Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Program Dana Khairat Kematian 2026 khusus untuk rakyat negeri Terengganu yang layak, bermula 1 Oktober 2026.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai program dana ini.

Mengenai Program Dana Khairat Kematian 2026
Program Dana Khairat Kematian 2026 Kerajaan Negeri Terengganu merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Terengganu untuk meringankan beban waris yang kehilangan ahli keluarga.
Program yang bermula pada 1 Oktober lalu itu bertujuan membantu waris menampung sebahagian kos pengurusan jenazah dengan peruntukan sebanyak RM400,000.
Sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada setiap daerah, melibatkan kesemua lapan daerah di Terengganu dengan keutamaan kepada golongan B40 dan M40, kecuali penjawat awam serta pesara kerajaan.
Dengan adanya bantuan ini, ia diharap dapat mengurangkan tekanan kewangan waris ketika berdepan kehilangan ahli keluarga.
Selain itu, Kerajaan Negeri Terengganu berharap agar program ini menjadi pelengkap kepada pelbagai inisiatif kebajikan sedia ada serta mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat, khususnya ketika berdepan musibah kematian ahli keluarga.

Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diperoleh menerusi program dana ini adalah sebanyak RM500.00.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon dana ini adalah seperti berikut:
- Si mati merupakan rakyat negeri Terengganu atau memiliki sijil kerakyatan negeri Terengganu daripada golongan B40 dan M40.
- Penjawat awam dan pesara kerajaan dikecualikan daripada program ini.
- Si mati menetap dan pengebumian disempurnakan di dalam negeri Terengganu.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari daripada tarikh kematian yang dinyatakan dalam sijil kematian.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan ini adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Kematian.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan penyata akaun bank atau surat pengesahan bank pemohon.
- Dokumen bukti hubungan pemohon denagn si mati.
Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan dokumen bukti hubungan dengan si mati:
| Hubungan Dengan Si Mati | Dokumen Yang Diperlukan |
| Balu / Duda | Salinan Sijil Perkahwinan |
| Anak | Salinan Sijil Kelahiran Anak |
| Ibu atau bapa | Salinan Sijil Kelahiran si mati |
| Lain-lain | Sijil lahir si mati dan sijil lahir pemohon serta Surat Akuan Bersumpah (Menyatakan si mati tiada waris lain dan pemohon yang menguruskan pengurusan jenazah) |
Cara Memohon
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat daerah dan menghantar semula borang permohonan tersebut ke pejabat daerah berkenaan.
Pemohon perlu memastikan semua dokumen sokongan disertakan bersama borang permohonan tersebut dan permohonan tertakluk kepada semakan dokumen dan pengesahan kelayakan oleh pihak berkenaan.
Soalan Lazim
Program Dana Khairat Kematian 2026 Kerajaan Negeri Terengganu merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Terengganu untuk meringankan beban waris yang kehilangan ahli keluarga menerusi bantuan khairat kematian.
Jumlah bantuan yang diperoleh adalah sebanyak RM500.00.
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh kematian yang dinyatakan dalam sijil kematian.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti:
– Salinan Sijil Kematian.
– Salinan Kad Pengenalan pemohon.
– Salinan penyata akaun bank atau surat pengesahan bank pemohon.
– Dokumen bukti hubungan pemohon denagn si mati.
Selain itu, dokumen bukti hubungan dengan si mati juga perlu dikemukakan:
– Balu / Duda: Salinan Sijil Perkahwinan
– Anak: Salinan Sijil Kelahiran Anak
– Ibu atau bapa: Salinan Sijil Kelahiran si mati
– Lain-lain: Sijil lahir si mati dan sijil lahir pemohon serta Surat Akuan Bersumpah (Menyatakan si mati tiada waris lain dan pemohon yang menguruskan pengurusan jenazah)
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat daerah dan menghantar semula borang permohonan tersebut ke pejabat daerah berkenaan.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Dana Khairat Kematian ini, sila hubungi Pejabat Daerah masing-masing yang boleh dirujuk melalui pautan https://ptg.terengganu.gov.my/portal/senarai-maklumat-pejabat-daerah-dan-tanah.
Baca juga: Cuti Terengganu 2026: Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah




