Contoh Soalan MUET & Format Terkini 2026

contoh soalan muet
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Contoh soalan MUET 2026 merangkumi keempat-empat komponen iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing. Layari portal rasmi Majilis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mengetahui mengenai pendaftaran, jadual waktu penuh dan tarikh ujian MUET 2026 di pautan berikut: www.mpm.edu.my/

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Rujuk info lanjut mengenai contoh soalan MUET dan format terkini 2026 di bawah.

Pengenalan MUET

MUET, atau Malaysian University English Test, merupakan ujian kemahiran Bahasa Inggeris yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semua calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda di IPTA, kebanyakan kursus memerlukan calon mencapai sekurang-kurangnya Band 3.0 hingga Band 4.0.

Manakala, beberapa program kritikal seperti Perubatan, Undang-undang, atau TESL mungkin menetapkan syarat lebih tinggi, iaitu Band 4.5 atau Band 5.0.  

Tarikh Pendaftaran MUET 2026

Berikut ialah Kalendar Pendaftaran dan Ujian MUET 2026:

Komponen Ujian MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

Kod KertasNama Kertas
 800/1 Listening (50 minit)
 800/2 Speaking (30 minit)
 800/3 Reading (75 minit)
 800/4 Writing (75 minit)

Format Terkini MUET 2026

Format MUET yang terkini (diperkenalkan pada tahun 2021) direka untuk menjajarkan ujian Bahasa Inggeris di Malaysia dengan piawaian global, iaitu Common European Framework of Reference (CEFR).

Ujian MUET terbahagi kepada empat kertas dengan pemberatan markah yang sama rata (25% setiap satu):

Kod KertasKomponen UjianMarkah PenuhPemberatanTempoh Ujian
800/1Listening (Mendengar)9025%±50 minit
800/2Speaking (Bercakap)9025%±30 minit
800/3Reading (Membaca)9025%75 minit
800/4Writing (Menulis)9025%75 minit
Jumlah Agregat360100%

Kertas 800/1: Mendengar (Listening)

  • Jumlah Soalan: 30 soalan objektif.
  • Jumlah Bahagian: 5 bahagian (Pelbagai jenis teks, termasuk dialog dan monolog).
  • Cara Pelaksanaan: Audio akan dimainkan sebanyak DUA (2) kali. Calon dikehendaki memindahkan jawapan ke borang OMR.
  • Fokus Ujian: Menguji pemahaman calon terhadap maklumat spesifik, tujuan, fungsi linguistik, dan kesimpulan.

Kertas 800/2: Bercakap (Speaking)

Ini adalah satu-satunya komponen yang diuji secara bersemuka (atau dalam talian) dan biasanya diadakan pada tarikh yang berasingan daripada tiga komponen bertulis.

  • Jumlah Tugas: 2 tugasan (Tugasan Individu dan Perbincangan Kumpulan).
  • Tugasan A: Individual Presentation (2 minit persediaan + 2 minit persembahan).
    • Calon akan diberi topik dan masa untuk membuat persediaan ringkas (bercakap secara monolog).
  • Tugasan B: Group Discussion (3 minit persediaan + 8 hingga 12 minit perbincangan).
    • Empat calon (atau tiga) akan berinteraksi dan berbincang untuk mencari penyelesaian atau mencapai persetujuan mengenai topik yang diberikan.
  • Fokus Ujian: Menguji kelancaran, interaksi, sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan keupayaan menyokong hujah.

Kertas 800/3: Membaca (Reading)

  • Jumlah Soalan: 40 soalan objektif.
  • Jumlah Bahagian: 7 bahagian yang terdiri daripada 10 petikan teks pelbagai jenis (akademik, umum, dan teknikal).
  • Jenis Soalan: Pelbagai pilihan (multiple-choice questions) yang menguji kefahaman tersurat dan tersirat (inferens).
  • Fokus Ujian: Menguji pemahaman keseluruhan, maklumat terperinci, inferens, dan hubungan antara idea dalam teks.

Kertas 800/4: Menulis (Writing)

Fokus Ujian: Menulis esei penuh mengenai topik isu semasa yang diberikan, menguji keupayaan untuk membentangkan hujah, menyokong dengan bukti, dan membuat kesimpulan yang kuat.

Jumlah Tugasan: 2 tugasan.

Tugasan 1: Respons kepada stimulus (Laporan Ringkas atau E-mel).

  • Keperluan: Sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.
  • Masa Dicadangkan: ±25 minit.
  • Fokus Ujian: Menulis e-mel/surat balas berdasarkan prompt atau nota yang diberikan.

Tugasan 2: Esei Argumentatif/Pendapat.

  • Keperluan: Sekurang-kurangnya 250 patah perkataan.
  • Masa Dicadangkan: ±50 minit.

Contoh Soalan MUET

Berikut dikongsikan contoh soalan MUET yang disediakan oleh MPM:

contoh soalan muet terkini 2022
contoh soalan muet
contoh soalan muet
contoh soalan muet

Dapatkan contoh penuh set soalan MUET dengan memuat turun PDF di bawah:

Muat Turun Contoh Soalan MUET 2022

NO.DOCUMENT NAME 
1Test Specifications & Regulations for 2021 onwardLihat |  Muat Turun
2Sample QuestionsLihat |  Muat Turun

Maklumat lanjut sila rujuk Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions yang dapat diperoleh melalui Portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Achieve A MUET Trial Assessment

Selain contoh soalan MUET, anda juga boleh cuba buat soalan trial MUET yang disediakan oleh MPM di pautan berikut: https://achievea.mpm.edu.my/

Portal ini membantu calon membuat persediaan rapi, menilai tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka, dan mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan sebelum menduduki Ujian MUET yang sebenar terutamanya dalam kertas  800/3 (READING).

Terdapat beberapa pakej disediakan dengan bayaran serendah RM10 sahaja untuk 3 set soalan.

Band MUET

Sistem pemarkahan MUET menggunakan skor agregat (keseluruhan) daripada empat komponen ujian (Mendengar, Bercakap, Membaca, Menulis) untuk menentukan Band calon.

Sistem ini diselaraskan dengan piawaian antarabangsa Common European Framework of Reference (CEFR).

Skor AgregatBand MUETTahap CEFR
331 – 3605+C1+
294 – 3305.0C1
258 – 2934.5B2
211 – 2574.0B2
164 – 2103.5B1
123 – 1633.0B1
82 – 1222.5A2
36 – 812.0A2
1 – 351.0A2

​

Kadar Bayaran MUET

Bayaran untuk menduduki ujian MUET bagi tahun 2026 adalah seperti yang berikut:

Kategori CalonBayaran Yuran Ujian MUET (Tahun 2026)
Calon Warganegara MalaysiaRM150.00
Calon Bukan WarganegaraRM350.00
Pembayaran Yuran & Pendaftaran Calon Persendirian Individu

Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan berikut: https://muetj3.mpm.edu.my/

PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.

Pembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi

i. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.

ii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.

a.Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
b.Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.
Nota: Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan).
c.Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan dan tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET untuk rujukan calon.

Syarat & Tempoh Sah Laku Sijil MUET

Tiada sebarang syarat kelayakan khusus yang dikenakan untuk menduduki ujian MUET. Ia terbuka kepada semua calon tanpa had umur atau status pelajar.

Tempoh sah laku sijil MUET bergantung pada tarikh keputusan dikeluarkan.

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Sijil MUET kini dikeluarkan dalam bentuk e-Sijil melalui portal rasmi MPM (https://sijil.mpm.edu.my/) dan hanya boleh dimuat turun untuk ujian yang diduduki dalam tempoh 5 tahun ke belakang.​

Permohonan sijil untuk MUET lebih 5 tahun ke belakang perlu dibuat secara khas melalui borang MUET/S2 di portal MPM.​

Jika sijil MUET anda telah melebihi tempoh sah laku, anda perlu menduduki semula MUET untuk mendapatkan keputusan yang masih sah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

Anda juga boleh klik pautan pantas di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ujian MUET :

Sila hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

Soalan Lazim Contoh Soalan MUET & Format Terkini 2026

Siapa yang perlu mengambil MUET?

MUET perlu diambil oleh calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk program ijazah pertama, termasuk pelajar STPM, matrikulasi, diploma, dan pra-universiti.

Berapa kali MUET dijalankan setahun?

MUET dijalankan tiga kali setahun, 3 sesi.

Ada berapa kertas dalam MUET?

MUET mempunyai empat kertas:
Kertas 1: Listening (Mendengar)
Kertas 2: Speaking (Bercakap)
Kertas 3: Reading (Membaca)
Kertas 4: Writing (Menulis)

Berapa yuran MUET?

Yuran MUET adalah RM150 untuk warganegara dan RM350 untuk bukan warganegara.

Apa tempoh sah laku sijil MUET?

Keputusan MUET mulai 2009: sah selama 5 tahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

Apa yang berlaku jika saya tidak hadir untuk satu kertas?

Jika tidak hadir untuk mana-mana satu kertas, calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan ujian MUET.

Bagaimana cara mendapatkan salinan sijil MUET yang hilang?

Calon boleh memohon salinan sijil MUET yang hilang dengan bayaran RM60 melalui MPM.

Adakah MUET boleh diambil secara komputer (CBT)?

Ya, MUET on Demand (MoD) ditawarkan secara komputer berasaskan ujian, dengan yuran RM250 untuk setiap ujian.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut