Advertisements

i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Advertisements

Panduan Pendaftaran Ahli KWSP, Pengaktifan i-Akaun & Semakan Penyata KWSP Online

Sebagai pekerja, perasan tak setiap bulan ada sebahagian gaji kita akan dipotong sedikit untuk dicarum ke KWSP?

Selain bahagian gaji kita, terdapat juga bahagian yang dicarum oleh majikan untuk kita.

Bagi yang bekerja sendiri, kita juga digalakkan untuk mencarum dalam KWSP.

Sebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli KWSP.

Tahukah anda apakah KWSP dan bagaimana mendaftar dan membuat semakan penyata KWSP online ini?

Jom baca selanjutnya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Apakah KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu menyimpan wang bagi kegunaan pada hari tua.

Ini kerana simpanan KWSP memastikan kita mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.

Oleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.

Bukan sekadar menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai dalam kes-kes tertentu seperti:

  • membeli rumah / hartanah
  • mengurangkan pinjaman perumahan
  • menyelesaikan pinjaman pendidikan
  • menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara

Jika anda telah memohon pengeluaran i-Citra, anda boleh gunakan panduan ini untuk menyemak baki akaun 1 & 2 setelah membuat pengeluaran setiap bulan.

5 Kelebihan Menjadi Ahli KWSP

Selain dapat membantu kita lebih berdisiplin untuk membuat simpanan persaraan, antara kelebihan menjadi ahli KWSP adalah seperti berikut:

  • Pelaburan Terjamin : Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
  • Bantuan Hilang Upaya : Bantuan sebanyak RM5,000 dibayar kepada ahli yang layak dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya.
  • Pendaftaran Haji : Ahli KWSP layak untuk membuat pendaftaran Haji KWSP dengan mengemukakan Penyata Ahli KWSP. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Lembaga Tabung Haji (LTH) sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi.
  • Bantuan Kematian Kepada Waris : Bantuan sebanyak RM2,500 dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli (mengikut budi bicara KWSP), apabila Pengeluaran Kematian dibuat.
  • Pelepasan Cukai : Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM4,000 tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa).

NOTA: KWSP bukan hanya untuk majikan dan pekerja tetap, pekerja freelance seperti rider FoodPanda atau yang berniaga sendiri juga boleh mendaftar secara sukarela di bawah skim i-Saraan KWSP.

Baca juga : i-Lestari KWSP : Cara Pendaftaran & Permohonan Secara Online

Cara Pendaftaran Ahli KWSP

Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP :

1. PENDAFTARAN AUTOMATIK OLEH MAJIKAN

Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.

Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

2. PENDAFTARAN DI KAUNTER

Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.

Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.

3. I-AKAUN MAJIKAN

Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.

Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.

4. KIOSK

Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.

Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

5. PENDAFTARAN SENDIRI

Jika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.

Sila rujuk : i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan

Pendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)

Sekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun.

i-Akaun ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online, seperti

  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Semak baki simpanan
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
i-akaun kwsp

Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
  2. Layari laman web www.kwsp.gov.my
    • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
    • Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  3. Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  4. Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  5. Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
i akaun

Semakan Penyata KWSP Online

KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Jadi, macam mana nak buat semakan penyata KWSP online?

Berikut dikongsikan langkah demi langkah:

  1. Log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
  2. Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
  3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
  4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.

Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.

penyata kwsp i-akaun

Ia juga boleh dicetak untuk kegunaan dokumen sokongan dalam membuat pinjaman perumahan dan sebagainya.

Jika anda bekerja sebagai penjawat awam dan ingin membuat pinjaman perumahan LPPSA, baca selanjutnya di SINI.

Muat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

Leave a Comment