Ihsan-i : Semakan FSA2 KWSP MBSB & Jadual Bayaran Bulanan

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) @ Pinjaman Bercagar KWSP patuh Syariah Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang ditawarkan oleh MBSB Bank ini.

27,202 Permohonan Pinjaman KWSP FSA2 MBSB Bank (Ihsan-i) Telah Diluluskan

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) mengesahkan menerima 108,284 permohonan bagi pembiayaan peribadi patuh syariah Ihsan-i melalui program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 8 Mei.

MBSB Bank dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, permohonan yang layak adalah sebanyak 49,130 dengan 27,202 permohonan telah diluluskan melibatkan nilai keseluruhan pembiayaan berjumlah RM561 juta.

“Keseluruhan proses Ihsan-i daripada peringkat permohonan ke peringkat pengeluaran pembiayaan telah dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa perlunya pemohon hadir ke cawangan MBSB Bank.

“Pemprosesan permohonan ini masih giat dijalankan oleh MBSB Bank dalam usaha untuk memastikan pemohon dapat menerima maklum balas daripada pihak bank dengan kadar segera,” kata kenyataan itu.

Menurut MBSB Bank, bagi permohonan Ihsan-i tidak berjaya, ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemohon berstatus muflis dan dan nisbah khidmat hutang pemohon yang tinggi.

Bagaimanapun MBSB Bank mengambil maklum bahawa terdapat pemohon berstatus muflis telah menerima kelulusan dan ini disebabkan oleh jumlah permohonan diterima adalah sangat tinggi dalam tempoh masa singkat dengan membawa kepada berlakunya keralatan sistem.

“Pemohon-pemohon tersebut pula telah membuat pengisytiharan yang mereka bukan muflis ketika membuat permohonan,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, MBSB Bank berkata, demi kepentingan para pemohon yang terbabit ini, pihaknya tidak akan mengenakan sebarang caj terhadap jumlah pembiayaan Ihsan-i yang telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan mereka.

Apakah Ihsan-i MBSB?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Kemudahan Ihsan-i yang disediakan oleh MBSB Bank ini bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.

Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan saja.

KONSEP

Ahli KWSP yang layak mendapatkan pembiayaan ini masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh yang dipilih.

Apabila tiba usia mereka antara 50 hingga 55 tahun yang melayakkan mereka mengeluarkan caruman dari Akaun 2 KWSP, ahli boleh membuat permohonan pengeluaran dan menyelesaikan baki pembiayaan mereka kepada bank.

KELEBIHAN

  • Ihsan-i oleh MBSB Bank adalah berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq.
  • Kadar keuntungan pinjaman KWSP oleh MBSB Bank yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
  • Pemberian rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

SYARAT-SYARAT LAIN PEMBIAYAAN

  • Pembayaran keuntungan untuk 12 bulan pertama. Kemudian Prinsipal + Pembayaran Keuntungan (Ansuran Penuh)
  • Tiada tempoh berkuinci. Tiada penjamin dan cagaran diperlukan.
  • Cara bayaran : Di kaunter dan Arahan tetap

RINGKASAN

Konsep Shariah : Tawarruq

Kelayakan

  • Semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.
  • Mesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
  • Pemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP.

Jumlah Pembiayaan

  • Minima: RM3,000
  • Maksima: RM50,000

Tenure / Tempoh

  • Minima: 2 tahun
  • Maksima: 10 tahun

Kadar Keuntungan

Kadar pembiayaan yang kompetitif pada SBR + 1.75% setahun dengan kadar siling 15% setahun.

Ciri-ciri / Faedah

  • Kelulusan pantas melalui permohonan dalam talian
  • Tiada caj penyelesaian awal

Kaedah Pembayaran

Pembayaran pembiayaan boleh dibuat di mana-mana cawangan MBSB Bank di seluruh negara atau sebagai alternatif melalui pembayaran elektronik melalui Giro Interbank / Pemindahan Segera atau Arahan Tetap / Debit Auto.

Tarikh Permohonan

Permohonan Ihsan-i FSA2 KWSP oleh MBSB Bank akan dibuka secara online mulai 7 April 2023 menerusi laman web rasmi MBSB Bank.

Cara Permohonan Ihsan-i MBSB

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN

  1. Sila layari pautan https://www.fsa2mbsbbank.com untuk membuat permohonan.
  2. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon:
    • Mempunyai KWSP i-Akaun (jika tidak, sila rujuk cara mendaftar di SINI)
    • Baki minima Akaun 2 sebanyak RM3,000
    • Berumut 40 hingga 54 tahun.
    • Permohonan pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000
  3. Teliti Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan di Borang Kelayakan Pembiayaan.
  5. Klik TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui Nombor TAC.
  6. Isikan jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain pada Borang Permohonan.
  7. Permohonan akan diproses berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap anda.
  8. Sekiranya permohonan anda dilulukskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR dalam poster di atas.

pinjaman kwsp mbsb bank
Layari https://www.fsa2mbsbbank.com/ untuk membuat permohonan bermula 7 April 2023.

Semakan Status

Anda akan menerima pengesahan melalui SMS sebaik sahaja permohonan anda diterima.

Sila layari https://www.fsa2mbsbbank.com mulai 15 April 2023 untuk menyemak status permohonan anda.

Sila ikuti panduan berikut selepas menerima SMS berkaitan kelulusan permohonan anda.

pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2
pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2
pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2
pinjaman kwsp mbsb ihsan-i fsa2

Jadual & Kadar Bayaran Bulanan

Untuk makluman, pelanggan perlu membuat bayaran bulanan untuk Ihsan-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang telah ditetapkan oleh MBSB Bank.

Bayaran boleh dibuat melalui:

  1. Kaunter cawangan MBSB Bank
  2. Arahan tetap ‘Standing Instruction’ atau
  3. Pemindahan melalui perbankan dalam talian

Jadual bayaran bagi Ihsan-i FSA2 ini boleh dirujuk pada pautan berikut:

Sumber: https://www.mbsbbank.com/sites/default/files/2023-04/FA%20-%20FSA2%20%28BM%29_0.pdf

https://www.mbsbbank.com/consumer-banking/financing/fsa

Maklumat Lanjut Ihsan-i MBSB

Untuk info sepenuhnya, sila rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah:

Maklumat berkaitan jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan akan dipaparkan dalam laman web MBSB.

Untuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini: https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch

Sila rujuk sidang media rasmi MBSB Bank yang dilampirkan di bawah ini:

pinjaman kwsp mbsb

pinjaman kwsp mbsb

Anda juga boleh menghubungi MBSB Bank melalui saluran berikut:

  • Laman web : https://www.mbsbbank.com/ atau https://www.fsa2mbsbbank.com/
  • Facebook : MBSB Bank
  • Tel: 03-2096 3000
  • Faks: 03-2096 3292
  • Emel Pertanyaan : [email protected]
  • Emel Aduan : [email protected]
  • Waktu Operasi :
    • Pertanyaan Umum: 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
    • Pertanyaan M Journey Online Banking: 7.00 pagi – 12.00 tengah malam (Setiap Hari termasuk Cuti Umum)
    • Pertanyaan Cash Recycling Machine (CRM): 7.00 pagi – 12.00 tengah malam (Setiap Hari termasuk Cuti Umum)
    • Laporkan Kad Debit Hilang atau Dicuri – 24jam (termasuk Cuti Umum)

Baca juga: STR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!