Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah mengumumkan kadar tambang tren ECRL bermula dari Gombak hingga ke Kota Bharu yang dijangka bakal beroperasi pada pertengahan Disember 2026.
Kadar tambang ini diluluskan Jemaah Menteri pada 16 Oktober lalu menerusi pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan harga tiket berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.
Untuk peringkat permulaan, sekitar 2.2 juta tempat duduk disediakan sepanjang 2027.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai harga tambang ini.
Mengenai ECRL
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo baru yang akan menghubungkan Kota Bharu, Kelantan di Pantai Timur ke Pelabuhan Klang, Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Laluan tren ini adalah sejauh 665km ini akan melalui lima negeri dan satu wilayah persekutuan, dan terbahagi kepada tiga seksysen iaitu Seksyen A (Kota Bharu – Dungun), Seksyen B (Dungun – Mentakab) dan Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang).
Tren ini merangkumi 20 stesen, terdiri daripada 10 stesen penumpang dan 10 stesen yang menggabungkan perkhidmatan penumpang serta kargo.
Selain itu, tren ini akan meningkatkan kesalinghubungan di antara negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan negeri Pantai Barat (Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Kelajuan ECRL
Kelajuan tren ECRL adalah pada 160 km/j, manakala kereta api barang beroperasi pada kelajuan maksimum 80 km/j.
Ini bermakna, ia bakal mengurangkan masa perjalanan darat dari Kota Bharu ke kawasan Lembah Klang dari 7 jam kepada 4 jam.

Reka Bentuk Tren ECRL
Reka bentuk tren luaran dan dalaman tren ECRL ini telah diilhamkan daripada seni tradisi dan kebudayaan Malaysia yang dihasilkan menerusi sesi libat urus dan idea bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Input reka bentuk lain juga diperolehi hasil daripada pertandingan reka bentuk yang dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).
Sekali imbas, tren ini menggunakan kombinasi warna putih dan biru dengan motif corak batik pada bahagian sisi badan dan sentuhan dalaman tren.
Selain itu, landasan ECRL menggunakan piawaian standard gauge menjadikan ruang dalaman tren adalah lebih luas, lebar, dan selesa berbanding tren KTM komuter biasa yang menggunakan meter gauge.



Senarai Stesen ECRL
Berikut adalah senarai stesen tren ini mengikut negeri:
i- KELANTAN
- Kota Bharu
- Pasir Puteh
- Jerteh
- Bandar Permaisuri
- Kuala Terengganu
- Dungun
- Kemasik
- Chukai
iii- PAHANG
iv- SELANGOR
- Terminal Bersepadu Gombak
- Bandar Serendah
- Puncak Alam
- Kapar
- Jalan Kastam (Port Klang)

Senarai Harga Tambang ECRL
Senarai harga tambang ECRL seperti yang diumumkan adalah seperti berikut:
| Destinasi | Laluan Transit (Berhenti Setiap Stesen) | Laluan Ekspres (Hentian Utama Sahaja) (Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu, Kota Bharu) |
| Gombak-Kota Bharu (Jarak 523 km) | Serendah RM125.00 (sehala) | Serendah RM147.00 (sehala) |
| Gombak-Kuala Terengganu (Jarak 378 km) | Serendah RM95.00 (sehala) | Serendah RM110.00 (sehala) |
| Gombak – KotaSAS (Jarak 209 km) | Serendah RM60.00 (sehala) | Serendah RM68.00 (sehala) |


Tambang Inklusif & Mesra Rakyat
Inisiatif tambang inklusif dan mesra rakyat turun disediakan menerusi Kelas Ekonomi iaitu:
| Diskaun | Kategori Layak |
| 50% Diskaun | a) Kanak-Kanak: Berumur 2 hingga 12 tahun b) Golongan OKU: Semua pemegang kad OKU c) Warga Emas: Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas d) Pesara Kerajaan : Bekas penjawat awam |
| 40% Diskaun | Para pelajar: Berumur 13 hingga 24 tahun |

Penjualan Tiket
Penjualan tiket secara rasmi akan bermula pada pertengahan November 2026.

Jumlah perjalanan dan kekerapan tren pula adalah seperti berikut:
| Hari | Jumlah Perjalanan |
| Isnin – Khamis | 12 perjalanan / sehari (6 perjalanan setiap arah) |
| Jumaat – Ahad | 16 perjalanan / sehari (8 perjalanan setiap arah) |
Soalan Lazim
ECRL adalah perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo baru yang akan menghubungkan Kota Bharu, Kelantan di Pantai Timur ke Pelabuhan Klang, Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Kelajuan tren ECRL adalah pada 160 km/j, manakala kereta api barang beroperasi pada kelajuan maksimum 80 km/j.
Penentuan harga tambang adalah menerusi pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan harga tiket berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.
– Laluan Transit (Berhenti di semua stesen)
– Laluan Ekspres (Hentian utama sahaja iaitu di Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu, Kota Bharu)
1- Gombak-Kota Bharu: Serendah RM125.00 (sehala) bagi laluan transit dan serendah RM147.00 (sehala) bagi laluan ekspres.
2- Gombak-Kuala Terengganu: Serendah RM95.00 (sehala) bagi laluan transit dan serendah RM110.00 (sehala) bagi laluan ekspres.
3- Gombak – KotaSAS: Serendah RM60.00 (sehala) bagi laluan transit dan serendah RM68.00 (sehala) bagi laluan ekspres.
Tiket tersebut boleh dibeli secara rasmi pada pertengahan November 2026.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai ECRL, sila layari laman web ECRL Malaysia iaitu https://www.ecrlmalaysia.com/.
Baca juga: ECRL Bakal Beroperasi, Gombak Ke Kota Bharu 4 Jam Je!




