Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini

Perodua Axia 2023 : Tempahan Kini Dibuka!

Adakah anda berminat untuk beli Perodua Axia? Axia 2023 Serba Baharu telahpun membuka tempahannya hari ini!

Sememangnya Axia merupakan antara pilihan paling popular bagi kereta yang bersaiz tidak terlalu besar namun lengkap dengan ciri-ciri yang menarik.

Kereta ini sesuai kegunaan mahasiswa, golongan bujang mahupun keluarga kecil.

Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Perodua Axia memandangkan harganya yang berbaloi bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang model terkini Perodua Axia 2023 Serba Baharu dan cara membuat tempahan.

Tempahan Axia 2023 Kini Dibuka!

Perodua hari ini mengumumkan bahawa tempahan bagi model baharu Axia 2023 telah dibuka.

Perkara itu dimaklumkan melalui media sosial Perodua.

Menurut kenyataan tersebut, Axia 2023 menawarkan rekabentuk yang lebih bergaya, sistem keselamatan yang ditambahbaik, serta teknologi yang lebih canggih.

Antara ciri-ciri Axia 2023 Serba Baharu ini termasuklah :

  • Enjin 1.0 liter 1KR-VE
  • Platform DNGA
  • Transmisi D-CVT, tiada lagi transmisi manual
  • Ada enam beg udara, ABS, EBD, VSC, TRC
  • Skrin infotainmen sembilan inci, skrin kluster tujuh inci

Difahamkan Axia ini akan ditawarkan dalam 5 warna iaitu:

  • Coral Blue (Baru)
  • Glittering Silver
  • Granite Gray
  • Ivory White (Solid)

Jom kami belanja serba sedikit gambar Perodua Axia yang dilancarkan 14 Februari 2023.

Model terbaru ini mempunyai empat varian ditawarkan pada harga :

  • G – RM38,600
  • X – RM40,000
  • SE – RM44,000
  • AV – RM49,500

Lima warna ditawarkan iaitu:

  • Granite Grey (kelabu)
  • Lava Red (merah)
  • Glittering Silver (perak)
  • Ivory White (putih, solid)
  • Coral Blue (biru, warna baharu).

Kredit: Pandu Laju

Maklumat lanjut tentang perincian model sila rujuk laman web rasmi Perodua melalui pautan : https://www.perodua.com.my/

Baca juga:

Perbandingan Dengan Model Axia 2022

kereta perodua axia

Harga kereta Axia bagi varian 2022 adalah seperti berikut :

VarianAxia 1.0 AVAxia 1.0 SEAxia 1.0 STYLEAxia 1.0 GXTRAAXIA 1.0 GAxia 1.0 (M)
HargaRM 41,427RM 37, 5151RM 37,515RM 33, 940RM 32, 485RM 23,367

Untuk makluman anda, terdapat 6 varian Perodua Axia 2022 di pasaran :

  • 1.0 AV – Automatik
  • 1.0 SE – Automatik
  • 1.0 STYLE – Automatik
  • 1.0 GXTRA – Automatik
  • 1.0 G – Automatik
  • 1.0 E (M) – Manual

Butiran bagi ciri-ciri dan spesifikasi bagi setiap varian boleh dirujuk dalam jadual di bawah.

Secara keseluruhannya, perbezaan ketara antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu.

Kesemua varian Axia turut tergolong dalam Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), jadi penggunaan bahan api pastinya tidak akan membebankan pemilik.

Berikut kami senaraikan Harga Axia 2022 beserta spesifikasi dan jumlah pembayaran bulanan bagi loan kereta ini.

Sumber: https://perodua.my/

Maklumat Lanjut & Cara Tempahan

Sehingga kini, Perodua Axia merupakan antara model kereta yang paling dicari oleh golongan belia di Malaysia.

Lebih mudah, semua orang boleh beli kereta perodua Axia idaman rakyat Malaysia secara atas talian sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan Perodua Axia, sila ke pautan laman web rasmi Perodua seperti di bawah :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!