026 diadakan pada 21, 22, 23, 27, 28 Januari 2026 (merangkumi pelbagai kertas subjek).
Peperiksaan bertulis Semester 2 STPM 2026 adalah pada 29 & 30 Jun, 1, 2, 5 Julai 2026.
Kertas Mathematics (M/T), ICT, Physics, Chemistry, Biology adalah dwibahasa (Bahasa Melayu/Inggeris); calon boleh jawab dalam mana-mana bahasa.
Lawati portal MPM (mpm.edu.my) seksyen Kalendar Peperiksaan STPM 2026 atau Jadual Waktu Peperiksaan; kemas kini terakhir Disember 2025.
Ya. Calon STPM 2025 yang ingin memperbaiki keputusan boleh mendaftar sebagai calon sekolah swasta atau persendirian untuk STPM 2026. Calon akan menduduki peperiksaan Semester 3, Ulangan 1, dan Ulangan 2 secara serentak pada hujung tahun 2026.
Ya. Contohnya, Ujian Lisan Bahasa Arab (913/4) dijadualkan berlangsung pada akhir Oktober dan awal November 2026.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665 atau e-mel ke [email protected] .
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk layari laman web http://www.mpm.edu.my/.
Baca juga:




