Harga Braces Di Klinik Gigi Swasta & Kerajaan (2022)

Harga Braces Di Klinik Gigi Swasta & Kerajaan (2022)

Adakah anda sedang survey rawatan braces? Sememangnya ada dua pilihan untuk dapatkan rawatan braces sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta.

Apakah perbezaannya antara kedua-dua pilihan ini? Jom kita ketahui lebih lanjut tentang pendakap gigi dan semak harga anggaran yang ditawarkan bagi kedua-duanya.

Harga Braces

Apakah Braces / Pendakap Gigi?

Jika anda ada masalah gigi tidak teratur dan rasa malu nak senyum, anda mungkin perlukan rawatan pendakap gigi (Braces).

Apakah kebaikan gigi teratur?

Selain daripada senyuman yang lebar, gigi pun senang nak bersihkan dan boleh mengelakkan masalah gigi dengan gusi.

Prosedur Pemasangan

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa agaknya prosedur dan bagaimana rawatan yang akan dijalani jika ingin memakai braces.

Dan mengapa harganya agak mahal?

Inilah prosedur yang akan anda jalani jika ingin memakai braces:

  1. Consultation & Moulding – sewaku appointment consultation, doktor akan berikan penerangan lanjut berkenaan braces & ambil acuan gigi anda sebelum apa-apa rawatan dilakukan kepada gigi.
  2. Dapatkan x-ray – Patients akan dapatkan dua jenis x-ray yang diperlukan untuk pemasangan braces untuk diperiksa oleh doktor dengan lebih lanjut.
  3. Cabut atau Tampal – sekiranya ada gigi yang perlu dicabut atau ditampal, cabutan atau tampalan akan dilakukan sebelum pemasangan braces.
  4. Scaling & Polishing – Pada hari pemasangan braces, doktor akan pastikan keadaan mulut dan gigi adalah bersih daripada segala kotoran, sisa makanan, karang gigi dan lain-lain sebelum pemasangan braces.
  5. Bracket On! – Setelah semuanya selesai, pemasangan braces pada gigi akan dilakukan. Selepas itu, patient akan disarankan untuk ke klinik setiap bulan untuk check up bulanan mereka.

Harga Braces / Pendakap Gigi Terkini (2022)

i) Klinik Kerajaan

Harga rawatan braces di klinik kerajaan adalah sekitar RM 700. Walaupun murah, namun tidak semua pesakit akan mendapatkan rawatan ini.

Biasanya klinik kerajaan akan mengutamakan pesakit berusia 18 tahun ke bawah.

Untuk pesakit 18 tahun ke atas, mereka akan ditapis terlebih dahulu.

Jika anda lepas saringan, nama anda anda masuk ke dalam waiting. Jadi, anda perlulah tunggu sehingga giliran anda.

ii) Klinik Swasta

Untuk rawatan braces di klinik kerajaan pula, harganya adalah pelbagai bergantung kepada klinik.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan braces di klinik swasta, anda perlu tahu beberapa harga dalam rawatan iaitu :

1.Deposit

Sesetengah klinik swasta akan kenakan caj deposit ketika pertama kali checkup apabila anda bersetuju untuk buat braces.

Namun, kebanyakan klinik akan caj deposit pada hari pemasangan braces.

Jika klinik tersebut menetapkan caj deposit sebanyak RM 1,500, maka anda perlu bayar jumlah tersebut pada hari pemasangan braces.

Segelintir klinik boleh kenakan dua kali deposit, namun majoriti klinik akan kenakan deposit sekali sahaja semasa hari pasang braces.

Jadi, anda perlulah bertanya pada klinik jumlah deposit yang perlu dibayar.  

2. Harga Total

Harga total braces adalah harga keseluruhan rawatan braces. Harganya berbeza-beza bergantung juga kepada jenis braces.

Harga total braces bagi klinik swasta biasanya berharga antara RM 5,000 hingga RM 10,000.

3. Ansuran Bulanan

Memang harga total agak mahal jika perlu dibayar lumpsum. Namun anda tidak perlu risau kerana biasanya klinik akan mengenakan caj ansuran.

Harga ansuran bulanan ialah baki yang anda perlu bayar secara ansuran setiap bulan bila anda datang review braces. Contoh harga total braces : RM 5,000 , deposit RM 1,5000. Jadi :

RM 5,000 – RM 1,500 = RM 3,500

Baki RM 3,500 ini anda akan diminta bayar setiap bulan mengikut caj ansuran klinik. Biasanya harga ansuran bulanan bagi rawatan braces adalah RM 200 ke atas.

Ketika temu janji review braces, biasanya doktor akan periksa perkembangan pergerakan gigi serta betulkan bracket atau wire dan sebagainya.

Nota Penting : Sesetengah klinik akan caj ansuran bulanan sehingga pesakit habis bayar jumlah baki. Ada juga klinik yang akan caj pesakit selagi braces tak ditanggalkan. Jadi anda perlulah jelas tentang perkara ini dengan klinik.

4.Harga X-Ray

Harga Braces
Kredit Foto : darlinghurstdental.com.au

Anda juga perlu tanya sama ada klinik swasta memasukkan caj X-ray dalam harga total atau tidak. jika tiada, anda perlu bayar caj x-ray berasingan.

Biasanya untuk braces, anda perlukan dua jenis x-ray.

Harga bagi setiap x-ray adalah antara RM 80 hingga RM 200.   

5. Harga Retainer

Harga Braces

Retainer akan dibeikan selepas braces dibuka dan wajib dipakai untuk kekalkan kedudukan gigi yang sudah teratur. Kalau tak pakai, alamatnya gigi anda akan bergerak semula ke tempat asal ! Buat penat saja anda bayar beribu-ribu ringgit jika hasilnya tidak berpanjangan.

Harga retainer adalah antara RM 500 ke atas bergantung kepada jenis dan klinik.

6. Harga Cabut Gigi

Pemakaian braces pasti memerlukan anda untuk cabut sekurang-kurangnya 2 batang gigi. Bagi klinik yang tak sertakan caj cabutan gigi, anda perlulah sediakan wang untuk cabutan gigi kira-kira RM 120 sebatang.

Kalau nak cabut di klinik kerajaan pun boleh. Biasanya doktor di klinik swasta akan berikan kebebasan kepada pesakit.

Kesimpulannya, kedua-dua rawatan sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta adalah baik. Bagi klinik kerajaan, harganya jauh lebih murah, namun anda perlulah tunggu giliran yang lama.

Bagi klinik swasta pula, biasanya waktu menunggu tidak lama. Namun, harganya jauh lebih mahal.

Bagi yang berminat untuk dapatkan rawatan braces di klinik swasta, pastikan anda jelas betul-betul tentang harga braces serta prosedur berkaitan sama ada dicaj berasingan atau tidak seperti cabutan gigi dan x-ray.

Antara contoh harga pakej braces yang ditawarkan di sekitar area Lembah Klang adalah seperti berikut :

Klinik Pergigian Angkasa Sri Rampai

Harga : RM 4XXX

Alamat : No. 27-1, Jln Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur

Facebook : Klinik Pergigian Angkasa Sri Rampai

Verde Amani Dental Care

Harga : RM RM6999 ~ RM7999

Alamat : No.41, Jln Resak 2/KS7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor

Facebook : Verde Amani Dental Care

Baca juga:

Ingat, Pergi Ke Klinik Dan Bukannya Perkhidmatan Fake Braces Ya!

Apapun pilihan anda, pastikan anda memilih rawatan dengan doktor gigi yang bertauliah. Jangan sesekali dapatkan rawatan fake braces.

Rawatannya yang murah dibuat oleh individu yang tiada kepakaran dan beroperasi tanpa lesen.

Ramai yang sudah jadi mangsa mereka sehingga ada gigi yang luruh !

Berhati-hati apabila survey rawatan braces dan pastikan anda membuat keputusan yang betul sebelum bersetuju.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!