Honda N-Box : Harga, Model & Spesifikasi Di Malaysia

Bagi peminat kereta di Malaysia, baru-baru ini telar tular mengenai kereta Honda N-Box yang cukup popular di Jepun.

Malah, kereta Honda N-Box ini juga menduduki kedudukan pertama kereta paling banyak terjual di Jepun pada tahun 2022 dengan jumlah jualan sebanyak 202,197 unit.

Jumlah ini adalah peningkatan 7% daripada tahun sebelumnya di mana kereta ini berada di kedudukan kedua di bawah Toyota Yaris.

Persoalannya, mengapakah model kereta ini cukup popular di Jepun?

honda n-box

Kenali Honda N-Box

Huruf “N” daripada nama N-BOX ialah motif “N” kereta pertama Honda “N360” yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Nama ini datang dengan hasrat “kembali ke titik permulaan sekali lagi dan buat kereta era baharu.”

Huruf ”N” juga boleh membawa maksud ”New”, ”Next”, “Nippon” dan “Norimono (kenderaan),” dan mempunyai maksud “membuat kenderaan Jepun baharu pada masa hadapan.”

Sementara itu, perkataan “BOX” dinamakan sempena bentuk kereta ini seakan-akan sebuh kotak.

Model ini dihasilkan oleh Honda secara eksklusif untuk pasaran Jepun sejak 2011, hatchback 5 pintu yang kini dalam generasi kedua.

Baca juga: Proton X90: Spesifikasi, Varian, Pilihan Warna & Harga Rasmi

Mengapakah N-Box Begitu Popular?

Honda N-Box begitu popular keranya saiznya begitu kompak, sesuai untuk perjalan dalam bandar di Jepun yang begitu sesak.

Walaupun kompak, saiz dalamannya cukup selesa (tidak menghairankan kereta rekabentuknya seakan-akan kotak untuk memastikan ruang dalaman dapat dimaksimakan.

Dikuasakan oleh enjin petrol 3 silinder 660 cc pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi CVT, N-Box menghasilkan tidak lebih daripada 64 PS, dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 110 km/j.

Berukuran 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar dan 1,770 mm tinggi, N-Box ialah kenderaan yang sangat kecil, yang kelihatan seperti pembakar roti di atas roda.

Selain keluasan, Honda N-Box juga mempunyai ciri-ciri menarik yang begitu banyak.

Kereta dilengkapi dengan sistem infotainment skrin sentuh yang besar, penyaman udara automatik, dua soket kuasa dan port USB di hadapan, ruang storan yang luas serta hiasan dalaman yang sangat baik.

Tambahan lagi pada keseluruhan pakej ialah tempat duduk jenis bangku di hadapan dan di belakang, jumlah ruang kepala yang luas serta pintu gelangsar berkuasa.

Tempat duduk juga boleh meluncur dari hadapan ke belakang, bersandar, dan menaik dan turun secara berasingan atau kedua-duanya untuk memuatkan penumpang, serta kargo yang panjang dan tinggi.

Cara Tempahan Di Malaysia

Seperti yang dinyatakan di atas, Honda N-Box adalah model kereta yang dibuat khusus untuk pasaran di Jepun.

Walau bagaimanapun, anda boleh membelinya daripada penjual yang mengimport kereta ini masuk ke Malaysia.

Maklumat lanjut, sila rujuk : https://www.honda.com.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!