Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Timur Tengah 2026

insentif khas pelajari cemerlang
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Mesir dan Jordan untuk sesi tahun 2026.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang bagi Timur Tengah oleh MAIWP ini merupakan penajaan bagi pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan.

Tawaran biasiswa ini dibuka kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat yang berkelayakan.

Penempatan pusat pengajian hanya melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) bagi permohonan ke Mesir manakala permohonan ke Jordan melalui Unified Admission System for Foreign Students (UASFS), Kementerian Pendidikan Tinggi Jordan sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon biasiswa ini.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 20 Mei 2026 sehingga 19 Jun 2026.

Bidang Ditaja

Bidang yang ditaja menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Mesir: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan / Pengajian Pergigian / Pengajian Bahasa Arab / Dakwah / Dirasat Islamiah / Syariah dan Undang-undang / Syariah Islamiah / Usuluddin / Pengajian Ulum Islamiah / Pengajian Qiraat
  • Jordan: Ijazah Sarjana Muda Bidang Ekonomi / Perbankan / Pengajian Islam / Bahasa Arab / Kejuruteraan / Pergigian / Perubatan

Syarat Umum

Pemohon mestilah memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  4. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  5. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga mestilah memenuhi syarat khusus iaitu:

i- Pengajian Mesir

  • Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah:
    – Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi keputusan keseluruhan Mumtaz; dan
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) Bahasa Melayu; dan
    – LULUS Imtihan Tahdid Mustawa (Ujian Penentuan Tahap Penguasaan Bahasa Arab) dan TAMAT Tahap Mutamayiz (Tahap 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed atau Tahap Mutaqaddim Thani (Tahap 6) di Institut Pengajian Bahasa USIM.
  • Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah:
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Gred (A-) dalam 6 mata pelajaran iaitu Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah serta mana-mana 3 mata pelajaran yang lain.
  • Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat, Maahad Al-Qiraat Al-Azhar Mesir mestilah:
    – Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurangkurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej / Universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Pengajian Pergigian dan Pengajian Farmasi mestilah:
    – Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Sejarah).
    – Mempunyai Sijil Matrikulasi / Asasi / Pra-Universiti / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / A-level / Asasi yang diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) (bagi pengajian perubatan).

ii- Pengajian Jordan

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Gred (A-) dalam 6 mata pelajaran iaitu Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah serta mana-mana 3 mata pelajaran yang lain.

Calon Tidak Layak Memohon

Calon-calon yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  • Pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa
  • Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  • Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat mulai 20 Mei 2026 (Rabu) dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web https://www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat yang beralamat seperti berikut:

  • Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan WP Putrajaya
  • MAIWP Cawangan WP Labuan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Soalan Lazim

Apakah yanng dimaksudkan dengan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang bagi Timur Tengah?

Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang bagi Timur Tengah ialah penajaan bagi pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan khusus untuk anak Wilayah Persekutuan yang bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.

Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini dibuka?

Permohonan biasiswa ini dibuka 20 Mei 2026 sehingga 19 Jun 2026.

Apakah bidang yang ditaja untuk biasiswa ini?

– Mesir: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan / Pengajian Pergigian / Pengajian Bahasa Arab / Dakwah / Dirasat Islamiah / Syariah dan Undang-undang / Syariah Islamiah / Usuluddin / Pengajian Ulum Islamiah / Pengajian Qiraat
– Jordan: Ijazah Sarjana Muda Bidang Ekonomi / Perbankan / Pengajian Islam / Bahasa Arab / Kejuruteraan / Pergigian / Perubatan

Apakah syarat umum untuk memohon biasiswa ini?

– Islam.
– Warganegara Malaysia.
– Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
– Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
– Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Apakah kriteria calon-calon yang tidak layak memohon?

– Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
– Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.
– Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
– Pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa
– Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
– Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Di manakah saya boleh menghantar borang permohonan yang lengkap?

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut bagi Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang, sila hubungi:

  • Kuala Lumpur (Unit Pendidikan, BAZ) 03-2639 9000 / 019-663 2702 (WhatsApp)
  • Putrajaya (Unit Agihan Zakat, MCP) 03-8871 5000 / 011-6303 8443 (WhatsApp)
  • Labuan (Unit Agihan Zakat, MCL) 08-7418 515 / 019-385 2878 (WhatsApp)

Baca juga: Permohonan Bantuan Persediaan IPT MAIWP 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut