Advertisements

Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak (Dalam dan Luar Negara)

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak membuka permohonan bagi Bantuan Insentif Siswa (INSIS YP) bagi pelajar negeri Perak yang berkelayakan.

Ikuti perkongsian berikut untuk mengetahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.

Apakah Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak?

Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak bertujuan bagi membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian sepenuh masa Semester Pertama di Tahun Pertama ke IPTA,IPTS, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak

Tahap Pengajian

Peringkat pengajian yang layak memohon bantuan ini adalah :

Dalam Negara

  • Sijil
  • Sijil & Diploma Vokasional
  • Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Luar Negara

  • Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
Insentif Siswa Yayasan Perak

Bagi pengajian LUAR NEGARA, pusat pengajian mestilah yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sahaja.

Pemohon yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar/ Mobiliti Pelajar/ Program Berkembar/ Latihan Industri di IPT Luar Negara tidak termaktub dalam bantuan ini.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bagi Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara dibuka sepanjang tahun. Namun, permohonan ditutup 3 BULAN daripada tarikh pendaftaran masuk IPT.

Syarat Kelayakan

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti yang termaktub di dalam Enakmen Negeri Perak No.1 Tahun 1952 para 4 (f)(i) iaitu :-

  • Pemohon dan ibu dan bapa lahir di Negeri Perak, atau :
  • Pemohon dan ibu dan bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
  • Pemohon dan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

2. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak (bagi INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK LUAR NEGARA).

3. Isi rumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM5,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

4. Kemasukan pengajian SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA  sahaja ke IPT yang tersenarai dalam negara.

5. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA ke IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA.

6. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (one-off)

Cara Memohon Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga diminta untuk menghantar senarai dokumen ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online.

  • Maklumat Permohonan yang DICETAK selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan PENGHULU/ KETUA KAMPUNG DAN perakuan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)
  • Salinan SURAT TAWARAN TERKINI yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  • Salinan Pengesahan SETUJU TERIMA atau TOLAK Tawaran yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  • Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  • Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  • Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).
  • PENYATA PENDAPATAN (Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).Sekiranya BEKERJA SENDIRI atau PESARA sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu/ Ketua Kampung.
  • Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER/PUSAT KHIDMAT DUN selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh permohonan.

Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

Semakan Permohonan

Pemohon boleh membuat semakan secara talian/ online dalam tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran dokumen dibuat.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Insentif Siswa Yayasan Perak, sila hubungi 05-255 2929.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment