Belanjawan Sarawak 2027 telah dibentangkan pada 12 Oktober 2026 oleh Premier Sarawak, Tan Seri Abang Johari Tun Openg dengan unjuran hasil mencecah RM15.091 bilion.
Bertemakan “Bersama Membina Kemakmuran dan Menjamin Masa Hadapan Kita”, belanjawan ini memperlihatkan lonjakan hasil sebanyak 16 peratus berbanding anggaran asal 2026 (RM13.049 bilion).
Rujuk perincian Belanjawan Sarawak 2027 di bawah.
Komponen Belanjawan Sarawak untuk Tahun 2027
Jumlah keseluruhan peruntukan bagi Belanjawan Sarawak 2027 adalah sebanyak RM14.845 bilion.
Secara keseluruhannya, bajet ini distrukturkan kepada dua komponen perbelanjaan utama, di samping pengagihan khusus berasaskan pembangunan sektoral serta kawasan luar bandar.
Berikut ialah komponen Belanjawan Sarawak untuk tahun 2027:
| Komponen Belanjawan | Perincian & Peruntukan Rasmi (Infografik) |
|---|---|
| Perbelanjaan Mengurus (Operating Expenditure) | Sebanyak RM5.74 bilion diperuntukkan bagi membiayai kos operasi. Pecahan utamanya merangkumi Pembekalan & Perkhidmatan (RM2.02 bilion), Geran & Bayaran Tetap (RM1.97 bilion), dan Emolumen Kakitangan (RM1.42 bilion). |
| Perbelanjaan Pembangunan (Development Expenditure) | Anggaran keseluruhan berjumlah RM10.09 bilion, memperlihatkan peningkatan sebanyak RM826 juta (9%) berbanding anggaran asal tahun 2026. |
| Akaun Kumpulan Wang Pembangunan | Sebanyak RM5.09 bilion diperuntukkan khusus untuk mengukuhkan baki dibawa ke hadapan bagi mencukupi pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal negeri. |
| Dana Kekayaan Berdaulat (Sarawak Sovereign Wealth Fund) | Sejumlah RM300 juta disalurkan ke dalam Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak demi memelihara sebahagian hasil negeri untuk generasi akan datang. |
| Unjuran Hasil & Lebihan | Hasil negeri diunjurkan meningkat 16% kepada RM15.09 bilion, sekali gus menghasilkan Lebihan Belanjawan Jangkaan sebanyak RM246 juta. |

9 Teras Strategik Belanjawan Sarawak 2027
- Mentransformasikan dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak
- Menggalakkan pelaburan dan memperkasa industri strategik
- Membangunkan pendidikan berkualiti tinggi dan modal insan
- Melindungi dan memelihara kelestarian sumber asli
- Merapatkan jurang pembangunan dan memacu pertumbuhan luar bandar
- Memelihara kesejahteraan dan sumber pendapatan rakyat
- Memperkasa kebudayaan, sukan dan pembangunan belia
- Merangsang penyelidikan, teknologi dan inovasi
- Memantapkan tadbir urus berprestasi tinggi dan ketahanan fiskal

5 Matlamat Strategik Belanjawan Sarawak 2027
- Meneroka sempadan baharu ekonomi
- Memperkukuh jaringan perlindungan sosial
- Memastikan ketahanan fiskal
- Meletakkan Sarawak sebagai Hab Tenaga Hijau ASEAN dan destinasi pelaburan pilihan
- Menjana nilai ekonomi daripada potensi hijau

Kerangka Fiskal Belanjawan Sarawak 2027
Kerangka Fiskal Belanjawan Sarawak 2027 berteraskan 5 tonggak strategik utama seperti berikut:
- Mempergiat pembaharuan fiskal dan struktur
- Memperkukuh pengurusan fiskal yang berhemat
- Mengamalkan pendekatan fiskal mengembang bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan permintaan domestik
- Mempelbagaikan sumber hasil negeri
- Menggalakkan pembangunan inklusif dan pengagihan kekayaan yang saksam

Intipati dan Inisiatif/Insentif Dalam Belanjawan Sarawak 2027
Bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup dan meningkatkan modal insan, kerajaan negeri melancarkan beberapa inisiatif dan insentif seperti berikut:
1. PENDIDIKAN & MODAL INSAN
- Pembangunan Modal Insan: RM454.34 juta
- Skim Pendidikan Tinggi Percuma: RM200 juta (Manfaat: 10,600 pelajar)
- Bantuan Wang Saku Pelajar: RM50 juta
- Program Komputer Riba Percuma: RM30.5 juta
- Program Sokongan Tuisyen: RM25 juta (Manfaat: 113,000 pelajar)
- Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (Tunku Abdul Rahman): RM18.5 juta
- Subsidi Pinjaman PTPTN: RM10 juta
2. PENGANGKUTAN
- Sistem Pengangkutan Bandar Kuching: RM454.34 juta
- Operasi Sarawak Metro: RM124 juta
- Subsidi Tambang Bas Henti-Henti (Stage Bus Fare Subsidy): RM8.5 juta
3. PERTANIAN
- Memperluas Tanaman Padi Komersial: RM20.47 juta
- Sasaran Sara Diri Beras: 60% menjelang tahun 2030
4. PELANCONGAN & EKONOMI KREATIF
- Operasi & Geran Penganjuran Acara: RM186 juta
- Pembangunan Pelancongan: RM103.7 juta
5. KOS SARA HIDUP & JARIGAN KESELAMATAN SOSIAL
- SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak): RM650 juta
- Kadar bantuan: Isi Rumah (RM1,100) | Warga Emas (RM600) | Bujang (RM375)
- Diskaun 25% Bil Elektrik: RM281 juta (Diskaun untuk isi rumah)
- Subsidi Bil Air: RM35 juta (Subsidi untuk isi rumah yang layak)
- Welfare Aids (Bantuan Kebajikan): RM59.5 juta (Merangkumi Bantuan Am, Belia-Beliawanis, BKK, BTB, & Bencana)
- Manfaat Kesihatan Warga Emas: RM50 juta
- Endowment Fund Sarawak (Dana Endowmen): RM15 juta (Kebajikan kanak-kanak/golongan rentan)
- Bantuan Perubatan & Pesakit Buah Pinggang: RM14.2 juta
- Bantuan Khairat Kematian Kad Kenyalang Gold: RM12 juta
- Bantuan Ibu Bersalin: RM5 juta
- Tempat Transit Gelandangan: RM1.4 juta
- Pusat Komuniti Keperluan Khas: RM1 juta
- Pusat Sokongan Sosial Komuniti: RM0.85 juta
- Rumah Persinggahan Komuniti (Community Halfway Home): RM0.3 juta






6. PERUMAHAN MAMPU MILIK & KESIHATAN
- Skim Pembesaran Kampung, Pusat Pertumbuhan Desa & Bandar Baharu: RM213.35 juta
- Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC): RM106 juta (Untuk pembangunan perumahan mampu milik)
- MRP-PPRMS: RM65 juta (Untuk membaiki dan menaik taraf rumah komuniti layak)
- Skim Pinjaman Rumah Panjang: RM50 juta
- Skim Bantuan Sewa Sarawak: RM48 juta
- Mutiara Mortgage & Credit: RM40 juta (Meningkatkan akses pembiayaan rumah)
- Pusat Kanser Sarawak (Sarawak Cancer Centre): RM20 juta (Meningkatkan kemudahan rawatan kanser)



7. PELUANG PEKERJAAN & PENDAPATAN ISI RUMAH
- Program Latihan Keusahawanan, Graduan ke Arah Usahawan, Go Digital, Satu Daerah Satu Industri, & Sarawak Global Export: RM13.6 juta
- Usahawan Mikro Kebajikan: RM2.5 juta
- Randau Pembangunan Sosial: RM0.8 juta
- Geran Intervensi Sosial Sarawak: RM0.6 juta
- Program Intervensi Sosial Integrasi Sarawak: RM0.6 juta
- Latihan Kemahiran Vokasional Wanita & Wanita Sarawak Bekerja: RM0.56 juta
- Program Pemerkasaan Keluarga Berpendapatan Rendah: RM0.4 juta
- Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak: RM0.32 juta


8. TECHNOKEUSAHAWANAN BELIA & INDUSTRI KREATIF
- TEGAS Lodge Sarawak: RM12.5 juta
- Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun 2027 (SSEAYP): RM3 juta
- Program Integrasi Belia Sarawak-Johor-Sabah-Melaka: RM0.25 juta
- Program Belia Utama (Flagship Youth): RM1 juta (Minggu Belia, Rainforest Youth Summit, Imarah Belia Ramadan)
- Kajian Indeks Belia Sarawak: RM1 juta
- Dana Industri Kreatif Belia Sarawak: RM0.5 juta


9. TRANSFORMASI SUKAN
- Penganjuran Acara Sukan Malaysia 2027 (Games Readiness): RM120 juta
- Menaik Taraf 11 Kemudahan Sukan Utama (Kesediaan Sukma/Sukan Malaysia 2027): RM144 juta
- SUKSAR 2027 (Sukan Sarawak): RM5 juta (Pengukuhan sukan akar umbi)
- Sarawak X-Tive 2027: RM1.2 juta
- Kemudahan Sukan & Rekreasi: RM21 juta

10. INFRASTRUKTUR DIGITAL & AI
- Rangkaian Jalur Lebar Luar Rural Sarawak (Menara Telekomunikasi SMART): RM309 juta (Di bawah Pembiayaan Alternatif)
- Meluaskan Akses Jalur Lebar: RM20 juta
- Lembaga Multimedia Sarawak (SMA): RM13 juta (Memperkukuh tadbir urus data & keselamatan siber)
- S PAY GLOBAL (Perluasan ke FinTech Tanpa Sempadan): RM28 admisi/juta
- Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) – Aplikasi AI: RM5 juta



11. PENGKOMERSIALAN & PENYELIDIKAN GLOBAL
- Pusat Biodiversiti Sarawak (Operasi & Pembangunan): RM27.5 juta (Tambahan RM7 juta kepada BioVerde Technologies Sdn Bhd)
- Craun Research Sdn. Bhd. (R&D Huluan & Hiliran): RM20.8 juta
- Pusat Kecemerlangan Ekonomi Digital: RM10.6 juta
- Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB): RM7 juta


12. RESTRUKTURISASI SEKTOR AWAM & E-KERAJAAN
- Kemudahan Pejabat, Kediaman Kerajaan, Pusat Pentadbiran Bersepadu & Kuarters: RM347 juta
- SCS Reskilling & Upskilling (Latihan Semula & Peningkatan Kemahiran): RM25 juta
- Perkhidmatan Kerajaan Digital (Digital Government Services): RM24 juta
- Program Transformasi Pengurusan Kewangan Negeri & Hasil: RM8.12 juta
- Inisiatif Integriti: RM7.5 juta
- Ekosistem Transformasi & Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak: RM2.38 juta
- Kajian Penubuhan Pusat Integriti & Tadbir Urus Sarawak: RM0.8 juta
- Sarawak Onshore International Financial Centre: Inisiatif tanpa nilai angka spesifik (Gerbang pelaburan/kewangan serantau).




Muat Turun PDF Ucapan Belanjawan Sarawak 2027
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lengkap tentang Belanjawan Sarawak 2026, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di pautan berikut:
Soalan Lazim Belanjawan Sarawak 2027
Tema belanjawan Sarawak 2027 kali ini ialah “Bersama Membina Kemakmuran dan Menjamin Masa Depan Kita” (Together Building Prosperity and Securing Our Futures).
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM650 juta khas untuk program bantuan tunai SKAS bagi mengurangkan kos sara hidup mengikut pecahan berikut:
– Isi Rumah B40: RM1,100 setiap isi rumah.
– Warga Emas: RM600 seorang.
– Golongan Bujang (yang layak): RM375 seorang.
– Skim Pendidikan Tinggi Percuma: Diperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk memberi manfaat kepada 10,600 pelajar di institusi milik kerajaan negeri.
– Bantuan Wang Saku Pelajar: RM50 juta bantuan tunai poket.
– Program Komputer Riba Percuma: RM30.5 juta diperuntukkan untuk pelajar yang memerlukan.
– Program Sokongan Tuisyen: RM25 juta yang memanfaatkan 113,000 pelajar sekolah.
Ya. Kerajaan Sarawak akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM300 juta ke dalam Sarawak Sovereign Wealth Future Fund (Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak) bagi memastikan sebahagian daripada hasil negeri dipelihara demi manfaat generasi akan datang.




