Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 akan berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 (Sabtu & Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Kompleks Parlimen Malaysia.

Program yang bertemakan “Merakyatkan Parlimen: Reformasi Institusi Perundangan Malaysia” ini diadakan secara percuma sempena sambutan Ulang Tahun Parlimen ke-67 dan Bulan Kebangsaan.

Apa Itu Hari Terbuka Parlimen?

Hari Terbuka Parlimen adalah sebuah program khas di mana bangunan Parlimen Malaysia dibuka secara percuma kepada orang awam untuk masuk dan melawat tanpa perlu membuat sebarang janji temu atau surat rasmi.

Biasanya, Kompleks Parlimen mempunyai kawalan keselamatan yang sangat ketat. Hari Terbuka ini memberi peluang keemasan kepada rakyat biasa untuk melihat sendiri pusat pentadbiran perundangan negara dari dekat.

  • Nama Program: Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 (Sempena Sambutan 67 Tahun Parlimen)
  • Tema: “Merakyatkan Parlimen: Reformasi Institusi Perundangan Malaysia”
  • Tarikh: 12 – 13 September 2026 (Sabtu & Ahad)
  • Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
  • Tempat: Kompleks Parlimen Malaysia
  • Masuk: Percuma

Bila Tarikh Hari Terbuka Parlimen?

Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 (Sabtu & Ahad).

Program ini akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Anda boleh hadir bersama keluarga pada hujung minggu tersebut dengan menggunakan pengangkutan sendiri ataupun shuttle bas yang disediakan.

Hari Terbuka Parlimen
Sumber: Parlimen Malaysia

Tema

Tema bagi Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 ialah “Merakyatkan Parlimen: Reformasi Institusi Perundangan Malaysia”.

Tema ini dipilih khusus untuk mendekatkan institusi Parlimen dengan masyarakat serta menunjukkan usaha berterusan dalam memperkasakan sistem perundangan negara.

Hari Terbuka Parlimen
Sumber: Parlimen Malaysia

Aktiviti & Tarikan Menarik

Inilah antara pengisian menarik yang menanti anda di Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026:

  • Lawatan ke Dewan Negara, Dewan Rakyat & Galeri Parlimen
  • Pameran interaktif daripada agensi kerajaan, GLC, swasta & NGO
  • Pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen derma darah
  • Pocket Talk, e-Sport, x-Game, futsal & Virtual Reality (VR)
  • Tayangan filem, persembahan nyanyian dan aktiviti rakyat
  • Jualan Agro MADANI, cenderamata serta pelbagai pilihan food truck
Hari Terbuka Parlimen
Sumber: Parlimen Malaysia

SEGMEN PARLIMEN KITA

  • Majlis Perasmian Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026
  • Lawatan ke Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Galeri Parlimen Malaysia
  • Pameran Bergambar dan Digital
  • Pameran dan Aktiviti Parlimen Belia Malaysia (PBMy)
  • Lawatan ke Perpustakaan Parlimen Malaysia
  • Jualan Cenderamata Parlimen

SEGMEN KHIDMAT KEPADA RAKYAT

  • Pameran Agensi Kerajaan / GLC / Swasta / NGO
  • Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ / Jabatan Pendaftaran Negara / AADK / ECRL
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Kempen Derma Darah
  • Pocket Talk dan Sesi Perkongsian Maklumat
  • Aktiviti Sukan e-Sport, x-Game dan Futsal
  • Persembahan Nyanyian
  • Tayangan Filem Percuma
  • Pameran Robotik dan Virtual Reality (VR)
  • Interaktif Permainan Rakyat

SEGMEN MEMBANGUN MALAYSIA

  • Pameran dan Jualan Produk Agensi Swasta / GLC / NGO dan lain-lain
  • Jualan Agro MADANI
  • Food Truck Makanan dan Minuman

Nak Parking Mana?

Anda boleh meletakkan kenderaan di Parkir Bertingkat Parlimen Malaysia.

Namun, memandangkan ruang parkir di sana adalah sangat terhad, anda amat disarankan untuk meletakkan kereta di luar dan menggunakan perkhidmatan bas shuttle percuma (Laluan T851) yang disediakan.

      Hari Terbuka Parlimen
      Sumber: Parlimen Malaysia

      Shuttle Bas Disediakan

      Perkhidmatan shuttle bas disediakan secara percuma sepanjang program berlangsung.

      • Nama Laluan: Laluan T851
      • Masa Operasi: 8.30 pagi hingga 7.00 petang
      • Tarikh: 12 – 13 September 2026

      Hentian & Laluan Bas:

      1. KL Sentral (Balai Pelepasan ERL)
      2. Taman Botani Perdana (Berhampiran Parkir Bertingkat)
      3. Parlimen (Berhampiran Kafeteria Bangunan Sementara)

      Anda boleh meletakkan kenderaan di KL Sentral atau Taman Botani Perdana, kemudian menaiki bas van shuttle berwarna merah jambu ini untuk terus ke Kompleks Parlimen.

      Etika Pemakaian

      Pakaian yang ditetapkan untuk ke Hari Terbuka Parlimen adalah berkonsepkan Smart Casual. Pakaian mestilah kemas, sopan, dan tidak mencolok mata.

      Berikut adalah senarai penuh perkara yang dibenarkan dan dilarang:

      ✔️ Dibenarkan

      • Baju berkolar (T-shirt berkolar atau kemeja)
      • Baju kurung, jubah, atau pakaian tradisional yang sopan
      • Blouse berkemeja dan seluar panjang (slack)
      • Baju kasual yang bertangan dan kemas
      • Kasut yang bertutup

      ❌ Dilarang

      • Seluar pendek
      • Seluar koyak (jeans koyak/ripped jeans)
      • Skirt pendek
      • Baju tanpa lengan (singlet/tank top)
      • Selipar atau sandal
      Hari Terbuka Parlimen
      Sumber: Parlimen Malaysia

      Maklumat Lanjut

      Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026, anda boleh rujuk:

      Soalan Lazim Hari Terbuka Parlimen

      Adakah perlu mendaftar atau membeli tiket terlebih dahulu?

      Tidak perlu. Kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua secara walk-in. Anda hanya perlu datang terus ke Kompleks Parlimen pada tarikh acara.

      Bolehkah saya masuk ke dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

      Ya, boleh. Ini adalah tarikan utama hari terbuka. Pengunjung dibenarkan masuk melihat ruang perbahasan melalui lawatan berpandu yang disediakan.

      Adakah kanak-kanak dibenarkan masuk?

      Ya, dibenarkan. Acara ini sangat mesra keluarga. Namun, ibu bapa perlu memastikan anak-anak menjaga tingkah laku dan tidak bising terutamanya ketika berada di dalam dewan persidangan demi menghormati institusi tersebut.

      Adakah makanan dan minuman disediakan atau dijual di sana?

      Ya. Pihak penganjur menyediakan kawasan jualan makanan dan minuman melalui barisan Food Truck serta Jualan Agro MADANI di perkarangan kompleks.

      Penulis