Advertisements

Harga Telur Terkini – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu

Advertisements

Ramai yang tertunggu-tunggu harga baru telur ayam yang dikhabarkan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian Kerajaan Perpaduan, Mohamad Sabu.

Dalam sebuah kenyataan media terkini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih rendah, hari ini.

Anwar berkata, langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

Bagaimanapun, dalam kenyataan Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini, harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu tidak dinyatakan.

Nak telur kekal segar? Dapatkan bekas telur ini sekarang!

harga telur

KENYATAAN MEDIA

KETERJAMINAN BEKALAN TELUR AYAM DALAM NEGARA

PUTRAJAYA, 6 Disember 2022 – Merujuk kepada Sidang Media YAB Perdana Menteri pada 5 Disember 2022 (Isnin) berkenaan keterjaminan bekalan telur ayam dalam negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyedari keperluan bekalan telur ayam yang merupakan makanan seharian berprotein yang popular di kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan.

Sehubungan itu, sebagai pelan jangka pendek, Kementerian telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam Negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran. Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan Kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.

Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam Negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga. Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.

Saya juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada, dan Agrobank untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini.

Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam Negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak.

YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU

MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

6 DISEMBER 2022

Sumber: Facebook Mohamad Sabu

Berikut dikongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022.

Harga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022)

PENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022.

I) AYAM

Kabinet memutuskan pemberian subsidi akan diteruskan dengan harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

II) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Harga Di Sarawak / Sabah

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Sila rujuk jadual KPDNHEP di atas untuk rujukan.

Perbezaan Ayam Standard & Ayam Super

Ayam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual DENGAN kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)

Ayam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hato dan hempedu).

harga telur

Cara Buat Aduan Harga Barang

Jika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.

Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga. Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu.

harga telur ayam

Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal. Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Harga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut.

Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.

Tahukah anda jenis telur ayam yang dikawal harganya di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam?

Sila rujuk infografik di bawah:

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Whatsapp 

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 2.6 / 5. Vote count: 16

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment