Proton X90: Spesifikasi, Varian, Pilihan Warna & Harga Rasmi
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini, Proton X90 yang ditawarkan pada harga bermula RM123,800.
Pelancaran model SUV X90 ini juga adalah sempena dengan sambutan ulang tahun Proton yang ke 40 tahun ini.
Pelancaran Proton X90 bukan sahaja menambah model ketiga kepada rangkaian SUV jenama terkemuka di pasaran, tetapi ia juga merupakan tawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) syarikat.
Model baharu itu dijana oleh enjin TGDi 1.5 liter yang juga menjadi pemenang anugerah, yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V, sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.
Ini juga menjadikan X90 model termurah dalam kalangan pesaingnya seperti Kia Sorento (RM211,498-RM255,228 ); Mazda CX-8 (bermula daripada RM177,674) dan Hyundai Santa FE.
Artikel berkaitan: Proton X70 2022 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi
Latarbelakang Proton X90
PROTON X90 adalah model ketiga dalam siri X PROTON, pemimpin pasaran SUV dari segi jualan di Malaysia. Dipasang di PROTON Tanjung Malim bersama PROTON X50 dan PROTON X70, PROTON X90 juga merupakan bukti komitmen syarikat untuk menyokong industri automotif tempatan dengan memperkenalkan teknologi baru kepada ekosistem.
Tersedia dalam empat varian, Standard hingga Flagship, SUV terbesar PROTON menawarkan ruang dan kebolehgunaan bukan sahaja dengan konfigurasi 7 tempat duduk tetapi juga tersedia sebagai 6 tempat duduk dengan kerusi individu untuk baris kedua. Siluet berotot model baharu ini menonjolkan evolusi terbaru ke arah identiti reka bentuk premium.
Busur Ethereal yang direka semula mengalir di antara lampu hadapan menyerlahkan aura premium yang baru, mencipta penampilan yang kuat dan harmoni yang pasti akan memberi kesan yang hebat.
Kisi-kisi juga menakjubkan, dengan bentuk berlian yang terinspirasi dari corak songket, menunjukkan gerakan tidak terhingga, dan dengan pengamatan yang lebih dekat memperlihatkan corak berulang yang unik dalam “Weave” tanpa batas.
DNA reka bentuk evolusi ini terinspirasi oleh kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.
Rekabentuk
Model baharu itu dijana oleh enjin TGDi 1.5 liter yang juga menjadi pemenang anugerah, yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V, sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.
Daripada aspek rekaan luaran, Proton X90 tidak lagi menggunakan rekaan gril Infinite Weave seperti model terkini Proton yang lain, tetapi digantikan dengan rekaan seakan batu permata atau pin krom.
Gril berkenaan diapit oleh sepasang lampu hadapan LED yang juga menerima rekaan berbeza dari kembarnya di China dan Filipina iaitu Geely Haoyue/Okavango.
Ia membolehkan kluster lampu berkenaan menerima empat unit LED yang disusun, selain model berkenaan menerima lampu isyarat membelok LED dengan corak pencahayaan jenis ‘sequential’.
Menurut PROTON, X90 dihasilkan dari platform Advanced Versatile, dan ia mengambil masa bekerja selama 96,000 jam untuk disiapkan.
Spesifikasi Proton X90
Proton X90 menampilkan 45 peratus kandungan tempatan, dengan 500 komponen dibekalkan oleh vendor tempatan.
Proton X90 dijana oleh unit rangkaian kuasa hibrid ringkas 48-volt (MHEV), menjadikan ia bukan sahaja model hibrid pertama PROTON, malah kenderaan tenaga baharu pertama bagi jenama automotif berkenaan.
Unit MHEV berkenaan menampilkan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan suntikan bahan api terus (T-GDI) dan dibantu oleh unit stater generator pacuan tali sawat (Belt-Driven Starter Generator atau BSG) bagi menghasilkan kuasa maksima 190 PS bersama tork maksima 300 Nm.
Antara tumpuan rekaan pada bahagian dalaman X90 ini adalah penggunaan fungsi keterhubungan menerusi skrin infotaimen berdiri sendiri yang bersaiz 12.3-inci pada bahagian tengah, manakala pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.
Bagi skrin sistem infotainmen, ia menampilkan pemproses EO2, ram 6 GB dengan memori dalaman 64 GB serta resolusi paparan 1920 x720 piksel.
Ia hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Comfort dan Sport, selain beberapa aspek keselamatan termasuk brek parkir elektronik bersama fungsi ‘auto hold’, Amaran Pelanggaran Belakang dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.
Perincian keselamatan lain yang turut dibekalkan termasuk dua cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix di belakang, bantuan Auto Park, kamera 360 darjah dengan imej 3D serta sistem pemantau tekanan angin tayar (TPMS).
Harga Rasmi Proton X90
Ditawarkan dengan empat varian iaitu Proton X90 1.5 TGDI BSG Standard yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM123,800; Proton X90 1.5 TGDI BSG Executive (bermula RM130,800); Proton X90 1.5 TGDI BSG Premium (bermula RM144,800); dan Proton X90 1.5 TGDI BSG Flagship (bermula RM152,800).
Harga rasmi Proton X90:
- 1.5 TGDi Standard : RM 123,800
- 1.5 TGDi Executive : RM 130,800
- 1.5 TGDi Premium : RM 144,800
- 1.5 TGDi Flagship : RM 152,800
Spesifikasi enjin :
- Enjin : 1.5L TGDi 48V Mild-Hybrid
- 190ps dan 300Nm tork
- Transmisi : 7-speed Dual Clutch Transmission (DCT)
Pilihan Warna
Terdapat 4 pilihan varian dan 6 pilihan warna bagi model yang ditawarkan iaitu:
- Snow White
- Armour Silver
- Jet Grey
- Cinnamon Brown
- Ruby Red
- Marine Blue
Tempahan & Maklumat Lanjut
Baca selanjutnya pada pautan di laman web rasmi PROTON.
BM: https://www.proton.com/…/proton-unveils-new-suv-to…/
ENG: https://www.proton.com/…/proton-unveils-new-suv-to…
Laman web rasmi : http://www.proton.com/