Hari Raya Haji 2026 – Tarikh Cuti Sekolah Aidiladha 1447H

hari raya haji 2026
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tarikh Cuti Umum Hari Raya Haji 2026 atau Hari Raya Korban / Aidiladha di Malaysia akan jatuh pada 27 & 28 Mei 2026. Ketika itu juga ada cuti sekolah seminggu! Sila rujuk jadual penuh dalam artikel di bawah atau rujuk kalendar akademik KPM di pautan  https://www.moe.gov.my/.

Cuti umum pada 27 Mei 2026 adalah untuk seluruh negara, manakala , 28 Mei 2026 merupakan cuti tambahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Cuti pertengahan tahun sekolah 2026 pula dijadualkan dari 22 Mei – 6 Jun 2026 (kumpulan A) & 23 Mei – 7 Jun 2026 (kumpulan B) yang meliputi tarikh Hari Raya Haji.

Bagi tahun 2026 ini, pelajar sekolah sedang bercuti dalam tempoh cuti pertengahan tahun tersebut.

Rujuk info lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA: Hari Raya Aidilfitri 2026 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM

Tarikh Hari Raya Haji 2026

Tarikh Hari Raya Haji 2026 atau Hari Raya Korban tahun ini adalah pada 27 Mei 2026 (Rabu).

Namun, tarikh ini boleh berubah dan bergantung hasil aktiviti cerapan anak bulan (hilal) Zulhijjah.

Aktiviti cerapan anak bulan ini dijalankan oleh pegawai falak dan jawatankuasa berkaitan di pelbagai lokasi rasmi seluruh Malaysia pada petang hari ke-29 bulan Zulkaedah dalam takwim Hijrah.

Hasil cerapan ini akan disahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang kemudian mengumumkan tarikh permulaan bulan Zulhijjah dan Hari Raya Haji secara rasmi.

Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya Haji bagi tahun 2026.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202627 Mei RABUHari Raya AidiladhaSemua Negeri
28 Mei KHAMISAidiladha
Hari Kedua
Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Untuk rujukan perancangan cuti anda, sila rujuk kalendar kuda bulan Mei 2026 di bawah

hari raya haji 2026
Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM Bulan Mei 2026

Tarikh Cuti Umum Hari Raya Haji 2026 & Cuti Sekolah KPM

Cuti umum bagi perayaan ini pada tahun 2026 adalah pada 27 dan 28 Mei 2026 iaitu pada hari Rabu dan Khamis.

Cuti umum pada 27 Mei 2026 adalah untuk seluruh negara, manakala , 28 Mei 2026 merupakan cuti tambahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Untuk pelajar sekolah pula, tarikh sambutan Aidil Adha 2026 jatuh pada cuti pertengahan tahun sekolah 2026 (22 Mei – 6 Jun 2026 / 23 Mei – 7 Jun 2026) yang meliputi tarikh Hari Raya Haji. Secara tidak langsung, pelajar sekolah turut bercuti pada tarikh tersebut sempena Hari Raya Korban 2026.

Rujuk Kalendar Akademik tahun 2026 untuk kumpulan A & kumpulan B di bawah:

Kalendar Akademik 2026
Kalendar Akademik 2026

Berikut pula kalendar cuti perayaan 2026 KPM untuk pelajar sekolah:

Hari Raya Haji 2026
Cuti Perayaan KPM 2026

Seperti yang anda lihat jadual di atas, tiada peruntukan cuti sekolah sempena perayaan Hari Raya Haji 2026 kerana tarikh tersebut sudah termasuk dalam cuti pertengahan tahun sekolah KPM selama 2 minggu.

BACA JUGA: Cuti Umum 2026 & Cuti Sekolah Malaysia KPM

Maklumat Lanjut & FAQ Sambutan Hari Raya Haji 2026

Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji merupakan salah satu peristiwa penting disambut oleh umat Islam dan jatuh pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Perayaan ini adalah untuk memperingati pengorbanan besar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bagi menunjukkan ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Menurut Al-Quran, Allah SWT menguji Nabi Ibrahim dengan perintah iaitu mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Keduanya dengan penuh keikhlasan dan ketaatan menerima perintah itu.

Namun, ketika Nabi Ibrahim sedang bersiap untuk mengorbankan Nabi Ismail, Allah SWT mengutuskan malaikat Jibril menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kambing untuk dijadikan sebagai korban.

Ini adalah ujian dari Allah SWT; untuk menguji kesetiaan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hari Raya Haji
Hari Raya Haji

Amalan Sunat Sempena Hari Raya Haji

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan ketika menyambut perayaan ini adalah seperti berikut:

  • Memilih jalan yang berbeza sama ada pergi atau pulang dari masjid
  • Mandi sebelum menunaikan solat
  • Memakai pakaian baharu
  • Makan selepas solat
  • Mengucapkan takbir
  • Solat sunat Aidiladha

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Haji/Hari Raya Korban/Hari Raya AidilAdha!

Soalan Lazim Hari Raya Haji 2026

Bila Tarikh Hari Raya Haji 2026?

Hari Raya Haji dijangka disambut pada 27 Mei 2026 (Rabu) di seluruh Malaysia, dan di sesetengah negeri cuti bersambung pada 28 Mei 2026 (Khamis) seperti di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Adakah sambutan Hari Raya Haji berdasarkan cerapan anak bulan?

Ya, tarikh rasmi Hari Raya Haji ditentukan berdasarkan hasil cerapan anak bulan Zulhijjah, yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas aktiviti cerapan dijalankan pada hari ke-29 Zulkaedah.

Bagaimana daging korban diagihkan?

Daging korban lazimnya dibahagikan kepada tiga bahagian:
– Satu untuk keluarga sendiri
– Satu untuk saudara-mara/kenalan
– Satu untuk golongan fakir miskin dan yang memerlukan

Adakah terdapat cuti sekolah khas sempena Raya Haji?

Tiada cuti sekolah khas, tetapi Hari Raya Haji berlaku dalam tempoh cuti pertengahan tahun sekolah: 23 Mei hingga 7 Jun 2026.

Adakah semua negeri cuti dua hari untuk Raya Haji?

Cuti umum satu hari untuk semua negeri (27 Mei), dan tambahan cuti pada 28 Mei di Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu sahaja.

Apakah sejarah Hari Raya Haji?

Hari Raya Haji memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang diuji kesetiaannya kepada Allah dengan perintah menyembelih anaknya Ismail sebelum Allah menggantikannya dengan kibas. Ia juga menandakan berakhirnya ibadah Haji di Mekah dan amalan korban di seluruh dunia.

Dimana boleh menyemak tarikh rasmi Hari Raya Haji?

Tarikh rasmi diumumkan melalui radio & televisyen selepas cerapan anak bulan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta portal kerajaan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut