RASMI: Tarikh 1 Syawal 1447H bersamaan 21 Mac 2026 (Sabtu). Ia telah diisytiharkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 19 Mac 2026. Ikuti sedutan video pengumuman rasmi di sini https://ecentral.my/pengumuman-hari-raya/

Beberapa hari ini, media sosial membangkitkan persoalan yang kita mungkin akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 lebih awal sehari berbanding tarikh jangkaan dalam kalendar JAKIM.
Berikut dikumpulkan info rasmi tentang penjelasan Jabatan Mufti, JAKIM dan tarikh cuti sekolah yang diumumkan KPM sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 serta lampiran kalendar Islam JAKIM 1447H untuk makluman semua.
Penjelasan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 – JAKIM
Tular bila beberapa berita sebarkan ada negara dah umum raya, tapi Malaysia belum? Ada potensi ke raya terkejut niii??
Jom faham penjelasan video ringkas ini supaya tak keliru dengan maklumat yang tular.
Sumber: Tiktok JAKIM
Jabatan Mufti Nasihat Elak Spekulasi Awal Tarikh 1 Syawal 1447H
Jabatan Mufti Negeri Selangor menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi awal berhubung penetapan tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah.
Penjelasan itu dibuat susulan kekeliruan mengenai kemungkinan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat berbanding jangkaan dalam takwim tahunan yang menyatakan hari Sabtu.
Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa penetapan rasmi 1 Syawal adalah tertakluk kepada proses rukyah hilal pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan oleh pihak berautoriti. Perbezaan antara jangkaan takwim dan keputusan rasmi juga bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem penentuan awal bulan Islam.
Selain itu, faktor kedudukan hilal serta keadaan cuaca boleh mempengaruhi kenampakan anak bulan ketika cerapan dijalankan.
Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan supaya kekal tenang dan fokus kepada ibadah khususnya dalam 10 hari terakhir Ramadan sambil menunggu pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi memastikan tarikh sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Rujuk kenyataan penuh di bawah:


No. Rujukan : Mufti Sel.600-5 Jld.5 (8) Tarikh : 10 Mac 2026
KENYATAAN MEDIA : PENENTUAN TARIKH HARI RAYA EIDUL FITRI DI MALAYSIA
الحمد لله رب العالمين . والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين . وعلى آله وأصحابه أجمعين . أما بعد ،
Jabatan Mufti Negeri Selangor mengambil maklum bahawa Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) iaitu sebuah institusi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menjalankan penyelidikan angkasa lepas dan cerapan astronomi dan beberapa buah negara Arab lain telah mengumumkan tarikh jangkaan 1 Syawwal 1447H adalah pada hari Jumaat 20 Mac 2026. Jabatan ini juga mengambil maklum bahawa permulaan puasa iaitu 1 Ramadhan bagi negara-negara Arab tersebut adalah pada hari Rabu 18 Februari 2026. Ini bermakna masyarakat Islam di negara-negara Arab yang berkaitan akan berpuasa Ramadhan selama 30 hari.
Permulaan puasa bagi umat Islam di negara-negara Arab pada tahun ini adalah berbeza dengan permulaan puasa di Malaysia termasuk Selangor kerana tarikh 1 Ramadhan ditetapkan pada hari Khamis 19 Februari 2026. Dalam hal ini, Malaysia mengguna pakai kriteria imkan al-ru’yah (kebolehnampakan) hilal (anak bulan) dalam menentukan awal bulan Islam termasuk bulan Ramadhan dan Syawwal, melalui proses cerapan hilal (anak bulan) yang dilakukan pada hari ke- 29 pada bulan Sya’ban atau Ramadhan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
صُوْمُوْا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوْا لِرُؤْيَتِهِ
Maksudnya : Berpuasalah kalian kerana melihatnya (anak bulan Ramadhan), dan berbuka (berhari raya) lah kalian kerana melihatnya (anak bulan Syawwal). (Riwayat al-Bukhari)
Kriteria imkan ar-ru’yah menetapkan bahawa hilal (anak bulan) dianggap boleh kelihatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Tinggi anak bulan tidak kurang daripada 3 darjah ketika matahari terbenam, dan ii. Jarak lengkung (elongasi) matahari-bulan tidak kurang daripada 6.4 darjah.
Sehubungan dengan itu, cerapan rasmi hilal (anak bulan) Syawwal bagi penentuan Hari Raya Eidul Fitri di Malaysia pada tahun ini akan dilakukan pada 29 Ramadhan 1447H bersamaan hari Khamis 19 Mac 2026. Setelah menerima laporan cerapan daripada Ketua Jawatankuasa Melihat Anak Bulan di setiap negeri dan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Malaysia, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Eidul Fitri pada malam tersebut.
Perlu difahami bahawa permulaan awal bulan Islam adalah bergantung kepada kenampakan hilal (anak bulan) dan data-data kedudukan bulan pada tarikh cerapan di satu-satu negara. Setiap negara mempunyai matla’ ru’yah yang berbeza dan penentuan awal bulan Islam di satu-satu negara tidak tertakluk kepada hasil kenampakan hilal (anak bulan) atau data-data kedudukan anak bulan di negara lain.
Oleh itu, umat Islam di negeri Selangor dinasihatkan agar kekal bertenang dan fokus kepada ibadah puasa khususnya pada sepuluh hari yang terakhir Ramadhan. Marilah sama-sama kita menghormati proses cerapan hilal (anak bulan) Syawwal dan menunggu pengisytiharan Hari Raya Eidul Fitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadhan 1447H bersamaan hari Khamis 19 Mac 2026.
Sekian dimaklumkan. Jazakumullah khairan.
(Tandatangan)
DATO’ SETIA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR S.S.I.S., D.P.M.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 & Cuti Sekolah KPM
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1447H / 2026M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.
Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026.
| Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
|---|---|---|---|---|
| 2026 | 21 Mac | Sabtu | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
| 22 Mac | Ahad | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua | Semua Negeri | |
| 23 Mac | Isnin | Hari Raya Aidilfitri Hari Ketiga & Hari Keputeraan Sultan Johor | Melaka, Johor |
Untuk rujukan perancangan cuti anda, sila rujuk Kalendar Kuda 2026 di bawah:

KPM telah menetapkan cuti tambahan kepada guru dan pelajar bagi urusan persiapan Aidilfitri. Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan hari raya.
Bagi tahun 2026, pemberian cuti telah diumumkan melalui Takwim Kalendar Akademik 2026/2027 yang dikeluarkan oleh KPM.
Cuti tambahan KPM sebanyak 1 hari telah diberikan bagi sekolah Kumpulan A pada 19 Mac 2026, manakala sekolah Kumpulan B mendapat 2 hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026. 21 dan 22 haribulan merupakan cuti umum dan mulai tarikh tersebut juga, Cuti Penggal 1 telah bermula selama 1 minggu.



Oleh itu, tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026 bagi sekolah KPM Kumpulan A dan B ialah seperti berikut :
- KUMPULAN A : 19-28 Mac 2026 (10 hari)
- KUMPULAN B : 19-29 Mac 2026 (11 hari)
Maklumat Lanjut & FAQ Sambutan Hari Raya Di Malaysia
Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam di Malaysia.
Hiasan juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai, kompleks membeli-belah serta sepanjang jalan sejak bulan Ramadan lagi.
Di sesetengah negara lain, Hari ARaya Aidil Adha lebih diraikan dan lebih meriah sambutannya berbanding Hari Raya Puasa.
Perayaan ini disambut bagi meraikan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri juga adalah dengan mengikut kaedah ‘melihat anak bulan’ / rukyah seperti mana penentuan bulan Ramadan.
Malam raya (iaitu hari terakhir berbuka puasa) adalah malam yang meriah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing.
Pada Hari Raya, umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Kanak-kanak juga antara yang paling gembira kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ setelah bersalaman dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan orang dewasa.
Sebagai menzahirkan kesyukuran, zakat fitrah adalah perkara wajib dilakukan sebelum atau pada 1 Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.
Rumah terbuka juga sering diadakan di rumah-rumah, pejabat, syarikat, dan sebagainya. Pelbagai juadah yang lazim dihidangkan seperti ketupat, rendang, lemang, kuih muih serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol yang menjadi hidangan simbolik pada Hari Raya.
Cuti umum diberikan 2 hari untuk semua negeri iaitu 21 dan 22 Mac 2026 (Hari Raya Pertama & Kedua). Melaka menetapkan cuti umum negeri itu pada 23 Mac (Hari Raya Ketiga). Manakala di Johor juga cuti pada Hari Raya Ketiga sempena Hari Kelahiran Sultan Johor.
Umumnya cuti Hari Raya Aidilfitri diberikan sebanyak 2 hari bagi semua negeri di Malaysia, kecuali Melaka yang menetapkan hari ketiga sebab cuti umum negeri tersebut.
10 dah 11 hari.
Tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026 bagi sekolah KPM Kumpulan A dan B ialah seperti berikut :
KUMPULAN A : 19-28 Mac 2026 (10 hari)
KUMPULAN B : 19-29 Mac 2026 (11 hari)
Cuti tambahan adalah hari-cuti yang diberikan selain daripada cuti umum atau cuti penggal biasa sekolah, khas bagi memudahkan pelajar dan guru meraikan Aidilfitri dengan keluarga.
Semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang mengikuti kalendar akademik yang dikeluarkan oleh KPM. Cuti tambahan ini diberikan untuk semua sekolah dalam negeri-negeri yang termasuk dalam kumpulan A atau B.
Jika tarikh sebenar sambutan Aidilfitri berubah, KPM mungkin akan membuat pengumuman tambahan atau pindaan pada kalendar akademik. Oleh itu, ibu bapa dan pelajar disarankan sentiasa semak laman rasmi KPM untuk maklumat terkini.
Kami di eCentral mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.




