MUET On Demand (MoD) 2026: Jadual & Cara Daftar

muet on demand
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

MUET On Demand (MoD) ialah ujian MUET berasaskan komputer yang dijadualkan beberapa kali dalam setahun mengikut kalendar khas MoD. ​ Rujuk kalendar MUET On Demand (MoD) 2026 di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), www.mpm.edu.my/ untuk mengetahui tarikh pendaftaran dan ujian MoD sepanjang tahun 2026.

Ia diwujudkan untuk membantu calon yang tidak sempat ambil MUET sesi biasa atau perlu segera memenuhi syarat band MUET bagi permohonan universiti atau kerjaya.

Berikut dikongsikan info lanjut mengenai penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) untuk rujukan semua.

Apakah MUET On Demand (MoD)?

MUET on Demand (MoD) ialah versi khas MUET yang dijalankan secara Computer Based Test (CBT) dan ditawarkan dengan lebih kerap sepanjang tahun berbanding MUET sesi biasa.

Ujian ini ditadbir oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan masih menilai empat komponen sama seperti MUET biasa: Listening, Speaking, Reading dan Writing.

MUET biasa diadakan 3 sesi setahun – Sesi 1,2, dan 3. Manakala MoD ditawarkan setiap bulan (rujuk kalendar MoD di portal MPM).

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.

MUET On Demand (MoD) 2026
MUET On Demand (MoD) 2026

BACA JUGA: Pendaftaran MUET 2026 (Sesi 1): Yuran, Tarikh, Jadual Ujian

Tujuan Utama MoD

MoD diperkenalkan untuk memberi kemudahan kepada calon yang memerlukan keputusan MUET pada kadar segera. Ia sesuai diambil oleh:

  • Calon yang belum pernah menduduki peperiksaan MUET dan memerlukan keputusan segera.
  • Calon yang ingin memenuhi syarat kemasukan Bahasa Inggeris ke Universiti Awam (UA).
  • Calon yang keputusan MUET mereka telah tamat tempoh sah laku (lima tahun).

Ciri Utama MUET on Demand (MoD)

CiriButiran
KekerapanDitawarkan setiap bulan.
Format UjianStandard soalan adalah sama dengan MUET sesi biasa. Ujian dijalankan dalam format Computer Based Test (CBT).
Yuran PeperiksaanYuran adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian (berbeza daripada MUET biasa).
KeputusanKeputusan biasanya diumumkan dalam tempoh kira-kira tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.
PendaftaranPendaftaran dibuat secara dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian.
Pusat UjianDiadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky, Majlis Peperiksaan Malaysia di Selayang, dan pusat-pusat lain yang ditentukan.

Kalendar Muet On Demand (MoD) 2026

Berikut dikongsikan kalendar Muet On Demand (MoD) 2026 untuk makluman calon-calon yang ingin mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan:

MUET On Demand (MoD) 2026
Kalendar MUET On Demand (MoD) 2026

Cara Daftar MUET on DEMAND (MoD) 2026

Calon yang berminat untuk menduduki ujian MUET on DEMAND (MoD) 2026 boleh memilih sesi dan membuat pendaftaran di pautan berikut: http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register

Rujuk kalendar MoD 2026 yang dikeluarkan oleh MPM yang dikongsikan di atas. Pilih sesi (bulan) yang anda ingin duduki.

    Isi borang pendaftaran dan teruskan pembayaran. Jangan lupa cetak Slip Pendaftaran sebagai bukti pendaftaran anda.

    Semak butiran ujian anda (tarikh, masa, dan pusat) pada slip tersebut. Pada hari ujian, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan (Kad Pengenalan dan Slip Ujian).

      [TERKINI] Pendaftaran untuk MoD Sesi Februari 2026 dibuka:

      • 15 Disember 2025 – 26 Disember 2025
      • 29 Disember 2025 – 9 Januari 2026.

      Jika anda memerlukan keputusan MUET secepat mungkin, anda dinasihatkan untuk mendaftar segera untuk sesi Februari.

      Yuran MUET On Demand

      • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian untuk warganegara dan RM550 untuk bukan warganegara.
      • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
      • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
      • Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.

      Format MUET on Demand 2026

      Format soalan ujian MoD adalah sama dengan MUET sesi biasa, iaitu Listening, Speaking, Reading dan Writing.

      Ujian dijalankan menggunakan format Computer Based Test (CBT). Ini bermakna anda akan menjawab soalan menggunakan komputer.

      Pilihan Ujian Bertutur (Speaking Test Option) MoD

      Calon MUET on Demand kini mempunyai pilihan untuk menduduki Ujian Bertutur (Speaking Test) melalui dua kaedah:

      1. Face-to-Face (Bersemuka)
      2. Online (Dalam Talian)

      NOTA:

      Calon dinasihatkan untuk merujuk Slip Daftar MoD mereka (MoD/D) untuk mendapatkan butiran yang tepat mengenai tarikh dan kaedah ujian yang dipilih.

      • Tarikh Ujian: Ujian Bertutur Secara Dalam Talian (Speaking Test Online) akan diadakan pada hari Sabtu.
      • Masa: Tarikh ini adalah satu minggu sebelum Ujian Bertulis (Written Test) diadakan.

      Anda boleh rujuk spesifikasi dan video ilustrasi yang disediakan di pautan yang berikut: https://www.mpm.edu.my/mod/guide-for-muet-speaking-online-test

      Semakan Keputusan

      Semakan keputusan MUET on Demand (MoD) boleh dibuat secara dalam talian (online) dalam masa kira-kira tiga minggu selepas anda menduduki ujian.

      Rujuk cara-caranya di bawah:

      1. Layari laman semakan keputusan MUET on Demand di portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM): https://mecea.mpm.edu.my/MODR/
      2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (atau nombor pengenalan lain yang digunakan semasa pendaftaran) ke dalam ruangan yang disediakan.
      3. Klik butang ‘Submit’ atau ‘Hantar’ untuk melihat keputusan anda yang akan dipaparkan di skrin.

      Semakan Keputusan Melalui SMS

      Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS yang disediakan oleh MPM untuk menyemak keputusan MUET anda. Caranya ialah:

      • Taip teks mesej dalam format berikut:MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP
      • Hantar Ke: Hantar SMS tersebut ke nombor 15888.
        • Contoh: MUET RESULT 990527035321 (SMS ke 15888)

      Muat Turun e-Sijil MoD

      Setelah keputusan rasmi diumumkan, anda boleh mendapatkan salinan e-sijil anda secara dalam talian.

      • Layari portal rasmi e-sijil MPM di pautan: https://sijil.mpm.edu.my
      • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan ikuti arahan. Anda boleh memilih untuk memuat turun sendiri (PDF Self Print).

      MUET vs MUET on Demand (MoD)

      CiriMUET (Sesi Biasa)MUET on Demand (MoD)
      Kekerapan UjianTiga (3) kali setahun (Sesi 1, Sesi 2, Sesi 3).Setiap bulan (kecuali bulan MUET sesi biasa).
      Tujuan UtamaSyarat kemasukan utama ke Universiti Awam (UA).Syarat kemasukan segera ke UA atau apabila keputusan MUET telah tamat tempoh sah laku.
      Format UjianGabungan Kertas (Tulis, Baca) dan Lisan.Computer Based Test (CBT). Standard soalan adalah sama dengan MUET sesi biasa.
      Yuran PeperiksaanRM150 untuk warganegara.RM250 untuk setiap ujian.
      Tempoh KeputusanLebih lama (Beberapa bulan).Kira-kira tiga minggu selepas tarikh ujian.
      Contoh Tarikh (2026)Pendaftaran Sesi 1: 15 Disember 2025 – 25 Januari 2026.Pendaftaran Feb (1): 15 Disember 2025 – 26 Disember 2025.

      Maklumat Lanjut

      Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

      Sila hubungi talian 03-6126 1634 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

      Soalan Lazim MUET on Demand 2026

      Apa itu MUET on Demand (MoD)?

      MoD ialah versi Ujian MUET yang ditawarkan secara berjadual bulanan dan dijalankan dalam format Computer Based Test (CBT).

      Berapa kerap MoD diadakan dan berapakah yurannya?

      MoD diadakan setiap bulan sepanjang tahun (kecuali pada bulan peperiksaan MUET sesi biasa yang utama). Yuran peperiksaan MoD adalah RM250 untuk setiap ujian.

      Bagaimana Cara Mendaftar MoD?

      Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MPM, calon memilih tarikh dan pusat MoD yang masih ada kekosongan, dan tempat akan tutup apabila kuota penuh.

      Siapa boleh ambil MoD? 

      Tiada syarat kelayakan khusus; mana-mana calon yang berdaftar secara sah boleh menduduki MoD, termasuk pelajar STPM, matrikulasi, diploma, prauniversiti dan calon persendirian.

      Di mana pusat MoD diadakan?

      Pusat ujian komputer terpilih seperti pusat MPM di Selangor/KL dan beberapa pusat lain yang ditetapkan; senarai tepat pusat diumumkan dalam maklumat rasmi setiap tahun.​

      Adakah semua kertas pada hari sama?

      Untuk MoD, lazimnya semua komponen diusahakan supaya selesai dalam tempoh yang padat; dalam banyak kes keempat-empat kertas dijalankan dalam hari yang sama, tetapi ada sesi yang memisahkan Speaking bergantung jumlah calon dan bilik.​

      Berapa lama untuk dapat keputusan MoD?

      Keputusan MoD biasanya dikeluarkan lebih cepat, sekitar tiga minggu selepas peperiksaan, berbanding MUET sesi biasa.

      Apa jadi jika slip daftar MoD/D hilang?

      Calon boleh log masuk semula ke sistem pendaftaran untuk memuat turun dan mencetak semula slip; tanpa slip dan dokumen pengenalan diri yang sah, calon boleh dihalang memasuki dewan ujian.

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut