Harga Beras Malaysia MADANI 1kg, 5kg, 10kg & Saluran Aduan

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan oleh itu kita mestilah cakna mengenai turun naik harga beras di negara kita.

Harganya ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan sebagainya. Namun, akhir-akhir ini harganya dikatakan telah naik mendadak di mana kadar kenaikannya mengejutkan orang ramai – dan menurut KPDN sendiri, beras import telah naik dari RM33 kepada RM39.

Terkini, beras putih Malaysia MADANI diperkenalkan pada tanda harga baharu iaitu RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa 19 Februari 2024.

Shopee sediakan diskaun sehingga 25% untuk pembelian barang dapur melalui Shopee Foodie Mart.

Untuk makluman, sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun.

Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan, manakala bakinya beras putih import.

Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import dimana jurang perbezaan keduanya adalah kecil.

Beras wangi biasanya menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab, beras pulut untuk dijadikan kuih muih, ketupat atau lemang, dan beras jepun di restoran Jepun.

Kerajaan sentiasa memahami serta prihatin akan nasib pengguna yang tidak mendapat keadilan semasa urusan jual beli. Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang.

Satu pemantauan khas akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).

TERKINI : Penjelasan Tentang Kenaikan Harga Terkini Di Malaysia (September 2023)

Dalam bulan ini, media sosial telah digembar-gemburkan dengan kenaikan harga mendadak.

Penjelasan Isu Kenaikan Harga Beras (September 2023)

Apa yang perlu anda tahu?

  • Tahukah anda ada 2 jenis beras yang dijual di pasaran?
  • Kenapa harga beras import naik begitu tinggi?
  • Apa kesan kenaikan harga beras import kepada beras tempatan?
  • Apakah risiko jika perbezaan harga beras import semakin tinggi berbanding beras tempatan?
  • Apa langkah kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan beras tempatan?

Sila rujuk penjelasan lanjut oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang telah menerangkan isu ini melalui media sosial beliau pada 9 September 2023.

harga beras tempatan import 5kg 10kg

KPKM telah melancarkan talian hotline 03-8870 1751 / 1748 / 1183 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka.

Laporkan Pada Yang Ambil Kesempatan!

Jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.

Kita perlu ambil peduli dengan melaporkan di Ez Adu. Jadi pengguna berhemah, aduan anda itu semestinya memanfaatkan untuk semua masyarakat.

Berikut antara tangkap layar dan perkongsian harga terkini yang dikongsikan di media sosial.

Sumber: Facebook Seremban page, 17 September 2023
Sumber : Facebook Seremban page, 17 September 2023
Sumber: Facebook Badrul Hisham Abdul Muttalib, 18 September 2023

Akta Kawalan Harga Beras Di Malaysia

Bagi yang tidak tahu, beras adalah merupakan barang terkawal.

Oleh itu peniaga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati terutamanya bagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5). 

Harga kawalan maksimum beras putih tempatan telahpun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan_Padi dan_Beras 1994 (Akta 522).

Walaubagaimanapun, harga untuk beras putih import tidak termasuk dalam akta tersebut.

Sila rujuk lampiran di bawah untuk melihat harga-harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit:

Harga-harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit
HARGA DAN GRED BERAS (Sumber jadual oleh Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras
Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
)

Dapatkan pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan.

Harga Beras Import & Harga Di Sabah / Sarawak

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, harga beras tempatan negara masih ikut standard. Dan harga ini kekal sejak tahun 2008 lagi. Bukan itu sahaja, malah ianya yang terendah di rantau ini.

Dan beras import yang mengalami kenaikan harga itu, bukan semata-mata untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum harga itu dinaikkan.

harga beras malaysia import tempatan terkini

Adalah menjadi satu kesalahan jika menukar label atau bungkusan beras tempatan. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].

Hal ini untuk memastikan bahawa pengguna mendapat maklumat yang tepat mengenai produk beras tempatan. KPDN juga menegaskan kepada mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Mari bersama-sama memastikan bahawa label dan bungkusan beras tempatan adalah benar, dan hak kita sebagai pengguna dapat dilindungi.

Artikel terkini: Harga Telur Terkini – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu

Semakan Harga Terkini Beras 5kg & 10kg

harga beras malaysia import tempatan terkini

Harga ini sememangnya ada naik dan turunnya bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain.

Walaupun jenis dan jenama yang sama, dua kedai runcit yang berlainan juga boleh menjual beras yang sama pada harga yang berlainan.

Antara laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan harga beras terkini adalah Iprice melalui pautan https://iprice.my/groceries/rice/

Aduan Harga

Seandainya anda mempunyai aduan mengenai salah laku mengenai isu beras, apa yang perlu dilakukan?

harga beras malaysia import tempatan terkini aduan

KPKM telah melancarkan talian hotline 03-8870 1751 / 1748 / 1183 bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka.

Anda juga boleh terus menghubungi Kementerian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui https://eaduan.kpdn.gov.my/ atau terus melalui Whatsapp di talian 019-2794317 / 019-8488000 (rujuk info dalam poster di atas)

Ayuh, laporkan peniaga yang ambil kesempatan!

Jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga yang tidak mengikuti harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.

Kita perlu ambil peduli dengan melaporkan di Ez Adu. Jadi pengguna berhemah, aduan anda itu semestinya memanfaatkan untuk semua masyarakat.

Dapatkan Jasmine Basmathi King Beras Basmathi dengan harga yang terbaik di SINI.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!